ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Monday, December 26, 2011

ngomel sendiri ;)


Hey... You All semua  ;)
kenyang sunggih perut cik panda malam ni, petang tadi dah melantak kat Village View, makan simple je nasik goreng sardin & air fresh orange.. malam ni pulak teringin makan sup.. makan kat kedai Umi dengan cik Rahim, Alep & kak Nadia =) ... Alhamdulillah kenyang sesangat.. baru ada selera selepas seharian tadi sakit perut..  terima kasih buat cik kerana menaja makan malam kami tadi..hehehe

Mata ni sebenarnya rasa mengantuk tapi tak mahu tidur lagi.. mahu gunakan wifi UKM ni dengan sebaik2nya malam ni, esok cik panda ni nak pulang ke kampung halaman... hehehe... so malam ni nak tidur lewat sikit.. cewah, macam lerr sebelum ni tidur awal kan.. kihkihkih..

Semoga perjalanan cik panda esok hari dipermudahkan.. amin.. ya Allah =) 

Tadi Cik panda pergi membeli belah kat econsave, tak beli mende pun just teman kak nadia beli barang, masa masuk2 kat econsave tu nampak la ramai yang tarik bakul, then cik  panda macam nak try jugak.. hehehe.. cik panda pun segera mencari bakul tersebut... seronok sangat dapat tarik bakul tu... ala.. bakul tu sebenarnya macam troly la function nyer cuma ianya "bakul"..hehehe... bila buat sesuatu perkara yang unik dan comel rasa happy sesangat.. boleh ilangkan resah gelisah kat hati ni... betol x??? hehehehe...

Alhamdulillah kini cik Panda lebih tenang, walaupun kekadang ada jugak terasa sedey tapi cik panda dah boleh handle la.. tak sabarnya nak jumpa ayah, emak dan adiq.. cik panda memang dah rindu sangat kat diorang.. huhuhuu.. cik panda dah boleh lupakan semua perkara pahit yang berlaku dalam hidup ni, bukan lupakan buat selamanya tapi cukuplah buat masa yang terdekat ni... 

Kadang-kadang Cik panda keliru dengan apa yang berlaku kat sekeliling  ni, cik Panda dah tak kuasa nak fikirkan perkara yang belum pasti ni... biarlah masa yang menentukan segalanya... cik Panda hanya berdoa agar segalanya dalam keadaan baik, sebab Allah akan berikan yng terbaik..

Hehehe... apa saja la cik panda ni merepek kan.. ini lah sikap cik panda, suka membebel sensorang... lagi2 kat ambik & cici.. itulah kawan teman berbual..lawak2... okay2... lebih panjang cik panda membebel, lebih mengarut la jawabnya...hihihi.. selamat malam okay ;)

Saturday, December 24, 2011

ingat mati itu penting!


selamat menempuhi hari ahad,
selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti tu
bagi yang keje, keje rajin2 yep
hehehe
=)

lagi beberapa hari kita nak melangkah ke tahun baru
tahun baru Islam baru je lepas
walaupun kita masih berpeluang melalui tahun yang baru tapi sentiasa la beringat
ada di kalangan kita sudah pun dijemput Ilahi
dunia dah pun ditinggalkan
kini yang menanti cuma amalan buat bekalan DI SANA

meremang pulak bila mengingatkan sakaratul maut ini
tapi motivasi paling terbaik ialah mati
ingat tu !!! :)

moga kita menjadi hambaNya yang terpilih melalui HUSNUL KHOTIMAH
aminnn =)

bila cerita bab hidup mati ni, teringat kepada ayah kawan yang baru
meninggal ari jumaat yang lepas
arwah ada sakit jantung
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh

sebelum tidur tu muhasabah la diri
kerana belum tentu kita akan berjumpa hari esok
mudah-mudahan umur panjang & dapat buat amalan dengan cemerlang

renung-renungkan & selamat beramal :P

sepasang kurungan silver :)

selamat menikmati malam bagi sesiapa yang masih bersuka suki di luar sana
selamat menempuhi mimpi bagi sesiapa yang sedang diulit lena yang indah
selamat berjaga kepada sesiapa yang masih mencelikkan mata
semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 saja :)

