ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Monday, April 30, 2012

Weeding Neesa & Fizzan





Selamat pagi Malaysia, awalnya bangun arini...kehkehkeh =) Lepas je solat subuh aku on lappy... misi pagi ni nak edit gambar2 utk dimasukkan ke blog..hehe.. Perut ni berbunyi2 pulak dia, aduhh lapar tahap kritikal ni.. malam tadi xmakan.. aduhh laparnyerr =(

Entry yang lepas aku ada cerita aku pergi dungun kan.. kawan aku neesa kawen ari sabtu.. aku pergi dengan wani & salwa.. bertiga naik bas dari Melaka Sentral.. Semua tanya kenapa naik dari melaka? Sebabnya bas dari KL dah full, kebetulan pulak si wani & abang dia datang putrajaya petang jumaat tu nak hantar barang kat rumah sewa dia, lepas ambil salwa kat ERL putrajaya, kitorang ikut abang wani balik melaka, dia la yang hantar kitorang kat melaka sentral. 

Kelam kabut masa kat melaka tu, sampai dari putrajaya dah pukul9mlm, xsolat lagi.. xmakan lagi.. tepat pukul 10, bas dah tunggu.. belum kira lagi sesat cari bas tu.. ape dahhh.. tengok2 kami yang last naik.. pakcik tu dah bebel2 dah..hahaha... bermulalah perjalanan kami ke terengganu~~

Wahh...lajunya pakcik driver ni bawak bas.. dah la jalan dalam, tapi dia bawak macam kat highway pulak.. tiap kali nak tido mesti xjadi gara-gara dia bawak laju.. seram sangat... huhuhu.. dalam kul5lebih kami sampai la kat dungun, pakcik tu berenti kan kami kat depan hospital dungun, dah dekat la tu dengan umah neesa.. hujan pulak.. aduhh bagaimana nak menapak ni?? subuh dah masuk dah.. dengar bunyi azan tapi xtahu datang dari mana... ktrg masuk 1lorong ni.. bayangkan dengan bawak barang2 lagi, hujan pulak... pastu menapak entah kat mana2 la tu... jalan punya jalan xjumpa pun surau ke masjid ke.. so patah la balik.. 

Masa jalan kat tepi2 tu, aku boleh pulak nak tergelincir.. menjerit la aku.. dahla tengah nak jatuh tu banyak pulak kereta yang lalu... ya Allah memang tergelak la masa tu.. hehehe.. dengan baju kurungnya, dengan barang2nya la.. memang sweet sangat la kalau jatuh time tu..hehehe abis cerita pasal tu, kitorang masuk la 1lorong ni.. lorong kenanga, memang betol la itu lorong nak msuk umah neesa.. dah betol dah tu, cuma ada 1simpang sepatutnya terus tapi kitorang belok pulak.. sebab tu la terlajak jauh dari umah dia.. sampai entah mana2 la.. hujan makin lebat.. 

Jumpa 1surau usang...dalam tu ada 3org pkcik tengah solat subuh.. singgahlah berteduh kat situ, bila pakcik tu nampak kitorang je, dia buat muka terkejut, yelaa... mesti dia pelik, mana pulak datangnya 3orang perempuan ni subuh2 buta.. dengan bawak barang.. hehehe... kitorang ngadu la kat pokcik2 tu yg kitorang sesat.. pakcik 2 tu kemudian bersetuju la nak tolong kitorang..hahaha.. lepas kitorang solat subuh, pokcik tu pun hantar la kat umah neesa.. Alhamdulillah...sampai la jugak kat umah neesa dengan selamatnya =))

lepas jumpa neesa, dia hantar kitorang kat homestay.. dekat je dari umah dia.. selesa la jugak.. lepas kemas barang, aku dengan wani qada' tido.. si salwa pergi uitm dungun, ada rehearsal sword barrel.. tengah hari baru aku ngan wani bangun..hehehe.. lepas tu siap2 pergi umah neesa.. 







Ini la neesa & suaminya fizzan.. suami dia ni Kapten.. kor Armor Diraja.. Tengok2la gambar diorang ni..














