Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk mencoret rasa hati di dada blogku ini, moga segalanya dipermudahkan aminnn~
entry ini ada kaitan dengan lagu yang sebelum ni, "jangan diucap selamat tinggal" sangat bermakna untukku, dan aku berharap lagu ini akan memberi kesan kepada dia agar kalimah "selamat tinggal" itu tidak terkeluar dari bibirnya dan tidak akan ditujukan untukku.
setelah aku muhasabah diri, aku lihat mentari diluar jendela, menghela nafas yang panjang, menghidup udara yang sungguh nyaman dan aku merasai sesuatu...................................Allah! aku merasai Allah sentiasa melihatku, dan berada disisiku tiap waktu dan saat, aku pejamkan mata serapatnya dan merasai kehadiran Dia dihati, maka jiwa kecilku berkata...................."berhentilah menangis kerananya, kerana dia hanyalah sementara, berhentilah bersedih kerana hari esok masih ada dan berdoalah kerana tiap yang berlaku ada hikmah yang menanti"
apa pun yang berlaku, aku redha dan pastinya aku pasrah..........masing2 punyai kehendak dan tujuan, masing2 punyai rasa dan perasaan, begitu juga aku, doaku agar apa yang berlaku semalam adalah kenangan yang pahit dan berharap agar ianya tidak akan berulang sekali lagi.
Allah.................................cinta & kasih sayangku untukMu dan selamanya untukMu.... dan dengan kasih sayangMu, aku menyintai dia....... Engkau restuilah hubungan ini~
No comments:
Post a Comment