ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Friday, January 25, 2013

Kundasang, Here I come!

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berblog..
kat sini nak share sikit tentang aktiviti cuti Maulidur Rasul yang lepas..
Mak Ude (isteri lec IPG/penyelaras j-QAF) a.k.a jiran umah telah mempelawa kami serumah untuk pergi jalan2 ke Kundasang..
Dengan rasa malas, kami pun bersiap2, memandangkan nak gerak awal pagi..
siap bawa bekal, nak berkelah katanya =)
Rentetan perjalanan:
Perhentian pertama kami di "Pekan Nabalu"
singgah beli makanan n buah tangan..
sempat jugak snap beberapa pic yang memang interesting..
jom tengok ;p
di sebalik awan tu tersembunyi Gunung Kinabalu


my Rumate =)


Memang sangat indah...SubhanaAllah ;D

Kami teruskan perjalanan..
Perhentian seterusnya di Kinabalu Park..
Haaaa kat sini memang best..
Dapat merasa suasana hutan yang memang sejuk..
basuh tangan kat toilet boleh beku tangan..hehehe
Ada 1 pelantar tempat tengok pemandangan...
Tapi tak nampak apa sebab diseliputi dengan awan/kabus tebal...

Dan paling menariknya, tupai kat situ semua frendly..hehe..
First time jumpa tupai tak takut orang..
Sempoi je diorang tu..
Maybe dah biasa kena bagi makan oleh pengunjung-pengunjung... =)
Pic kat Kinabalu Park ni tak dapat lagi dari member, so tunggu jela k ;)

Lepas berkunjung ke Kinabalu Park, 
kami meneruskan perjalanan ke Kundasang...
~Kundasang~ da place that i love~

Saat sampai di Kundasang, memang seronok tak terkata...
Cantiknya pemandangan kat situ memukau pandangan...
Macam berada di luar negara..hehehe..
jom tengok pic yang sempat di ambil ketika di sana ;)



Kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring..
Kat situ ada Kolam Air Panas..
Siap dengan lokasi air terjun yang memang...best =)

Housemate yang seronok bermain air

Penulis n kak maziah, hanya mampu melihat =)

Jam dah menunjukkan pukul 4 lebih... 
Kami pun berpusing balik memandangkan esok masing2 bekerja..
Singggah semula di Kundasang untuk melawat "Desa Dairy Farm"..
Haaa....satu lagi lokasi wajib datang bila sampai di kundasang ni.. =)

Desa Dairy Farm ni tempat ladang lembu..
Bukan lembu biasa tau tapi baka luar negara punya...
Alaaa..macam lembu New Zealand tu..hehehe...
Yang pasti..memang best!!

lembu ngah beratur nak perah susu =)

sambil perah susu, sambil makan =)

kak linda sempat lagi menyusukan anak lembu =)


suasana padang ragut yang memukau pandangan =)

lembu pun berdisiplin =)

Lepas melawat ladang lembu ni, kami pun bertolak balik ke Tuaran..
Waaahhh teramat penat..tapi seronok.. =)
Ondaway nak balik tu, tiba2 nampak sesuatu kat atas..
Rupa-rupanya puncak gunung kinabalu..
Memang sangat cantik...
ni jela gambar yang sempat ambil..
itupun kena singgah tepi jalan.. =)



cantik kan???hehehe...

Kalau datang Sabah, jangan lupa datang ke Kundasang tau =)
Mesti tak rugi =)
Okay,, tunggu next travel =)

Salam Maulidur Rasul 1434H




SALAM MAULIDUR RASUL 1434H,
Semoga Rasulullah S.A.W menjadi inspirasi terulung dalam menempuhi laluan menuju Allah yang Khaliq,

Peringatan untuk kalian lebih-lebih lagi untuk diri sendiri :-
"..Hidup mestilah ditelusuri dengan kalimah Allah, berpaksikan syahadah yang senantiasa diperbaharui..dan nabi Muhammad sebagai tunggak kekuatan dalam kehidupan seharian..mudah-mudahan Allah tidak putus2 melimpahkan rahmat & kasih sayangnya kepada hamba yang menjadikan setiap inci perbuatannya sebagai ibadah, mengejar keredhaan Allah dan syafaat nabi Muhammad, semata-mata ingin menjadikan Syurga Firdausi sebagai kediaman rasminya di Akhirat nanti.."

~Sollu A'ala Nabi~

Friday, January 18, 2013

Selamat Pagi Sabah ;D

Selamat Pagi Semua,,,
Selamat Pagi Warga Sabah,,, ;)

Pagi yang cukup indah untuk dinikmati,, syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi, kerana pagi ini masih boleh  bernafas, membuka mata, menggerakkan tubuh badan, berjalan ke tandas, berdiri tegak untuk bersolat dan masih boleh melalui rutin biasa sebagai manusia...  Syukur tidak terhingga ya Allah atas nikmat yang sangat besar itu... 


