ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Saturday, February 12, 2011

Memotong kuku

Hari ini nak citer pasal “MEMOTONG KUKU”

Zaman sekarang kuku pon dah jadi trend, ada yg panjang siap berwarna-warni pulak tu,
Apela nak jadi ek zaman sekarang ni????

Halal dan haram sudah tidak dipedulikan apatah lagi amalan sunat,
Jelas menunjukkan dunia akhir zaman,

Moga2 kita sentiasa dalam rahmatNya & sentiasa diberi peluang memohon keampunanNya,

Bercerita pasal kuku ni, ada disebutkan dalam hadis Riwayat muslim yang bermaksud:
“ Anas Bin Malik berkata: “ Rasulullah s.w.t menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari ”

Hari sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya kesembuhandari  penyakit
Hari jumaat : nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah.

Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ke ibu jari. Bagi kuku kaki pula, bermula dengan kaki kanan dari jari kelingking hingga ibu jari manakala kaki kiri bermula ibu jari hingga jari kelingking. ( Imam Nawawi )

Kuku yang dipotong sunat untuk ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan Umar r.a.  ( Kitab fath al-bari ).

No comments:

Post a Comment