ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)
Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Monday, October 10, 2011

.:: hohoho ::.

jam dah menunjukkan 2:50 a.m, alamatnya aku xtido la malam ni....dah puas main game, sampai naik lenguh jari jemari ni....asyik kalah je...last2 fed up terus bukak blog... entah apa dalam kepala ni, xtau nak cite ape sebenarnya...jap ea, nak pikir ada idea x....

hurmmm,,,,malam ni aku rasa sunyi sangat3... xtahu la kenapa ek? ak bukannya ada pakwe pun,,nak  main mesej...nak sembang kat telepon...xkan la nak kacau member2 plak kan... ish serabut gak ea kalau xda pakwe ni... pikir punya pikir,,, kadang2 terasa jugak nak ada someone yang namanya pakwe...tapi ada ke orang nak kawan dengan aku ni...huhu..

siapa agaknya nak terima aku ni sebagai awek diorang...hahaha.. mesti xda punya... 2ari lepas ada la sorang ni pelawa aku jadi awek dia... dia tu kawan lama aku... beberapa bulan menghilang dan sekarang muncul balik... nak kata dia serius, aku pun xpasti... masalahnya aritu je dia contact aku...arini ilang lagi... dalam kepala otak aku memang dah pikir dia ni just nak main2kan aku je kot... malas la nak serabutkan kepala dengan hal remeh temeh ni... kenapa la aku selalu jumpa orang yang nak main2 je??? adoyaaaiii =(
aku teringin nak ada seseorang yang sayang aku.... tapi aku takut.. takut jadi macam sebelum ni... bila ingat balik, aku terus padamkan niat tu... jeles jugak tengok orang lain bahagia... kawan ramai dah kawin, ada anak.. tunang... macam2 la... tapi aku??? pencarian tu masih xberakhir.... penat menunggu "seseorang" tu..tapi xtaula akan ada atau x itu semuanya urusan Allah... 

walaupun mulut ni kata "aku dah xmahu kapel lagi".. tapi dalam hati ni cuma Allah je tahu, yang aku menunggu seseorang insan yang akanku jadikan dia seorang suami dunia & akhirat... siapa dia aku masih xtahu lagi... moga penantian aku ini xakan sia2... moga jodohku ada diluar sana... 

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

sekian untuk malam ni... jom kita tido.. selamat menunaikan ibadah pada esok hari... =)

Friday, October 7, 2011

.:: love story ::.

http://www.smileycodes.info
saya dilamun cinta


http://www.smileycodes.info
saya saaaaayyyyaaaangkan dia

http://www.smileycodes.info
akhirnya......saya kena tinggal

http://www.smileycodes.info
sedihnya hidup tanpa dia

http://www.smileycodes.info
saya takut nak hidup tanpa dia


http://www.smileycodes.info
saya dah xpeduli semua tu

http://www.smileycodes.info
saya berdoa agar saya xsedih lagi

http://www.smileycodes.info
saya mahu hidup ini ceria...walaupun tanpa dia


http://www.smileycodes.info
kini hidup saya lebih bermakna =)

Friday, September 23, 2011

:: diriku sedang bercinta ::

Assalamualaikum
ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Alhamdulillah masih lagi ada ruang & waktu
diberi peluang bernafas & menikmati ciptaan Allah
SubhanaAllah Maha Suci yang menciptakan alam ini
dengan rahmat serta kasih sayangNya

:: setelah lama xmengarang sesuatu, tibe2 ada idea yang muncul di kepala ::
:: nak cerita tentang CINTA ::

:: aku kini sedang bercinta ::

:: bercinta dengan SIAPA ::

:: dengan zat yang menciptakanku ::

:: bercinta kerana APA ::

:: kerana Dia yang menjadikanku ::
:: kerana ingin mendapat redhaNya ::

:: kini aku bercinta denganNya ::

:: denganNya aku..... ::
:: belajar mengenal erti SABAR ::
:: belajar erti TAQWA ::
:: belajar mengenal DOSA & PAHALA ::
:: belajar mencari KEKUATAN ::

:: denganNya aku..... ::
:: aku menjumpai TEMAN ::
:: aku beroleh KETENANGAN ::
:: aku rasa SELAMAT & AMAN ::
:: aku mencari KEKASIH yang mencintaiNya ::

:: bahagianya aku ketika bercinta denganNya ::
:: walaupun hakikatnya aku keseorangan ::
:: namun kerana CINTANYA, aku berteman ::

:: marilah sama2 kita mencintaiNya ::
:: kerana hidup kita sememangnya kepunyaanNya ::



Wednesday, May 4, 2011

ya Allah, bantulah aku...

Assalamualaikum, hye semua, moga hari2 kalian sentiasa dipenuhi keberkatan olehNya, hari ni sy dah ceria, mungkin emosi dah stabil kot, nasib baik 2hari ni kak nad ada temankan sy, xdala sy kesunyian sendirian,hehehe,,maceh kak nad,,,

saje jela nak share cerita kat blog ni, bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk pengajaran dan sebagai satu ingatan buat diri sendiri dan kwn2 yang lain. peristiwa yang baru sy alami ini bukanlah yang pertama kali, tapi kali yang kedua, walaupun ianya sudah berulang, ia masih menjadi seperti "nitemare" yang sangat menyeramkan, seolah2 ianya baru berlaku semalam. sy melalui perkara itu sendirian, dan yang sy tahu masa tu sy hanya mampu menangis. "curang" adalah perkataan yang sangat menakutkan, bukanlah untuk sy tapi untuk yang bergelar "dia"... sy sedar ianya berpunca dari kesalahan dan kesilapan sy sendiri, namun logikkah penyelesaian yang diambil oleh si dia? tiada kata putus yang diambil, malah menerima insan lain sebagai kekasih hati tanpa memberitahu kepada sy, sedangkan ketika itu, sy masih lagi dilabelkan sebagai "gurlfren" nya...mana sifat ehsan dia? andai dia tahu ianya terlalu menyakitkan...

dia memilih seorang perempuan non-muslim, sebagai pengganti sy, menjadikan sy lebih tercabar dan rasa terhina. adakah dalam kepala dia, sy ini lebih teruk dari org yang bukan Islam? pada mulanya memang sy tidak boleh terima, tapi siapakah sy untuk melarangnya... namun, Allah tahu, sy terlalu menyayanginya..dan Allah membukakan pintu hatinya untuk kembali kepada sy... sejak itu, sy berjanji yang sy tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu, kerana kehilangan seseorang yang kita sayang adalah sesuatu yang sangat menyakitkan... mujur ada kwn baik yang sentiasa ada untuk sy, ada adik yang sentiasa mendengar tiap patah yang sy ucapkan, tiap tangisan yang diluahkan... dan yang paling penting, ada Tuhan yang sentiasa ada untuk sy, dan segala kedukaan itu datangnya dari Dia dan kepadaNya jugalah sy berserah...

di saat ini, sy lebih ceria menghadapi hari2 yang mendatang, walaupun sy tidak tahu apakah yang bakal berlaku, namun sy berharap agar sy sentiasa dalam kasih sayangNya... buat dia yang teramat sy sayangi, maafkan segala kesalahan sy,terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memilih sy dan kembali kepangkuan sy, sy juga berharap agar sy diberi peluang untuk memperbetulkan segala kesilapan yg sudah sy lakukan sebelum ini, semoga hubungan kita ini akan kembali seperti biasa dan berharap agar Allah merestui dan memelihara kasih sayang kita berdua...