Selamat malam semua, malam ni entry aku pasal lelaki muda berkahwin dengan perempuan tua. isu ni bukan isu baru ataupun hangat dikala ni, namun tika duduk menunggu berger siap sebentar tadi terfikir pulak kat kepala ni nak post kat blog about this. hmmm....persoalan yang nak aku timbulkan kat sini ialah adakah semua taste lelaki zaman sekarang ni memang nakkan perempuan yang lebih berumur? atau hanya segelintir yang berkeinginan begitu? bukan tujuan aku nak persoalankan, cuma mahukan jawapan yang lebih pasti.
Bukan aku xpernah jumpa masalah sebegini, ibu dan ayahku juga begitu. ayah lebih muda 11tahun berbanding dengan ibuku, tetapi alhamdulillah mereka bahagia sekarang. jadi kat sini jelas dan nyata persoalan umur tidak menjadi masalah andai ingin menjalinkan hubungan. mungkin dalam usia yang semakin meningkat, wanita lebih mengundang 1001 masalah, tetapi kejadian lelaki yang Allah jadikan mampu mengatasi segala masalah yang mendatang. itulah hikmah disebalik tiap kejadian yang dah Allah tetapkan.
Itulah dinamakan keajaiban cinta dan kasih sayang yang terbit dalam hati tiap manusia, tiap yang Allah jadikan pastinya mempunyai fitrah untuk dicintai & menyintai. umur tua atau lebih muda bukan menjadi alasan sesuatu hubungan namun ada juga di kalangan masyarakat sekarang yang masih menekankan kepentingan "umur" dalam mendirikan rumahtangga. sedangkan baginda Rasulullah sendiri berkahwin dengan Saidatina Khadijah yang mana umur Khadijah lebih tua berbanding baginda.
Bukan sahaja ibu bapaku yang menjadi contoh dalam isu ni, namun ada juga segelintir teman-temanku yang memilih jalan tersebut. sebagai kawan, siapalah aku untuk mempersoalkan hal yang berkait dengan hati dan perasaan. pernah satu ketika dulu aku bertanya kepada seorang teman baikku, mengapa pilihannya untuk memilih seorang wanita yang lebih berumur menjadi suri di hatinya, dan pabila mnedengar jawapannya aku terdiam. benarlah katanya...cinta dan kasih sayang itu hak Allah, anugerah yang sangat tak ternilai. dan semua itu berkait dengan hati. tiada sapa yang mampu menghalang andai cinta itu bertamu di hati, kerana itu ada pepatah berkata "cinta itu buta"
mungkin ada beberapa sebab mengapa lelaki lebih berminat kepada wanita yang lebih berumur, mengikut pemerhatian yang tak seberapa ini, ada segelintir kaum adam ini yang mempunyai perwatakan manja mengalahkan wanita. mereka lebih suka seorang yang lebih matang untuk menjadi penemannya dan lebih selesa ketika disampingnya. sedangkan wanita yang masih di usia remaja mempunyai perwatakan yang ingin dibelai selalu. mungkin disebabkan itu, lelaki berasa rimas dan kurang selesa ketika bersama dengan wanita sebegitu.
Setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah yang mengiringinya. begitu juga tiap2 sesuatu hubungan, pastinya Allah menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya yang beriman kepadaNya. siapa pun bakal jodoh yang sudah Allah tetapkan, redha dan terimalah dengan hati yang terbuka kerana mungkin itulah yang terbaik untuk kita. semoga perhubungan yang suci akan diredhai olehNya.
No comments:
Post a Comment