ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Wednesday, December 10, 2014

Welcome Back!

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang menghirup udara, membuka mata melihat cahaya, makan minum dan paling penting, masih lagi diberi nikmat Islam, Iman & Taqwa. Alhamdulillah...
Lamanya xmenulis di blog.. lama meninggalkan 'diari' dalam alam maya ini.. rindu rasanya nak mengomel, membebel sorg diri..hehe
Alhamdulillah, setahun lamanya menyepi, banyak sangat perkara baru yang terjadi dalam hidup.. setelah setahun lebih mak pergi pulang kepada Penciptanya..abah mula mencari pasangan hidup baru.. dan sekarang sudah pun selamat diijab kabulkan.. 
Mengenai kehidupan bersama insan baru dalam hidup, mungkin nanti akan ak detailkan.. banyak cerita yang aku ingin kongsikan..
Selain abah berkahwin..adik sudah menamatkan pengajiannya di UTP..dan alhamdulillah sekarang dia sudahpun mempunyai kerjaya...di K.Lumpur.. walaupun sibuk, tapi aku masih lagi berhubung dengannya.. 
Aku?? alhamdulillah yang tak terkira..kerana berjaya menamatkan pengajianku di IPG, Tuaran Sabah.. 25/11/2014 aku sudah berjaya menggenggam segulung diploma pendidikan..hadiah yang tak sempat aku berikan untuk ibunda tersayang...
Banyak lagi akan aku coretkan di sini.. cukupla setakat ni aku bermadah.. in sha Allah, akan ada entry yang menyusul.. 

Tuesday, September 10, 2013

Sepi dan kosong

Selamat Pagi kawan2, lama dah xupdate kat blog ni kan. Lepas post pasal mak yang baru meninggal tu, terus malas nak buka blog. Rasa tak tahu nak cerita apa. Sekarang ni, semua benda sedih simpan sendiri. Tak tahu nak share dengan sapa. Nak cerita pada abah, cukup mustahil la, sebab tak kan nak menyusahkan dia lagi. Sekarang ni pun dia dah cukup sedih, tak kan mahu tambah lagi kesedihannya. Adik pula tengah belajar, last final sudah dia di UTP.. tahun depan dah grade..alhamdulillah setelah hampir 5 tahun dia menuntut ilmu, tamat jugak dgn jayanya... teringat dulu masa aku kat UKM..mak gembira sangat aku grade sebabnya aku kan extend...sempat juga mak tengok aku naik pentas.. =)
Nak kongsi dengan kawan2 tak pandai pulak, xtahu nak mula macam mana. jadi lebih baik aku diam je, nangis pun kadang2 time tidur tak pun time mandi..huhuhu..bila aku pendam sendiri, aku rasa puas.. sebab aku tahu Allah sentiasa ada dekat dihati aku, tempat aku mengadu..
Nak berkongsi dengan Faruq pun aku rasa xperlu.. dia makin jauh dengan aku..tak macam dulu...biarlah dia bawa haluan dia sendiri... Sebab tu aku rasa sepi dan kosong sangat sekarang ni...apa yang aku buat tiap hari macam sia2...rasa xhappy, rasa xenjoy...huhuhu...aku kena bertahan sampai la tahun depan...sikit masa je lagi...moga Allah ada perancangan yang lebih baik untukku...amin...

Monday, July 1, 2013

Allah sayangkan MAK

Selamat bersua kembali kawan2..lama dah kan saya xber"blog"..hehe.. Alhamdulillah masih lagi diberi sedikit waktu dan kelapangan untuk membuka laman blog saya ini...mencoret sedikit sebanyak pengalaman dan luahan rasa..

Sedar tak sedar bulan Ramadhan menjelang lagi..tinggal beberapa hari lagi kita ingin berpuasa kan?...mudah-mudahan ramadhan kali ini memberi 1001 kebaikan kepada kita semua.. =) dan pastinya ramadhan dan syawal yang bakal saya sambut pada tahun ini cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya...

Tanggal 7 Jun 2013 bersamaan 28 Rejab 1434 hari Jumaat tidak akan saya lupa sampai bila-bila..hinggalah akhir hayat saya..satu-satunya ibu yang saya ada telah pergi menemui Penciptanya pada tarikh itu..dan saya anaknya yang sulung tidak berkesempatan untuk melihatnya buat kali yang terakhir...