malamku terisi dengan menemani kak nad mencari sepasang kurungan
baju berwarna silver menjadi pilihan

baju cantik dah dapat,then mencari hadiah pula
patung berwarna kuning menarik perhatian
comel dan cute
moganya si pengantin suka akan hadiah dari kak nad ni :)

sebenarnya esok kak nad nak pergi rumah bakal mak mentua dia
kakak kepada buah hatinya berkahwin esok hari
mesti berdebar hati kak nad
heheheheh
insyaAllah lepas ni aku plak pergi majlis kak nad
aminnn =)

ok la ye, mata dah mula nak tertutup ni
jumpa lagi la ye,,
selamat malam semua 

Thursday, December 22, 2011

luahan hati~kristal

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Sayunya hatiku melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

salam untuk kekasih~nadia

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Wednesday, December 21, 2011

thanks to my dear kak nad

Assalamualaikum

saya gembira sangat sebab kak nad buatkan saya header yang sangat cantik
terima kasih yer kak nad kerana sudi meng'edit' sehingga terciptanya 1pic yang menarik

inilah header yang baru
saya dah letak kat blog saya =)


nanti saya nak blaja la dengan kak nad :)
supaya saya pun boleh buat header dengan cantik
hehehehe~
sayang kak nad
mmmuuuuaaaahhhh!!!!!!

Sunday, December 18, 2011

sajak~saat bertemu Pencipta~

malam melabuhkan tirainya,
gelap memenuhi ruang angkasa,
gelita meluaskan kuasanya,
ketika itulah semua manusia mula memasuki dunia kedua,
meninggalkan alam nyata,


setiap yang bertenaga akan tidur sepuasnya,
hanyut dibawa mimpi indah dunia
namun jauh di sudut dinding usang sujudnya seorang hamba,
sendiri menghitung tasbih di jari,
sendiri membisik kalimah suci,


kudratnya diraih di siang hari, 
semata-mata ingin menghadirkan diri mengadap Ilahi,
ketika sunyi malam mula menari,
ketika itulah jasad menghamparkan sejadah menghadap kiblat,
ya Rabbul I'zzati, aku datang menghadapMu,


ruku' dan sujud hanya kerana redhaNya,
zikir dan tahmid hanya kerana cintaNya,
jari diratib memuji kebesaranNya,
agungNya mencipta malam untuk beribadat kepadaNya,


fajar mula menyinsing menyinari alam semesta,
embun menitik tanda pagi mula menjengah ke dunia,
siang mula kembali kepada asalnya,
malam ditinggalkan dan pastinya akan ditunggu seterusnya,
kerana malam itu diciptakan hanya untuk 'dibangunkan'
oleh insan-insan yang sentiasa mengejar syurgaNya.

Thursday, December 15, 2011

cerita tentang seorang kawan

Assalamualaikum
selamat menempuh malam jumaat
moga2nya semua dalam kebaikan

terdetik di dalam hati nak mengunjungi 1blog yang dah lama xdikunjungi
tuan empunya diri dah lama menjauhkan diri dari aku
senyap tanpa sebarang berita
persoalan datang, aku buat salah ke?

bila menjengah ke laman blognya, aku terjumpa 1entry yang telah menjawab persoalan aku tadi
wahhhh...!

rupanya dia dah bertemu kekasih hati
bertemu seseorang yang dia sayangi
patutlah sekian lama dia hilang tanpa sebarang berita

walaupun ada rasa sedikit kecewa
tapi sebagai rakan, aku perlu mendoakan kebahagiaanya
mungkin dia xmenemui kebahagiaan itu ketika berkawan dengan aku

aku tersenyum gembira
mudah-mudahan jodoh mereka berpanjangan
amin =)

Tuesday, December 13, 2011

toing...toing...toing


http://www.smileycodes.info
konfius nyeee

http://www.smileycodes.info
apa nak buat ni????

http://www.smileycodes.info
kepalaku dah ting tong....

http://www.smileycodes.info
kritikal sudah...!!!!

