ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Tuesday, November 29, 2011

Hello =)

Assalamualaikum,

alhamdulillah selamat jugak sampai kat bumi bangi. sekali lagi menjejakkan kaki ke sini, semoga segalanya dipermudahkan. hari khamis aritu ayah panggil balik, sebab kena jaga mak kat hospital. sampai kat stesen bas b.p, ayah terus bawak pegi hospital. dua malam aku jaga mak kat hospital. 1st experience rasanya. begitu teruja dapat stay kat hospital. memang dah lama nk rasa pengalaman macam tu, coz masa mak operation dulu aku xberpeluang nak jaga mak, disebabkan masa tu tengah latihan pentauliahan masa tahun 2008. doktor bagitahu mak dah boleh keluar ari sabtu, so lepas uruskan beberapa perkara, kitorang pun balik la rumah. =)

esok pulak mak kena pergi hospital sultan ismail untuk ambil darah, harap2 mak lepas la buat kimoterapi hari khamis ni. hari tu darah putih mak rendah. 0% je. so hopefully darah mak ok la esok, kalau esok ok, then hari khamis bolehla jalani sesi kimoterapi untuk kali yang ketiga. kesian mak...belum habis kesan kimo yang kedua. kena pulak lalui kimo yang ketiga. tapi dengarnya, yang ketiga ni xberapa teruk sangat..

sesi untuk kimoterapi tu ada 6 kali je, so ada lagi empat kali. maybe lepas kimo yang keempat baru mak boleh operation buang breast. huhuhu...sedihnya... ape la agaknya perasaan mak ek... =(

sekian dulu yerrr.... penat sebenarnya ni, nak rehat dulu ok...next entry nanti kita jumpa lagi.. :P

Thursday, November 17, 2011

jangan menangis sayang-safura

Sampainya hati mu 
Buatku tertunggu-tunggu 
Kemana kau sayang 
Tidur malam tak menentu 
Rindu merindu selama ini 
Ku takut kan menjadi kenangan 

Aku menangis sayang 
Bila kau tiada 
Tak sanggup rasanya aku 
Berjauhan dari mu 
Resah hati ku 

Jangan menangis sayang 
Ku seperti dulu 
Rindu ku hanya padamu 
Cinta ku hanya untukmu 
Buat selamanya 

Kalau padi kata padi 
Tidak aku tertampi-tampi 
Kalau benci kata benci 
Tidak aku nanti terus menanti 

Berjanjilah kau sayang 
Hanya aku di hati mu 
Aku dah berjanji hanya kau di hati

saling merindu

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

renungan bersama

Assalamualaikum, 

Jumpa lagi kita dalam entry yang baru, hehe, kali ni nak cite mengenai isu mak "maki hamun" anak. ermmm, ayat tu sebenarnya xberapa nak kena, tau sebab apa? mak xsepatutnya berkelakuan demikian terhadap anak sendiri, tambah pulak anak2 tu masih kecik & tak tahu apa2. kalau setakat marah2 tu biasa la, mak mana xmarah kalau anak diorang nakal tak dengar cakap, tapi kalau sampai tahap marah anak2 depan umum dan mengata yang bukan2 itu bukan lagi marah namanya. jom kita baca kisah kat bawah ni (sebagai tauladan kita bersama).

perut rasa lapar, then member ajak makan makanan segera, katanya perut masuk angin jadi dah xselera nak makan nasi, lepas order terus pilih meja, ermmm kami pilih meja dekat dengan tempat cuci tangan, senang sikit nanti. selang 1meja ada meja family, kat meja tu ada 4 orang budak tanpa parent. xlama tu anak yang bongsu tu nangis melalak. menjerit tanpa ada yang peduli. kitorang mampu tengok jela,haha. tak lama tu nampak la mak diorang menjerit kat anak2 dia yang lain, suruh tengok2 kan anak dia yang bongsu tu. 

dah lama lepas tu, mak dia datang bawak makanan. nampak macam ayahnya xda. bila mak dan si anak duduk nak makan, terdengar mak membebel yang bukan2. padahal aku tengok anak2 dia xdala buat hal, sampaikan mak dia berkata "ko ni macam ba.... la" ish apa agaknya yang si mak ni nak cakap ek??? si mak ni sambung lagi.. "korang ni macam anak sakai je, nak kata duduk kat pedalaman tak jugak, duk kat bandar" bukan tu je,, banyak lagi la ayat2 yang menyedihkan. kemudian mak suruh anak sulung dia (perempuan) pergi amek sos, umur budak tu ada la dalam 5-7tahun, pastu budak tu amek sos sikit je, si mak mula la nak membebel, dia kata lembap la itu la ini la.. ya Allah aku mendengarnya pun rasa nak nangis.

