ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Tuesday, May 24, 2011

my left hand....huhu

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk mencoret sedikit rasa di blog kesayanganku ini. entry kali ni berkisar tentang kondisi diri yang kurasakan semakin xstabil. sebenarnya aku pun xberapa nak pasti, kenapa tangan kiriku berkelakuan pelik sejak 2menjak ni. walaupun ianya xserius tapi aku rasa andai aku biarkan ianya akan menjadi parah satu hari nanti.

sejak kejadian pada hari raya ke2 dua tahun lepas, aku yakin tangan kiriku mungkin mengalami masalah dan aku xpasti apakah masalah itu. masa tu, aku menangis kerana bergaduh dengan adik, tambah pulak aku kepenatan sepanjang hari melayan tetamu yang datang ke rumah. tangan kiriku kejang dan masa tu aku mendapatkan abah untuk mengadu tentang tangan kiriku. selepas diurut, ia berkurang dan kembali normal. tahunlepas ia kejang semula dan aku xpasti sebab apa. namun sejak 2 3 minggu kebelakangan ni, ianya semakin menjadi2. risaunya aku kerana tangan kiri ini sangat diperlukan, kidal lah katakan...huhu

hari ni ia sakit lagi. xkejang cuma rasa macam ada yang terkehel. susah nak buat kerja, xboleh genggam sangat dan nak angkat tangan kiri pun kena hati2. hmmm....kenapa ek?? ada sapa2 tahu??? sejak tadi, jejari kiriku sejuk membeku. paling teruk kat bahagian bahu ke siku. memang kena hati kat part situ sebab kalau aku silap gerak, ianya akan ngilu. huhu...sedihnya T_T. harap sebentar lagi ianya akan kembali normal.

No comments:

Post a Comment