http://www.smileycodes.info
idea baik sudah mari...iyaaahh..!!!

http://www.smileycodes.info
jom tido....hahahahaha
bubye =)

Ex-Angsi 2011

Assalamualaikum
hye...hye...hye :)

entry yang baru lahir ni pasal aktiviti hujung minggu lepas
aktiviti ape?

menawan GUNUNG ANGSI
sape tahu gunung angsi ni kat mana?
ok, bagi sesapa yang tak pernah dengar @ memang xtahu kewujudan gunung ni,
jom sy bgth secara tak detailnya tentang gunung angsi ni

terletak di kuala pilah
ketinggian gunung 825m ( 2,702 kaki)
merupakan salah satu tarikan hutan reakrasi ulu bendul
terbuka untuk pendakian



ni gambar kami sebelum bertolak
yang join ekspidisi ni ada la dalam 13 orang
8 lelaki & 5 perempuan

6 orang yo, 6 orang budak inter & sorang civilian
hahahaha
mesti ada yang xfaham kan
alaa...buat2 jela macam faham ye :p






gambar kat atas ni masa nak tunggu pegawai taman reakrasi datang
hahahaha
sempat lagi la nak possing macam2 gaya



yeahhh!!!! dah sampai jugak ke puncak
padahal masa tu dah nyawa2 ikan dah
siap kak nad g patah balik amek aku
kuang..kuang...kuang =)

alep pun sama jugak
lagi kesian kat dia
nasib baik sampai jugak ke atas dengan jayanya
hehehe



Subhanallah
indahnya kebesaranMu

cantekkan pemandangan kat atas ni
haaa...ni la pemandangan kat puncak gunung angsi
luas mata terbentang :)


kala jengkin ni bukan sesaje nak diambil gambarnya
berterima kasih lah kepada beliau kerana xmenggigit kaki saya
hahahaha
boleh kan berdiri tepi dia sampai xperasan yang dia ada kat tepi kasut
uisshhhh nasib baik dia tak usik
kam sahamMida en kala jengking =)





sekian lah kisah pendakian gunung angsi
bagi sesiapa yang mahukan kepuasan & ingin menikmati alam ciptaan Tuhan
jom lah beramai-ramai kita mendaki meredah hutan yang penuh dengan MISTERI

Monday, December 12, 2011

You're Beautiful

Assalamualaikum
AnNyiong :)

hehehe..entah betol ke x eja tu

sy cume nak bagitahu sy dh tengok 
" You're Beautiful "

ala....citer korea yang best tu
tergelak je tengok citer tu

rasa jatuh hati la kat hero dia


sweet sangat muka dia

pape pun, sy bagi 5bintang ye


bagi yang xtengok lagi, jangan lupa tengok tau
memang best! =)

Without Words

I shouldn't have done it
I shouldn't  have ignored it

like it wouldn't be seen
like it couldn't be seen

i don't think i should seen you

I should have run away
I should have pretended not to hear

like it wouldn't be heard
like it couldn't be heard

i shouldn't have listened to your love


without a word, you made me know love
without a word, you gave me your love

make me fill myself with your 
every breath, then you run away

without a word, love left me
without a word, love tossed me aside  

not knowing what to say
my lips must have been suprised

because you came without a word

why does it hurt so much?
why does it hurt continuosly?

Except for the fact that i can't see you anymore
And that you're not here anymore

Otherwise, it's the same as before

Monday, December 5, 2011

rehatkan minda...lapangkan dada =)


Allah tak hadiahkan seseorang itu sesuatu ujian jika Dia tahu hambaNya itu tak mampu nak lalui ujian tersebut, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu, kerana Dia dah janjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya yang beriman. Ujian yang datang hanya untuk menguji tahap mana iman dan taqwanya kepada Allah, ujian juga sebagai satu peringatan agar hambanya tidak lupa, leka dan hanyut dibawa nafsu dan syahwah. ujian juga boleh menjadi sebagai sesuatu hukuman kepada hambanya yang telah melanggar haknya sebagai seorang khalifah. Hak yang sepatutnya ada dalam diri setiap makhluk ciptaan Allah ialah beribadat kepadaNya, taat segala perintahNya, jauhi segala laranganNya. Malahan seranggga yang diciptakan itu juga hidupnya hanya semata beribadat kepada Allah.