Jam 5pagi hari jumaat, abah call bagitahu mak sudah pun nazak..malah saya dengar dengan jelas bunyi mesin bantuan pernafasan dan nafas mak turun naik dengan kuat sekali...masa tu saya tahu, mak tidak akan bertahan lama.. segera saya search tiket flight..tapi flight jam 10.10pg tidak boleh di "booking" lagi... saya buntu...esoknya saya harus menduduki peperiksaan.. kak gayah (sepupu) menelefon saya, bagitahu tiket saya sudah pun dibeli, dan saya akan terbang pulang ke johor pada jam 3.40 ptg.. ya Allah lewatnya... =( namun saya berfikiran positif bahawa saya akan sempat menemui mak..dan mak pasti akan menunggu saya....

Segera saya maklumkan kepada Ust Fauzi, bahawa saya akan pulang ke kampung dan terpaksa menangguhkan peperiksaan saya pada esok hari..Ust terus menelefon Unit Peperiksaan IPG Kent..dan Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan... kemudian saya bersiap untuk ke IPG kerana taklimat peperiksaan akan diadakan pada jam 10pg.. walaupun saya tahu saya tidak menduduki peperiksaan, namun saya tetap ingin mengikuti kawan2 yang lain tambahan pula tiket saya pada waktu petang....

Jam10.20pg, abah call saya... saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena..dan bila saya menjawab..abah terus berkata "akak banyak2 bersabar ea...mak dah tak ada kak.." yang saya tahu, saya rebah di pangkuan sahabat yang ada di sebelah pada ketika itu..meraung sepuas2nya.. "kenapa mak tak tunggu akak!!!" itu sahaja yang keluar dari mulut ini... ya Allah..mak dah ada, dan saya tak sempat nak lihat mak buat kali yang terakhir...

Selepas saya rasa kuat untuk bangun, saya call abah...saya pinta abah tunggu saya pulang..saya mahu jumpa mak buat kali yang terakhir..saya mahu cium dahi mak buat kali yang terakhir...saya mahu tatap wajah mak buat kali yang terakhir...

Namun manusia hanya merancang, Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku...flight yang sepatutnya dijangka tiba di Airport Senai jam 6ptg tetapi terpaksa "landing" di LCCT kerana cuaca tidak mengizinkan.. ya Allah.....saat itu, saya tahu saya sedang diuji...semasa menunggu flight itu terbang semula ke senai, abah call dan bagitahu jenazah mak terpaksa dikebumikan secepat mungkin..dan yang pasti saya tidak akan sempat untuk berjumpa dengan mak...abah sedaya upaya memujuk imam yang mengetuai pengkebumian itu, tetapi rayuan abah ditolak.. abah menangis...abah kesiankan saya...abah pinta saya redha semua itu ada hikmahnya..abah pinta saya banyakkan bersabar..abah pinta saya banyakkan beristigfar...abah minta izin saya untuk teruskan pengebumian mak tanpa saya...dan saya kata pada abah, "xpela abah..teruskan je..." itu saja yang mampu saya ucap pada ketika itu...

Selang beberapa minit, abah call lagi..abah bagitahu "kak, mak dah dibawa keluar dari rumah kita..akak dengar ye apa yang cik dahlan cakap".. abah suruh saya dengar semua yang sedang berlaku pada ketika itu...hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang saya rasa pada saat tu... Selang beberapa minit kemudian...abah call lagi..bagitahu mak baru sampai di masjid untuk di sembahyangkan..saya tanya "abah, adik mana???" abah jawab "adik ada tu kak...kesian dia,,dari tadi tunggu akak"... satu-satunya adik yang saya ada dalam dunia ini...

Jam 9mlm, saya selamat tiba di Lapangan Terbang Senai...saya dijemput oleh farid dan nurul..terus pecut ke kampung di Pontian..sepanjang perjalanan, saya hanya fikir 1 je..mahu jumpa abah...mahu jumpa adik...

Ramainya orang tunggu saya...semua ada kat depan rumah...termasuk abah dan adik..saya turun dari kereta, kak muhaiyang datang dan sambut saya...dia peluk erat dan memujuk saya supaya bersabar...saya terus meraung...kak achik pun datang peluk saya...tu la sepupu saya yang banyak membantu dan menenangkan saya...saya kata "akak nak abah..".. saya cari abah...saya tak nampak jelas, kaki saya menggeletar..ya Allah lemahnya tubuhku ini.... saya nampak adik,,,dia peluk saya...saya nampak abah...saya peluk dia erat...saya kini hanya mempunyai seorang abah...hanya ada abah...