bila dengar je kami buat tak tahu je, tapi kat telinga ni jelas sebijik2 ayat yang dia sebut. anak2 dia aku tengok ok je, adat la budak, memang macam tu. kalau budak diam je mak pun xsuka kan. tapi janganlah marah diorang ni melampau sangat. penggunaan bahasa "aku engkau" pun dah melambangkan si mak ni orang yang macam mana, kesian si anak kan. 

kisah kat atas ni memang berlaku, sebelum ni aku xpernah alami, jadi bila berlaku depan mata rasa macam terasa hiba pulak, walaupun belom berkahwin dan mempunyai anak tapi sebagai seorang perempuan, aku xsampai hati nak buat anak2 macam tu. bukankah kata2 ibu itu satu doa??? 

ayah aku selalu cakap, kalau anak2 dia buat salah, dia akan tegur dengan baik tapi dalam masa yang sama dia  juga ingatkan diri sendiri kerana mungkin dia tersilap dalam mengajar anak2 di waktu kecil. terasa sayu pulak hati ni, hehe, bagi sesiapa yang ada anak tu, jangan la mengata anak dengan bahasa yang tak elok, marah tu biarlah berpada. kalau anak2 berdendam dengan mak bagaimana nanti? ya Allah minta dijauhkan la. mak dan ayah sama je, sama2 perlu beringat dalam mendidik anak2. cewah!

sekian dulu entry kali ni, hehe. apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk tu sama2 la kita elakkan, wallahua'lam.

Wednesday, November 16, 2011

yeahhh!!

Assalamualaikum, alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana telah menyelesaikan masalahku, terima kasih untuk alep yang dah bersusah payah membetolkan lappy aku ini, hehehe,, terima kasih la kepada sesapa yang menyumbangkan tenaga bagi membetolkan beliau ni...hehe

malam ni kami (masyi & kak nad) menunaikan solat kat masjid UKM, hehe, selesai solat maghrib, dengar kuliah tafsir, syukran sangat2 kerana masih diberi peluang menghadiri majlis ilmu setelah lama meninggalkannya. selepas tu solat isyak pulak, pergi masjid naik moto xpakai helmet, sempoi je kan...hahaha.. balik lalu depan dectar, then nampak beberapa guard sedang menunggu di tengah jalan, upenyer ada road block, hahaha, konfem lerrr kami berdua bakal di tahan dan kemungkinan besar kena saman kerana xpakai helmet..hehe, nasib baek kak nad cepat buat u-turn, terus je park moto kat tepi dectar, dan kemudian berjalan kaki pulang ke kolej, xdala jauh sangat kolej tu, huhuhu,, ape la, tyme2 tu la diorang nak wat road block. huhu...

sampai2 je bilik, terasa boring sangat. laptop xda, bahan bacaan pun xda. tengok hp pun hambar je, nasib badan la. ada kawan tapi kena buang, ermmm... golek2 kat katil then terlelap. xlama lepas tu, kak nad kejut ajak pergi kafe, makan sekali dengan alep. huhuhu... duit tengah rm2 je ni, lupe nak g keluarkan duit kat bank. terpaksa laaa guna duit kak nad dulu..hihi.. rupanya alep bawak laptop sekali, alhamdulillah dah siap pun, boleh la online lepas ni. hehe sukerrr2!!  

pergi kafe pun makan megi je, lapar punya pasal telan je la, menu megi tomyam & neslo ais. sedang makan tu datang en.Rahim (felo kolej @ RSM palapes)..hahaha. dalam ati aku berkata "kena la aku jap lagi"..hehehe sekali betol kan.. dia datang depan aku.. huh!!! lama xkena sakat ni, mampuih ak malam ni..hahaha... tapi ok je, sembang2 sampai la 3 orang felo datang (hajar, sarah & fatimah)... lepak & berbual macam2 topik sampai jam12. baru la bersurai semuanya..