Ujian yang Allah beri kadang-kala menguji tahap mana iman seseorang, kadang-kadang menyebabkan manusia itu sendiri hilang kawalan dan tahap kesabaran. Maka, dimanakah sepatutnya diletakkan redha itu? atau meletakkan rasa pasrah dalam setiap ujian yang mendatang?

Seperti skrip dalam filem ombak rindu, redha itu ikhlas. pasrah itu menyerah. ada benar kenyataan itu. redha itu sememangnya ikhlas. ikhlas dengan tiap apa yang Allah beri. Sama ada baik ataupun buruk, segalanya diterima dengan hati yang penuh ikhlas, semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah. jika pasrah pula dikatakan menyerah. menyerah dengan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah, terima sahaja tanpa sebarang kata, namun kadang-kala dalam hatinya tidak semestinya dia ikhlas. Bermohonlah kepadaNya agar segala yang dilakukan itu dalam keadaan yang redha, kerana redha itu la kita pastinya ikhlas atas segala yang telah ditetapkan. 

Namun, ukuran ikhlas itu juga atas kehendak yang Maha Esa, andai masih terselit rasa ragu-ragu terhadap Tuhan, maka pahala ikhlas itu juga tidak akan diperolehi. 

Berpeganglah pada hikmat, setiap yang Allah janjikan itu adalah yang terbaik untuk hambaNya, sekalipun pahit yang Allah beri, jangan dikhuatiri kerana manisnya akan diperolehi satu masa akan datang. sekalipun duri yang Allah beri ketika ini, jangan dirisaukan kerana bunga indah yang pastinya akan menyusul dikemudian hari, InsyaAllah.

"Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil, Ni'mal Maula Wa Ni'man Nasir"
"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung dan penolong"

Mohonlah pelindungan dariNya, kerana telah dijanjikan dalam kitab suciNya, Allah itu adalah sebaik-baik pelindung serta penolong. Mohonlah kebaikan maka akan datanglah kebaikan, Mohonlah rahmat dan keampunanNya, kerana Allah itu sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.

ombak rindu


Assalamualaikum,

ari jumaat yang lepas sy pergi tengok movie dengan kwn2 sy kat jusco shah alam,
jauhkan sy pergi tengok movie hehehe,
nak tahu tak sy tengok citer apa?
haaaaaaa.... jeng3 ! =)

OMBAK RINDU


bg pendapat sy, citer itu memang best..hahaha
ada scene yang kelakar
ada scene yang memang sedey la
menangis jugak la sy tengok
kihkihkih

kalau ada peluang mau tengok lagi
hehehe =)
jom intai gambar sy dengan kwn2 













sempat la singgah kat I-City tapi hujan lebat masa tu
so xdapat la nak berjalan2
walaupun begitu, sy tetap gembira
terima kasih utk kwn2 sy wahid, hazmin, hasni & kak nad
nice moment =)

masalah GIGI BERBUNYI ketika tidur

Assalamualaikum,

Cakk korang! hehee..saja je melawak jap, korang2..nak tahu tak? tadi my roomate kata dengan i yang dia tak boleh tidoq malam tadi bcoz dengar my teeth berbunyik2.. alaaammmaaaakkkk!!! cian my kak nad..sowi sangat yerr,,, huhu,, cam mana ni??? =(

Huh...!! seriusly memang kesian bagi sesiapa yang tido dengan i, kerana diorang PASTI akan mendengar gigi i berlagu riang..hahaha.. i pun tak tahu apa sebabnya.. pernah jugak member2 khabar kat i, diorang kata maybe i ada SAKA, ataupun ada gangguan dari MAKHLUK HALUS, but i xpasti la kebenaran itu ternyata benar atau "auta" semata.. selama ni i xpernah dengar pun gigi i berbunyik or bergesel ke ape ke.. tapi tiap kali tido dengan member even my family sekali pun, diorang mesti cakap punya la yang my teeth ni berbunyik tyme tido.. aduhhhh!!!!