Hari ini hari sabtu, jadi cuti-cuti Malaysia la saya..hehe.. kalau sebelum ni tinggal di bangi, celik mata je dengar bunyi hiruk-pikuk kenderaan, nampak bangunan...bila kat kampung (johor) dengar bunyi ayam, nampak pakcik2 lalu nak ke kebun dan udaranya segar je.. tapi bila sudah menetap di negeri bawah bayu ni, suasana sungguh berbeza..pagi2 je mesti nampak "simbol kemegahan Negeri Sabah" iaitu gunung Kinabalu...hehehe..alhamdulillah, 1 lagi nikmat yang sangat besar.. =)


Motivasi untuk hari ini :-

"...Perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Rabb bukanlah sesuatu yang membebankan malah suatu sumber kekuatan untuk terus kuat dan tabah dalam melalui minit-minit kehidupan yang tidak ada sesiapa mengetahui bila minit itu akan terhenti...Lakukanlah semua urusan dengan sesempurna mungkin kerana ianya ibadah yang menanti ganjaran pahala...Kejarlah sebanyak mana pahala dan Redha Allah, kerana dengan itulah, cita-cita kita ingin menjadi penghuni taman-taman Syurga akan tercapai..." -Amin-

  http://www.smileycodes.info

Thursday, January 10, 2013

Allah mengujiku =)


Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan...banyak orang banyak ragam..begitu la hidup, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.. tak semua perkara yang kita suka, kita akan perolehi.. sesungguhnya belajarlah untuk mensyukuri tiap kurniaan dan nikmat, samada baik atau buruk pasti ada hikmah yang menanti..

Saya nak share tentang pengalaman mengajar j-QAF di sekolah cina.. kalau ada sape2 kat luar sana yang boleh kongsi pengalaman, sangat2 lah dialu2kan.. 

Saya melapor diri pada 2hb januari 2013, mula2 datang tu saya rasa semangat la, mana tak nya hari pertama   bergelar guru (walaupun hanya guru pelatih), tapi sangkaan saya meleset, semangat yang berkobar2 itu hanya bertahan selama sehari je, hingga ke hari ini, hari ke 9 semangat itu semakin pudar.. mampukah saya bertahan sehingga 18bulan akan datang???

Masalah yang saya hadapi ialah guru besar merasakan penempatan saya di SJK (C) CHUNG HWA adalah suatu perkara yang tidak patut.. dia mengatakan guru j-QAF tidak sesuai ditempatkan di sjkc.. mungkin kerana bilangan murid yang beragama Islam tidak ramai..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 2 minggu sejak saya melapor diri di sekolah itu.. saya tak kuat nak lalui hentaman demi hentaman dari pihak sekolah.. sehingga mengundang air mata.. saat getir ini saya terpaksa lalui sendirian.. nasib baik Ustazah Nadhirah (guru pendidikan Islam ) banyak membantu dan menyokong saya.. 

Hari ini guru besar mahu berjumpa dengan saya, saya dapat rasa ada sesuatu yang bakal diperkatakan.. hmmm.. dia suruh saya buat pilihan, samada saya mahu stay di sekolah itu atau bertukar ke sekolah lain.. ya Allah,, berilah petunjuk kepadaku..

Saya adukan masalah ini kepada penyelaras j-QAF di ipg Kent, dia bagitahu kemungkinan esok pegawai dari JPN akan datang ke PPD Tuaran..  jadi kemungkinan besar pegawai tu akan melawat ke sekolah saya.. Mudah-mudahan Allah beri saya jalan penyelesaian yang terbaik.. dan semoga tidak ada lagi berita buruk yang saya akan dengar.. aminn.. =)

Friday, January 4, 2013

Bermula epilog seorang GURU

Rasa rindu nak menaip di laman blog, sekarang jarang ada masa..bila balik dari sekolah rehat2 kejap lepas tu membuta...hehehe~~ malam pun macam tu jugak.. lepas kemas2 terus tidur.. kalau online pun buka fesbuk je, hehehe...~~al-maklum lah, baru2 berkerja..jadi badan letih la sikit.. ;D
Nak share sikit tentang sekolah baru saya.. masa dapat tahu penempatan sekolah, rasa terkejut jugak la bila dapat sekolah cina.. SJK (c) CHUNG HWA TAMPARULI.. masih tak dapat bayangkan macam mana keadaannya.. suasananya macam mana.. macam2 lah.. bila 2hb januari je, saya melapor diri, baru semua persoalan tu terjawab.. 
Secara ringkas tentang sekolah tu, memang nampak best, bangunannya baru, besar, kawasan tengah2 pekan, jadi from fizical memang everything is perfect.. tapi bila dah masuk situ, terasa kejutan budaya pulak.. terasa serba serbi tak kena.. dan disini lah bermula semua kesedihan saya..~~

Kesimpulannya, banyak benda kena belajar bila menjadi seorang pendidik ni..tambahan pulak mengajar orang sabah, cina pulak tu.. mereka mempunyai lain budaya, lain bahasa, lain pemikiran, dan semestinya memandang serong kepada kita.. jadi anggap lah itu buah tangan dan hadiah selamat datang ke sabah..hehehe...

#mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kami di bumi Allah ini..Amin#