lupa nak cerita, masa tengah berbual tibe2 henpon berbunyi, ada orang bagi mesej la. tengok2 adiq yang send mesej. " kak, m.cik meninggal, baru je"......kandungan mesej yang aku dapat..mula2 aku ingat sapa la yang meninggal, terkejut sangat...baca balik upenyer makcik ( nenek sedara ), huhuhu...sedey plak, arwah memang ada sakit jantung, meninggal kat kL, 2ari kat ICU,, moga rohnya ditempatkan di tempat orang yang beriman...aminnn ya Allah

huhuhu..dalam keadaan suke ria terselit perkara yang menyedihkan, pengajarnnya kena la sentiasa beringat, jangan suka2 sangat.. apa2 pun , arini memang best la...hehe =)


Tuesday, November 15, 2011

are you ready 4 something you've done?

bila owg mengomen ttg something yg baek utk kita, jgnla kita amek ringan, walhal perkara tu adlh yg terbaek, mungkin skg ni xnampk kebaikannya tapi tunggula satu masa, ianya sangat bernilai

dulu aku ni xmacam aku yang sekarang lerrr, mempunyai personaliti yg aku kira baik la, tapi bila usia meningkat remaja dan kemudian semakin dewasa, aku jadi lain pulak, salah satu sebabnya "persekitaran"

sendiri berubah sendiri tanggung, bila ayh dah perasan anak dia makin lama makin lain dia mula bersuara, tapi aku hormat cara dia tegur, dan sekarang masanya nak pikir apa yang perlu aku buat

mula2 kena pikir step by step, apa yang perlu dilakukan, bermula dari perangai yang semakin entah pape dan kemudian ubah pulak kepada pakaian, yang penting slow2 okay, insyaAllah kalau niat itu baek makanya allah akan beri yang terbaek...aminnn!

doakan ye semua, insyaAllah mahu jadi masyi yang dulu, =)

Wednesday, November 9, 2011

ngntoks

arrrrgggggghhhh....!!!!!!

mengantoknye mata ni....

padahal tengah online kat cc...

uisshhhh....

macam mana ni...

tolong.....mata dah berat...


selamat ari ghayer

Assalamualaikum...

pertamanya nak ucap selamat hari raya aidiladha....hehe...aku beraya semestinya la kat umah sendiri, nak beraya kat umah nenek belah mak tapi nenek dah lama meninggal...nak balik kampung belah ayah memang la xkan sebab kesihatan mak xberapa nak mengizinkan... lagipun kampung halaman ayah aku jauh giler...hehehe...apa yang menariknya pasal raya korban ni ek???

korang buat korban tak raya kali ni???? kat kampung aku sembelih 8 ekor tau tahun ni,,,hahaha...lebih la dari tahun-tahun sebelumnya...alhamdulillah rezeki murah tahun ni... raya pertama & kedua rasa macam xingat dunia je... sebab masa tu asyik mengadap dapor je... raya 1st dari pagi sampai la petang orang xberhenti2 datang umah... memang penat la.. raya kedua plak start zohor sampai kul9mlm orang datang... dah macam kerja kat kedai makan kot...lenguh giler kaki dan seluruh anggota badan ni...hahahaha...tapi ok je... dah tetamu datang, standart la tu...raya..xkan laaa nak halau pulak... diorang semua ziarah mak... 

aku balik bangi maybe ari ahad kot...kebetulan cuti lama so boleh la relax lama2 kat umah... esok kitorang pegi HSI, mak kena ambil darah then maybe tido umah makcik kat JB, jumaat pegi semula HSI mak nak kena kimo untuk kali kedua...moga Allah permudahkan segala urusan kami.....aminnnn!!!

Wednesday, November 2, 2011

tensyenn!!!!!

Assalamualaikum

waarrrgggggggg!!!!!!!! rasa nak menjerit sepuasnye... tensyennye arini... bangun pagi je terasa tekakku macam perit semacam je..rasa2 mau demam, then badan dah start sakit2...huhuhu.. padahnya bermandi hujan ketika di LCCT tempoh hari...

bangun tido rasa macam dah ok je,tapi tekak masih sakit... huhuhu... bukak laptop sekali dia wat hal plak... adoiiiii!!!!!! di saat keboringan yang teramat ni la beliau nak wat hal... geramnya...macam nak baling je... huhuhu....

rasa nak menjerit!!!!!! huhuhuhu..... tolong la laptop,,,,jangan la meragam... ni gara2 trojan yang xdiundang la ni.... sengalla..  saje je nak kacau hidup aku kan.... malang2....huhuhu

memang blur lahidup aku arini.... segalanya menjadikucar kacir... dahla kondisi badan xberapa nak stabil, kena plak laptop ni menambahkan lagi ketidakstabilan mood aku... 

nak jerit puas2 kat blog ni....arrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!