Kini...............hilang satu nikmat yang selama ini Allah berikan kepada saya iaitu doa seorang ibu kepada anaknya...mak sudahpun berehat dengan sepuasnya tanpa rasa sakit lagi...mak pasti akan menjadi tetamu Allah di SyurgaNya nanti suatu hari yang hanya Allah lebih mengetahui...

Sunday, April 28, 2013

hati kecil berbicara


Selamat semua kepada pembaca blog, lama sungguh tak ziarah dan meng'post' sesuatu di blog.. sekarang ni tengah banyak kerja, minggu lalu selesai Kem Bestari Solat, minggu ni kena siapkan assaiment yang bertimbun untuk dihantar dan menyiapkan exam paper..huhuhu...banyaknya kerja tak siap lagi =(

Semua orang tengah demam Pilihan Raya 13.. aku tak balik pun mengundi, hari tu baru je balik johor..jadi kali ini aku duduk diam jela kat sini..hehehe.. walaupun aku tak mengundi, tapi pilihan aku tetap dan tidak akan berubah.."sokong lah yang membawa kita kepada kebaikan, kerana hanya kebaikan yang memimpin kita ke syurga"

Bukan niat nak cerita pasal pilihan raya ok, cuma saja nak sembang2 kosong.. nak meluahkan sesuatu yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata.. pedih hati ini bila terlalu lama disimpan..nak diluahkan, tidak ada tempat.. nak di ceritakan tidak ada yang sudi mendengar..hehe.. hanya Allah tempat mengadu.. so, blog menjadi pilihan untuk bercerita...bermonolog sendiri.. 

Segalanya aku cuba tunaikan, permintaan ayah dan bonda tercinta... konvo degree..menjadi seorang pendidik, dan kini berkahwin..cuma berkahwin tu masih tak terlaksana..aduh!!!! kesian mereka berdua..mungkin ayah aku tak kisah sangat, tapi bonda yang sedang uzur tu la yang aku kisahkan.. sempat kah tidak dia melihat aku bernikah, mengandung, melahirkan anak..dan sempat kah dia memegang zuriat dari keturunannya sendiri?? tiap hari aku panjatkan doa untuk mereka berdua, agar dia dipanjangkan usia..sihat sentiasa..dan agar jodohku dipercepatkan...

Apa pun yang telah Allah suratkan untuk aku, aku terima dengan redha... bukan aku tidak berusaha, cuma mungkin rezeki itu tidak datang lagi..

Yang penting, buatlah sehabis baik dengan sesuatu yang aku perolehi sekarang ni...kerana semuanya adalah rezeki dan nikmat yang sangat besar =)

Friday, March 15, 2013

saya di sini


Alhamdulillah setelah lama tidak berblog, malam ni ada sedikit kesempatan untuk  melawat blog kesayangan saya ni..hehe...esok sabtu tak ada buat apa..sebelum2 ni sabtu penuh dengan aktiviti di sekolah..ahad baru berehat..minggu ni lapang sikit, tapi start minggu depan mula huru hara sebab dari hari jumaat ada kem motivasi kat sekolah sampai sabtu.. isnin sampai jumaat minggu depannya pulak kena masuk ipg..huhuhu..jadi minggu ni boleh la lepak sepuasnya dan siapkan kerja yang banyak tak siap lagi tu..hehe

Malam ni nak cerita apa ek? 

Hehehe..nak kongsi sedikit cerita tentang kehidupan kat sabah ni.. setakat ni banyak benda dah saya lalui...susah senang..susah balik..semua best..walaupun kadang2 tu sampai menitis air mata.. semuanya kena berdikari..lagi2 nak ke sekolah dan pulang dari sekolah..stress bila fikir tapi kena relax je..sebab bila penat campur lagi dengan stress lagi bertambah masalah.. =)

Alhamdulillah kat sini saya tak pernah rasa keseorangan..memang hakikatnya saya jauh dari keluarga..jauh dari mak dan abah..jauh dari adik tunggal saya..tapi syukur Allah gantikan mereka tu dengan keluarga ustaz yang sangat kasih dan prihatin..mereka dah anggap macam anak sendiri.. di tambah dengan kawan2 yang semuanya baik2 belaka..tak lokek hulurkn bantuan kalau saya minta pertolongan...dan paling best bila saya jumpa someone special yang sentiasa menemani saya dan menyokong saya.. =)

Tentang someone tu, nanti la saya cerita... apa yang saya nak cakap, sekarang ni syukur alhamdulillah saya rasa bahagia, di kelilingi insan2 yang baik hati.. 