Pernah sekali tu i tido kat ruang tamu dengan my family, then my dad tido sebelah i.. esok pagi my dad leh bising coz dia tak boleh tido gara2 bunyik gigi i... kesian2..hahaha... i try la searching kat google ni, intai2 apa yang patut...

Tabiat ini lebih dikenali BRUXISM atau TEETH GRINDING, berlaku apabila geseran secara paksaan antara gigi atas dengan gigi bawah. Ia biasa berlaku secara tak terkawal sama ada ke depan, belakang, kiri ataupun kanan. Jika masalah ni tak ditangani dengan cepat, ia akan mendatangkan masalah kepada gigi dan boleh membuatkan gigi, mulut dan muka rasa tidak selesa. tabiat ni sangat bahaya lebih2 lagi time tido. kerana kekuatan kunyahan ketika tido mencecah 6kali ganda berbanding kunyahan ketika sedar.

Perkara yang menyebabkan berlakunya tabiat bruxism ni ialah tekanan perasaan (stress), kekecewaan, rasa marah atau dendam, perwatakan yang agresif, masalah fungsi central nervous system, ubatan dan jugak struktur gigi yang tak rata. (hahahha...gigi i memang tak rata pun). Pasal rawatan tu, better rujuk pada doktor gigi, then doktor akan check la apa yang patut. satu lagi cara pakai mouthguard, macam yang orang pakai time main bola atau gusti tu..hehe...
ni la rupa mouthguard
sumber : klik kat sini

Apa-apa pun, i tetap kesian dengan sesiapa yang tido dengan i... hehe.. sowi la ye... bukan sengaja.. segala fakta yang i tulis kata atas tu i intai kat satu laman web ni.. i harap nanti benda ni akan ilang la... takut jugak kalau berkekalan.. hehehe...pasal saka tu i pun xpasti, wallahua'lam..

Tuesday, November 29, 2011

Hello =)

Assalamualaikum,

alhamdulillah selamat jugak sampai kat bumi bangi. sekali lagi menjejakkan kaki ke sini, semoga segalanya dipermudahkan. hari khamis aritu ayah panggil balik, sebab kena jaga mak kat hospital. sampai kat stesen bas b.p, ayah terus bawak pegi hospital. dua malam aku jaga mak kat hospital. 1st experience rasanya. begitu teruja dapat stay kat hospital. memang dah lama nk rasa pengalaman macam tu, coz masa mak operation dulu aku xberpeluang nak jaga mak, disebabkan masa tu tengah latihan pentauliahan masa tahun 2008. doktor bagitahu mak dah boleh keluar ari sabtu, so lepas uruskan beberapa perkara, kitorang pun balik la rumah. =)

esok pulak mak kena pergi hospital sultan ismail untuk ambil darah, harap2 mak lepas la buat kimoterapi hari khamis ni. hari tu darah putih mak rendah. 0% je. so hopefully darah mak ok la esok, kalau esok ok, then hari khamis bolehla jalani sesi kimoterapi untuk kali yang ketiga. kesian mak...belum habis kesan kimo yang kedua. kena pulak lalui kimo yang ketiga. tapi dengarnya, yang ketiga ni xberapa teruk sangat..

sesi untuk kimoterapi tu ada 6 kali je, so ada lagi empat kali. maybe lepas kimo yang keempat baru mak boleh operation buang breast. huhuhu...sedihnya... ape la agaknya perasaan mak ek... =(

sekian dulu yerrr.... penat sebenarnya ni, nak rehat dulu ok...next entry nanti kita jumpa lagi.. :P

Thursday, November 17, 2011

jangan menangis sayang-safura

Sampainya hati mu 
Buatku tertunggu-tunggu 
Kemana kau sayang 
Tidur malam tak menentu 
Rindu merindu selama ini 
Ku takut kan menjadi kenangan 

Aku menangis sayang 
Bila kau tiada 
Tak sanggup rasanya aku 
Berjauhan dari mu 
Resah hati ku 