Ingat lepas majlis tu nak balik tapi neesa xbagi kitorang balik dulu, lepas check in kat homestay tu neesa suruh duk kat umah homestay tempat mak mentua dia, patutnya family mak mentua dia check out hari ahad tapi diorang gerak balik kedah petang tu jugak, jadi rumah tu xda sapa duduk. jadi neesa suruh kitorang tido situ.. rasa kelakar la rumah besar duduknya 3orang perempuan yang rasa2 masih kanak2 lagi...hahaha.. tapi memang syok la.. macam umah tu kami yang punya..hehehe.. yang kelakar tu, siap mintak air panas kat jiran sebelah sebab heater kat umah tu dah rosak.. buat jela muka tak malu..=))

So, kitorang balik KL pagi ahad tu.. walaupun penat, tapi memang best.. pengalaman yang sangat berharga bila merantau  kat negeri orang, negeri yang jarang2 nak pergi, jauh pulak tu.. tambah pulak pergi dengan member2..  harap2 lepas ni dapat merantau lagi...nak lagi jauh.. hehehee =))

 p/s:: sesapa nak tengok gambar yang lebih cun, 
        sila la jenguk ke laman blog ni 
       http://www.smileycodes.info

about myself



Hai.. lama rasanya xpost kat blog ni, kalau bukak pun jengah kejap je.. nak cerita sikit pasal weekend yang lepas, aku pegi jenjalan kat terengganu.. well, bukan sesaja jalan tapi pegi weeding KHAIRUNNISA & HAFFIZAN kat dungun.. so far memang seronok la,, cume kepenatan yang amat..huhu..

Pasal weeding nisa ni tunggu la entry yang akan datang sebab gambar masih xda lagi..ada pada salwa..xbest la kalo tak tunjukkan gambar..hehe. So, sekarang nak citer about myself.. xtahu la kenapa sejak 2menjak ni rasa lain.. selalu rasa nak pitam.. berpusing2 penglihatan aku ni.. dan paling aku rasa sedih bila aku ketawa dada aku belah kiri mesti sakit.. sampai aku pikir lepas ni dah tak boleh gelak dah..huhuhu.. 

Tekak ni rasa loya je.. huhu.. nak kata lapar, perut penuh je.. kadang2 tengah makan pun rasa nak muntah, tapi pakse je makan.. dan lepas makan terpaksa muntah balik makanan tu.. teringat masa jaga mak kat HSI dulu.. tengah makan dengan abah terasa nak muntah.. lepas makan je aku muntahkan semuanya.. dan sangat terkejut bila yang keluar bukan makanan tapi buih2 apa entah...ngeri kottt.. lepas tu baru kuar makanan..huhuhu.. sejak tu lah aku selalu mengalami loya ni..tak tahu apa sebabnya..

Hmmmm... takut la... kena jaga makan dari sekarang , takut jugak kalau ada pape..huhuh.. hope xda ape la.. =(


Friday, April 20, 2012

Ya Rabb...


Desiran ombak penuh misteri,
Walaupun menakutkan namun begitu indah,
Begitu juga dugaan yang datang dari Yang Maha Esa,
Sekalipun nampak kejam,
Namun ianya datang dengan penuh rahmat,
Segalanya telah tersurat dan tersirat,
Mempunyai hikmah yang hanya dalam pengetahuan si Pencipta.

Ya Rabb,
Ampunilah segala dosa hambaMu ini,
Kerana hambaMu terlalu bersalah terhadapMu,

Ya Rabb,
Sesungguhnya hambaMu ini tidak layak ke syurgaMu,
Namun tidak sanggup ke nerakaMu,

Dengan cinta dengan kasih dengan sayang,
HambaMu menagih belas dan ehsan,
Meminta agar diberikan sedikit kekuatan,
Menjalani hidup ini dengan penuh barakah,

Lalalala...




 http://www.smileycodes.info

Hepinya saya hahahaha...

http://www.smileycodes.info

hepi sampai kepala pening....