Apa2 pun yang berlaku, saya akan cuba berfikir secara positif, sebab saya jauh..kalau saya tak dapat jaga diri sendiri, siapa lagi yang akan jaga saya,,,huhuhu...betapa rindunya pada semenanjung, pada negeri johor, pada kampung, pada mak dan abah, pada adik, pada semua keluarga, pada kucing (momok), pada bilik tidur saya..semuanya saya rindu..huhuhu...bila la dapat jumpa semua tu???huhuhu =(

Semoga apa yang berlaku, tiap masa tiap saat..dapat saya jadikan sebagai pengalaman dan panduan untuk terus menapak dengan lebih jauh...andai Tuhan izinkan.. =)

Friday, January 25, 2013

Kundasang, Here I come!

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berblog..
kat sini nak share sikit tentang aktiviti cuti Maulidur Rasul yang lepas..
Mak Ude (isteri lec IPG/penyelaras j-QAF) a.k.a jiran umah telah mempelawa kami serumah untuk pergi jalan2 ke Kundasang..
Dengan rasa malas, kami pun bersiap2, memandangkan nak gerak awal pagi..
siap bawa bekal, nak berkelah katanya =)
Rentetan perjalanan:
Perhentian pertama kami di "Pekan Nabalu"
singgah beli makanan n buah tangan..
sempat jugak snap beberapa pic yang memang interesting..
jom tengok ;p
di sebalik awan tu tersembunyi Gunung Kinabalu


my Rumate =)


Memang sangat indah...SubhanaAllah ;D

Kami teruskan perjalanan..
Perhentian seterusnya di Kinabalu Park..
Haaaa kat sini memang best..
Dapat merasa suasana hutan yang memang sejuk..
basuh tangan kat toilet boleh beku tangan..hehehe
Ada 1 pelantar tempat tengok pemandangan...
Tapi tak nampak apa sebab diseliputi dengan awan/kabus tebal...

Dan paling menariknya, tupai kat situ semua frendly..hehe..
First time jumpa tupai tak takut orang..
Sempoi je diorang tu..
Maybe dah biasa kena bagi makan oleh pengunjung-pengunjung... =)
Pic kat Kinabalu Park ni tak dapat lagi dari member, so tunggu jela k ;)

Lepas berkunjung ke Kinabalu Park, 
kami meneruskan perjalanan ke Kundasang...
~Kundasang~ da place that i love~

Saat sampai di Kundasang, memang seronok tak terkata...
Cantiknya pemandangan kat situ memukau pandangan...
Macam berada di luar negara..hehehe..
jom tengok pic yang sempat di ambil ketika di sana ;)



Kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring..
Kat situ ada Kolam Air Panas..
Siap dengan lokasi air terjun yang memang...best =)

Housemate yang seronok bermain air

Penulis n kak maziah, hanya mampu melihat =)

Jam dah menunjukkan pukul 4 lebih... 
Kami pun berpusing balik memandangkan esok masing2 bekerja..
Singggah semula di Kundasang untuk melawat "Desa Dairy Farm"..
Haaa....satu lagi lokasi wajib datang bila sampai di kundasang ni.. =)

Desa Dairy Farm ni tempat ladang lembu..
Bukan lembu biasa tau tapi baka luar negara punya...
Alaaa..macam lembu New Zealand tu..hehehe...
Yang pasti..memang best!!

lembu ngah beratur nak perah susu =)

sambil perah susu, sambil makan =)

kak linda sempat lagi menyusukan anak lembu =)


suasana padang ragut yang memukau pandangan =)

lembu pun berdisiplin =)

Lepas melawat ladang lembu ni, kami pun bertolak balik ke Tuaran..
Waaahhh teramat penat..tapi seronok.. =)
Ondaway nak balik tu, tiba2 nampak sesuatu kat atas..
Rupa-rupanya puncak gunung kinabalu..
Memang sangat cantik...
ni jela gambar yang sempat ambil..
itupun kena singgah tepi jalan.. =)



cantik kan???hehehe...

Kalau datang Sabah, jangan lupa datang ke Kundasang tau =)
Mesti tak rugi =)
Okay,, tunggu next travel =)

Salam Maulidur Rasul 1434H




SALAM MAULIDUR RASUL 1434H,
Semoga Rasulullah S.A.W menjadi inspirasi terulung dalam menempuhi laluan menuju Allah yang Khaliq,

Peringatan untuk kalian lebih-lebih lagi untuk diri sendiri :-
"..Hidup mestilah ditelusuri dengan kalimah Allah, berpaksikan syahadah yang senantiasa diperbaharui..dan nabi Muhammad sebagai tunggak kekuatan dalam kehidupan seharian..mudah-mudahan Allah tidak putus2 melimpahkan rahmat & kasih sayangnya kepada hamba yang menjadikan setiap inci perbuatannya sebagai ibadah, mengejar keredhaan Allah dan syafaat nabi Muhammad, semata-mata ingin menjadikan Syurga Firdausi sebagai kediaman rasminya di Akhirat nanti.."