Jangan menangis sayang 
Ku seperti dulu 
Rindu ku hanya padamu 
Cinta ku hanya untukmu 
Buat selamanya 

Kalau padi kata padi 
Tidak aku tertampi-tampi 
Kalau benci kata benci 
Tidak aku nanti terus menanti 

Berjanjilah kau sayang 
Hanya aku di hati mu 
Aku dah berjanji hanya kau di hati

saling merindu

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

renungan bersama

Assalamualaikum, 

Jumpa lagi kita dalam entry yang baru, hehe, kali ni nak cite mengenai isu mak "maki hamun" anak. ermmm, ayat tu sebenarnya xberapa nak kena, tau sebab apa? mak xsepatutnya berkelakuan demikian terhadap anak sendiri, tambah pulak anak2 tu masih kecik & tak tahu apa2. kalau setakat marah2 tu biasa la, mak mana xmarah kalau anak diorang nakal tak dengar cakap, tapi kalau sampai tahap marah anak2 depan umum dan mengata yang bukan2 itu bukan lagi marah namanya. jom kita baca kisah kat bawah ni (sebagai tauladan kita bersama).

perut rasa lapar, then member ajak makan makanan segera, katanya perut masuk angin jadi dah xselera nak makan nasi, lepas order terus pilih meja, ermmm kami pilih meja dekat dengan tempat cuci tangan, senang sikit nanti. selang 1meja ada meja family, kat meja tu ada 4 orang budak tanpa parent. xlama tu anak yang bongsu tu nangis melalak. menjerit tanpa ada yang peduli. kitorang mampu tengok jela,haha. tak lama tu nampak la mak diorang menjerit kat anak2 dia yang lain, suruh tengok2 kan anak dia yang bongsu tu. 

dah lama lepas tu, mak dia datang bawak makanan. nampak macam ayahnya xda. bila mak dan si anak duduk nak makan, terdengar mak membebel yang bukan2. padahal aku tengok anak2 dia xdala buat hal, sampaikan mak dia berkata "ko ni macam ba.... la" ish apa agaknya yang si mak ni nak cakap ek??? si mak ni sambung lagi.. "korang ni macam anak sakai je, nak kata duduk kat pedalaman tak jugak, duk kat bandar" bukan tu je,, banyak lagi la ayat2 yang menyedihkan. kemudian mak suruh anak sulung dia (perempuan) pergi amek sos, umur budak tu ada la dalam 5-7tahun, pastu budak tu amek sos sikit je, si mak mula la nak membebel, dia kata lembap la itu la ini la.. ya Allah aku mendengarnya pun rasa nak nangis.

bila dengar je kami buat tak tahu je, tapi kat telinga ni jelas sebijik2 ayat yang dia sebut. anak2 dia aku tengok ok je, adat la budak, memang macam tu. kalau budak diam je mak pun xsuka kan. tapi janganlah marah diorang ni melampau sangat. penggunaan bahasa "aku engkau" pun dah melambangkan si mak ni orang yang macam mana, kesian si anak kan. 

kisah kat atas ni memang berlaku, sebelum ni aku xpernah alami, jadi bila berlaku depan mata rasa macam terasa hiba pulak, walaupun belom berkahwin dan mempunyai anak tapi sebagai seorang perempuan, aku xsampai hati nak buat anak2 macam tu. bukankah kata2 ibu itu satu doa??? 

ayah aku selalu cakap, kalau anak2 dia buat salah, dia akan tegur dengan baik tapi dalam masa yang sama dia  juga ingatkan diri sendiri kerana mungkin dia tersilap dalam mengajar anak2 di waktu kecil. terasa sayu pulak hati ni, hehe, bagi sesiapa yang ada anak tu, jangan la mengata anak dengan bahasa yang tak elok, marah tu biarlah berpada. kalau anak2 berdendam dengan mak bagaimana nanti? ya Allah minta dijauhkan la. mak dan ayah sama je, sama2 perlu beringat dalam mendidik anak2. cewah!

sekian dulu entry kali ni, hehe. apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk tu sama2 la kita elakkan, wallahua'lam.