http://www.smileycodes.info

rasa bahagia sangat...

http://www.smileycodes.info

terima kasih Tuhanku =)

Thursday, April 19, 2012

Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Bella Luna by jason Mraz


Mystery the moon
A hole in the sky
A supernatural nightlight
So full but often right
A pair of eyes, a closin’ one,
A chosen child of golden sun
A marble dog that chases cars
To farthest reaches of the beach and far beyond into the swimming sea of stars
A cosmic fish they love to kiss
They’re giving birth to constellation
No riffs and oh, no reservation.
If they should fall you get a wish or dedication
May I suggest you get the best
For nothing less than you and I
Let’s take a chance as this romance is rising over before we lose the lighting
Oh bella bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Do do do do do
You are an illuminating anchor
Of leagues to infinite number
Crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger
You’re dancing naked there for me
You expose all memory
You make the most of boundary
You’re the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger of a girl
I’m just a singer, you’re the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful, beautiful moon
How you swoon me like no other
May I suggest you get the best
Of your wish may I insist
That no contest for little you or smaller I
A larger chance happened, all them they lie
On the rise, on the brink of our lives
Bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Bella luna, my beautiful, beautiful moon
How you swoon me like no other, oh oh oh

Friday, April 6, 2012

saja-saja


Mata tak dapat nak lelap la, 
kejap lagi la baru tidur. 
layan lagu korea yang best sambil main game. 

sekarang ni dalam proses menghasilkan sebuah "cerita"
jalan cerita dah ada.
watak semua dah ada.
bab pengenalan bru je siap tadi.
harap-harap best la.

nanti kalau dah siap aku pasti post kat blog ni.
tajuk adalah rahsia.

ok la. mahu lelap sudah.
selamat malam semua.

Sunday, April 1, 2012

ambik kena basuh lagi


Again!! Argghhh sedikit terkilan bila cium ambik ni berbau sabun.. ari isnin aku keluar dengan adik, pergi batu pahat.. teman si adik ni beli tiket.. lama jugak la kami berfoya2..hehe.. keluar rumah dalam pukul 11lebih, mula2 singgah bank BSN, adik uruskan ape entah... lepas tu terus ke batu pahat.. lepas tu singgah beli barang.. jalan punya jalan.. dah pukul2 ptg.. abah dah call tanya bila nak balik..kihkihkih..

Adik ni nak singgah UTHM pulak, masuk la sekejap, solat zohor then cari kedai makan.. dah lapar sangat perut.. tengah cari kedai makan kat pt.raja tu sikit lagi nak langgar tiang lampu.. fuhhh nasib baik tak ada pape.. bila dah jumpa kedai makan,kami masuk dan terus duduk.. ingat ada makanan goreng2, rupenya xstart lagi.. dahla dah duduk.. bengang pulak.. apa lagi, bangun dan terus blah.. sempat la akak kat kedai tu tanya "kembar ke? muka sama la"...hehehe... dah biasa dah soklan macam tu.. ;)

Nampak KFC, adik kata makan kfc jela,, lapar sangat ni... ok jela.. makan tak sampai 15mnt.. punya la cepat..hehehe.. dah pukul berapa dah masa tu, takut nanti abah call lagi. dahla nak singgah cuci kereta.. aduh mesti tak sempat... ayam aku seketul xmakan lagi ni.. adik aku sumbat dalam handbag aku...hahaha.. ape la...

Sebenarnya nak cerita pasal ambik aku ni... hmmm bila sampai rumah je, aku masuk bilik dan macam biasa la, aku capai ambik dan cium.. dan dengan muka tak berapa nak terkejut aku keluar bawak kain batik tu tunjuk kat my dad.. abah kata bukan dia yang basuh.. tunjuk kat mak, pun tak mengaku.. tapi aku rasa abah aku yang basuh... sebab sebelum ni pun dia yang selalu curi2 basuh..hehehe

Dan sekarang ambik aku berbau sabun... tak best la... bila la nak hilang bau tu... rasa hilang bahagia ;p

Menginsafi diri


Dah dengar lagu "keinsafan diri"??? lagu yang sangat bermakna, tersentuh hati kecil bila mendengar ianya dialunkan. satu pujian buat insan2 yang menyanyikan dan yang mencipta lagu tersebut, kerana mereka sedikit sebanyak telah mencapai tujuan. Alhamdulillah!!!

