ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Tuesday, September 27, 2011

~padamu kubersujud~


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

~takziah untuk keluarga arwah cik Jah~

Assalamualaikum,,,

sebentar tadi mak call, dan macam biasa lepas tanya keadaan mak, aku akan bertanya tentang khabar cik jah (pesakit yg duk sebelah katil mak). dan sungguh mengejutkan bila mak kata cik jah dah meninggal dunia ahad baru ni. 

sangat tak disangka, cik jah dah kembali ke rahmatullah, mujur aku sempat berjumpa dengannya pada hari jumaat yang lepas. sempat juga aku menegurnya walaupun keadaannya ketika itu sudah menunjukkan tanda2 yang arwah akan pergi. sempat aku mencium tangannya. memang aku agak rapat dengan cik jah. sepanjang aku menemani mak di wad, itu jela teman aku berbual. pergi ke bazar tiap hari dengannya. banyak kenangan bersama arwah. dan tatkala mak bagitahu dia sudah tiada, saat tu rasa macam nak mengalirkan air mata. 

moga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman..akhirnya penderitaan yang arwah lalui telah berakhir.. arwah mengalami kanser usus dan akhirnya merebak ke rahim... dan akhirnya arwah terbaring kaku di atas katil... 

di akhir perbualan dengan mak, mak meminta pendapatku agar dia ke hospital dan menjalani kemoterapi, dan aku serba salah untuk berkata... apa pun keputusan mak, aku redha kerana mungkin itu yang terbaik untuknya.. doaku agar mak cepat sembuh dan pulang ke rumah seperti sedia kala...miss u mak...

Friday, September 23, 2011

:: diriku sedang bercinta ::

Assalamualaikum
ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Alhamdulillah masih lagi ada ruang & waktu
diberi peluang bernafas & menikmati ciptaan Allah
SubhanaAllah Maha Suci yang menciptakan alam ini
dengan rahmat serta kasih sayangNya

:: setelah lama xmengarang sesuatu, tibe2 ada idea yang muncul di kepala ::
:: nak cerita tentang CINTA ::

:: aku kini sedang bercinta ::

:: bercinta dengan SIAPA ::

:: dengan zat yang menciptakanku ::

:: bercinta kerana APA ::

:: kerana Dia yang menjadikanku ::
:: kerana ingin mendapat redhaNya ::

:: kini aku bercinta denganNya ::

:: denganNya aku..... ::
:: belajar mengenal erti SABAR ::
:: belajar erti TAQWA ::
:: belajar mengenal DOSA & PAHALA ::
:: belajar mencari KEKUATAN ::

:: denganNya aku..... ::
:: aku menjumpai TEMAN ::
:: aku beroleh KETENANGAN ::
:: aku rasa SELAMAT & AMAN ::
:: aku mencari KEKASIH yang mencintaiNya ::

:: bahagianya aku ketika bercinta denganNya ::
:: walaupun hakikatnya aku keseorangan ::
:: namun kerana CINTANYA, aku berteman ::

:: marilah sama2 kita mencintaiNya ::
:: kerana hidup kita sememangnya kepunyaanNya ::