~Sollu A'ala Nabi~

Friday, January 18, 2013

Selamat Pagi Sabah ;D

Selamat Pagi Semua,,,
Selamat Pagi Warga Sabah,,, ;)

Pagi yang cukup indah untuk dinikmati,, syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi, kerana pagi ini masih boleh  bernafas, membuka mata, menggerakkan tubuh badan, berjalan ke tandas, berdiri tegak untuk bersolat dan masih boleh melalui rutin biasa sebagai manusia...  Syukur tidak terhingga ya Allah atas nikmat yang sangat besar itu... 


Hari ini hari sabtu, jadi cuti-cuti Malaysia la saya..hehe.. kalau sebelum ni tinggal di bangi, celik mata je dengar bunyi hiruk-pikuk kenderaan, nampak bangunan...bila kat kampung (johor) dengar bunyi ayam, nampak pakcik2 lalu nak ke kebun dan udaranya segar je.. tapi bila sudah menetap di negeri bawah bayu ni, suasana sungguh berbeza..pagi2 je mesti nampak "simbol kemegahan Negeri Sabah" iaitu gunung Kinabalu...hehehe..alhamdulillah, 1 lagi nikmat yang sangat besar.. =)


Motivasi untuk hari ini :-

"...Perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Rabb bukanlah sesuatu yang membebankan malah suatu sumber kekuatan untuk terus kuat dan tabah dalam melalui minit-minit kehidupan yang tidak ada sesiapa mengetahui bila minit itu akan terhenti...Lakukanlah semua urusan dengan sesempurna mungkin kerana ianya ibadah yang menanti ganjaran pahala...Kejarlah sebanyak mana pahala dan Redha Allah, kerana dengan itulah, cita-cita kita ingin menjadi penghuni taman-taman Syurga akan tercapai..." -Amin-

  http://www.smileycodes.info

Thursday, January 10, 2013

Allah mengujiku =)


Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan...banyak orang banyak ragam..begitu la hidup, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.. tak semua perkara yang kita suka, kita akan perolehi.. sesungguhnya belajarlah untuk mensyukuri tiap kurniaan dan nikmat, samada baik atau buruk pasti ada hikmah yang menanti..

Saya nak share tentang pengalaman mengajar j-QAF di sekolah cina.. kalau ada sape2 kat luar sana yang boleh kongsi pengalaman, sangat2 lah dialu2kan.. 

Saya melapor diri pada 2hb januari 2013, mula2 datang tu saya rasa semangat la, mana tak nya hari pertama   bergelar guru (walaupun hanya guru pelatih), tapi sangkaan saya meleset, semangat yang berkobar2 itu hanya bertahan selama sehari je, hingga ke hari ini, hari ke 9 semangat itu semakin pudar.. mampukah saya bertahan sehingga 18bulan akan datang???

Masalah yang saya hadapi ialah guru besar merasakan penempatan saya di SJK (C) CHUNG HWA adalah suatu perkara yang tidak patut.. dia mengatakan guru j-QAF tidak sesuai ditempatkan di sjkc.. mungkin kerana bilangan murid yang beragama Islam tidak ramai..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 2 minggu sejak saya melapor diri di sekolah itu.. saya tak kuat nak lalui hentaman demi hentaman dari pihak sekolah.. sehingga mengundang air mata.. saat getir ini saya terpaksa lalui sendirian.. nasib baik Ustazah Nadhirah (guru pendidikan Islam ) banyak membantu dan menyokong saya.. 

Hari ini guru besar mahu berjumpa dengan saya, saya dapat rasa ada sesuatu yang bakal diperkatakan.. hmmm.. dia suruh saya buat pilihan, samada saya mahu stay di sekolah itu atau bertukar ke sekolah lain.. ya Allah,, berilah petunjuk kepadaku..

Saya adukan masalah ini kepada penyelaras j-QAF di ipg Kent, dia bagitahu kemungkinan esok pegawai dari JPN akan datang ke PPD Tuaran..  jadi kemungkinan besar pegawai tu akan melawat ke sekolah saya.. Mudah-mudahan Allah beri saya jalan penyelesaian yang terbaik.. dan semoga tidak ada lagi berita buruk yang saya akan dengar.. aminn.. =)