Waktu petang macam ni, rasa hiba pulak. rasa mahu menitiskan air mata.. tak tahu la kenapa.. sambil mendengar halwa telinga, sambil tangan ligat menaip.. sendirian.. benci sungguh bila sendirian! Tiba2 teringat kata-kata abah semalam, satu teguran yang sangat terkesan dalam jiwa ini.. ya Allah, jauhnya aku dah berubah, bukan lagi masyitah yang dulu. ya Allah...

Bukan aku tak mahu pulang ke keadaan yang dulu, jauh kat sudut hati ni selalu meminta aku kembali mencari identiti aku yang lama ditinggalkan.. tapi aku tahu, bukan senang aku nak berubah secara tiba2.. tapi aku yakin, aku pasti boleh kerana niat untuk menjadi yang lebih baik sentiasa tersemat dihati ni.. 

Moga2 jalan yang bakal aku lalui dihadapan sana akan dipermudahkan.. moga2 segala rintangan yang akan aku lalui tidak sehebat dugaan 2tahun ini.. dan moganya aku menjadi anak yang solehah, anak yang baik, dan kalau ada rezeki dipanjangkan umur aku ingin merasai hidup berumahtangga dan menjadi isteri terbaik untuk suamiku.. amin ya Rabb...

Bermula disini...aku akan mengembara mencari siapa MASYITAH yang akan menjadi kebanggaan abah dan bondaku..insyaAllah ;)

Keinsafan Diri~Fursan


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi

mak dah selesai operation


Hye semua... rasanya dah bersemak blog aku ni, lama xjenguk..lama jugak x post entry.. last 2weeks aritu sibuk sikit, kena jaga mak kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.. mak kena operation, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. sepanjang duduk berkampung kat sepital tu, dapat la kawan2 baru.. kak noriah, kak lala, kak jojo.. mak cik2 pun ada kawan dengan aku...kihkihkih... 

Paling tak sangka aku boleh jumpa senior aku masa kat sek men dulu.. lelaki la..aku rasa aku tak silap orang..hehehe.. dah jadi doktor sekarang, bukan doktor pelatih la, dah upgrade ckit la beliau tu.. kerja dia akan round pesakit sama ada pagi @ malam.. kalau tak silap nama dia Dr. Hazim.. dan nama glamour dia masa kat SMAKJ ialah pokbe.. aku memang ingat sangat dia sebab dulu dia ni pakwe kapel katil aku...hehehe... selama aku duk kat wad 6B tu, aku nak tegur dia tapi tak terkeluar pulak... dan masa hari last aku kat situ, dia datang round waktu pagi.. dan aku dengan konfiden terus panggil dia.. "Dr..Dr.. Pokbe ea..?? hehehee..." dan dia tersenyum sambil berkata "A'ah..awak sapa? smakj jugak ke??" hehehe...akhirnya aku tak salah orang... tapi perbualan kami sampai situ je sebab ada doktor lain datang dan aku tahu dia segan nak borak dengan aku...hehehe...

Abis cerita pasal pokbe tu.. hehehe.. 

Mak aku dah bertambah sihat, makin berisi la badan mak, selera makan.. sepatutnya mak kena menjalani rawatan radioterapi lepas ni tapi doktor bagitahu kena tunggu result dari makmal.. breast yang kena buang tu kena hantar makmal, untuk ujikaji.. lepas tu baru boleh tahu sama ada kena radioterapi atau kena kimo lagi sekali.. tak pernah aku dengar ada orang kena kimo 2round... biasa sekali je.. maybe sebab kanser mak aku dah merebak kat hati dan paru-paru.. apa-apa pun kena tunggu 2minggu lagi... 

Semoga mak aku cepat sembuh dan pulih macam dulu.. ;)