ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Thursday, January 19, 2012

Hit the light


it’s the boy who never told i like you
it’s the girl you let get away
it’s the one you saw that day on the train
but you freaked out and walked away

it’s the plane you wanna catch to vegas
things you swear you do before you die
it’s the city you love that waits for you
but you’re too damn scared to fly

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight

it’s the time that you totally screwed up
still you try to get it out your brain
it’s the fight you head when you didn’t make up
it’s the past that you’re dieing to change

it’s all the money that you’re saving
while the good life passes by
it’s all the dreams that never came true
cause you’re too damn scared to try

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight

it’s a mad, mad world
gonna make it escape
it’s a perfect world
when you go all the way
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight

so let’s go (go, go, go) all the way
yeah let’s go (go, go, go) night and day
from the floor to the rafters
people raise your glass
we could dance forever

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight
it’s a mad, mad world
gonna make it escape
it’s a perfect world
when you go all the way
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight

Tuesday, January 17, 2012

4 faktor kebahagiaan


Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya : Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan kepada manusia iaitu yang pertama isteri yang solehah (termasuk suami yang soleh), yang kedua jiran yang baik (termasuk rakan sekerja, jiran tetangga), yang ketiga tempat tinggal yang baik dan keempat kenderaan yang baik. 
Hadis riwayat Ibnu Hibban

Kehidupan yang bahagia bukanlah semata-mata terletak kepada 4perkara di atas, namun apa yang baginda Rasulullah nyatakan di dalam hadis tersebut hanyalah sebagai keutamaan.

Mengapa Rasulullah meletakkan isteri solehah sebagai urutan pertama dalam menentukan kebahagiaan? Ini kerana isteri yang solehah yang baik akan memberikan ketenangan kepada si suami. 

Allah talah mencatatkan mengenai sifat isteri yang solehah dalam kitab suci Al-Quran dalam surah An-Nisa' ayat ke 34 yang bermaksud : " Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

Selain isteri yang baik/suami yang baik, jiran juga perlu diambil perhatian. Apabila memiliki jiran atau sahabat yang baik, maka kehidupan akan bertambah gembira dan bahagia. 

Sifat jiran yang baik antaranya dermawan, tolong menolong, memberi perhatian, bertolak ansur dan banyak lagi. Jiran yang baik tidak akan menggangu sama ada dari segi lisan, perbuatan ataupun ucapan. 

Tempat tinggal juga sangat penting dalam menentukan kebahagiaan. apabila tempat tinggal cantik, bersih dan sempurna maka kebahagiaan akan datang kepada penghuninya, namun ianya mesti disertai dengan hati yang tenang dan gembira. 

Jika hati tidak tenang, maka kebahagiaan itu tidak akan datang walaupun memiliki tempat tinggal yang baik. Dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 80, Allah telah berfirman  yang bermaksud : " Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan)."

Kenderaan yang baik antara faktor mendapatkan kebahagiaan kepada manusia. Telah disifatkan manusia memang suka kepada kebendaan, kenderaan satu keperluan yang penting. kenderaan yang baik akan membawa manusia ke suatu tempat dengan selamat. sedangkan kenderaan yang tidak baik, rosak dan buruk tidak akan menjamin keselamatan kepada penumpang di dalamnya.

Namun, harus diingat, segala kebendaan yang mendatangkan kebahagiaan ini janganlah djadikan sebagai raja dan sanggup meninggalkan perkara yang wajib hanya semata-mata sebuah kenderaan. jadikanlah kenderaan tersebut sebagai jalan menuju kebaikan. janganlah dibawa ke tempat-tempat yang maksiat dan menyekutukan Allah. 



Sunday, January 15, 2012

hantu berkawad ;)


Satu malam ni pegi makan dengan cik Rahim, kak nad, chepah & naim dekat Umi. masa makan tu tengok citer santau merasuk tv3. malam tu kan malam jumaat. kitorang pun bukak la citer hantu. cik Rahim cakap macam mana la kalau kita ni terjumpa benda2 hantu macam tu, mesti tak tidur malam kan. kitorang pun cakap macam2 la.. then cik rahim cakap, kalau dia jumpa benda tu dalam bilik dia, dia tak takut pun sebab dia ada tongkat RSM. hahaha

Kitorang ni terpinga2 la, apa kena pulak dengan hantu dan tongkat RSM? cik rahim pun jawab, mesti lah dia tak takut hantu tu sebab cik rahim akan bagi sedia dan hantu tu akan diam dalam keadaan sedia, tak bergerak2.. mulanya aku tak faham, lama2 pikir laaaaa patut la cik rahim kata dia tak takut.. 

Hahaha... ada2 saja, aku pun tak pernah terfikir macam tu.. (,")

blogku.. apa sudah jadi?


Arrgghhh hari ni rasa nak mengamuk je, gara-gara blog ni darah aku naik ke kepala.. siapa perasan blog aku dah lain? Eeeeee...benci la, usik sikit terus hilang, kecik ati dengan blog ni.. =(

Penat je aku buat macam2 bagi cantik, tetibe hilang dengan sekelip mata. dahla tu aku bukan geti pun nak adjust bagi elok semula. makin aku adjust makin teruk pulak aku tengok...

Tension2.. hmmm xpela nak buat macam mana.. dah nasib.. header yang aku buat ni pun rasa macam entah pape. saje je sebenarnya nak test buat guna adobe photoshop.. geti la sikit,,, itu pun atas tunjuk ajar sifu NADIA...hehehe,, terima kasih ye..

Lepas ni malas nak usik lagi... cau cin cau (kata2 stap mujari) kihkihkih (,")

Thursday, January 12, 2012

Lau kana bainana habib ;)


Lau kana bainana habib
seandainya kekasih (Nabi Muhammad) ada di kalangan kita

Rindunya pada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Kekasih Allah penghulu segala nabi

Walaupun Nabi Muhammad sudah tiada lagi, 
namun hakikatnya baginda masih hidup di dalam hati orang-orang mukmin

Adakah kita cinta dan kasih kepada baginda?
Adakah kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda?
semoga kita memperolehi syafaat baginda di akhirat kelak, InsyaAllah (,")

 لو كان بيننا الحبيب
kalau kekasih (Nabi) ada di kalangan kita

لدينا القاصى والقريب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat

من طيبة قبل المغيب
Dari Taibah sebelum maghrib

طالبا قرب الحبيب
Berkehendakkan dengan kekasih

بقربه نفس تطيب
Dekat dengannya, hati menjadi tenang

فتدع الله يجيب
Maka berdoalah kepada Allah, maka akan dijawabNya

انوار طاح لا تغيب
Cahayanya mekar tidakkan padam

بلغنا لقاه يا مجيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab

فدتك روحي يا حبيب
Untukmu kuserahkan diri wahai kekasih

محمد مكرم الغريب
Muhammad yang memuliakan orang asing

بقربك الروح تطيب
Dekat denganmu hati mejadi tenang

يا رحمة للعالمين
Wahai rahmat sekelian alam


Wednesday, January 11, 2012

filem PENUNGGU ISTANA


Sape yang pernah tengok filem Penunggu Istana? apa komen korang lepas tengok movie tu? aku baru je tengok filem tu, first tengok aku rasa filem ni diadaptasi dari pengalaman seekers yang sebelum ni, sebab aku kenal beberapa pelakon yang pegang watak 'student" dalam filem tu. tapi bila aku bukak blog UncleSeekers aku jumpa macam2 kenyataan pasal filem tersebut.

Aku tak kuasa la nak komen apa2 pasal kesahihan filem tu, bagi aku senang jela, kalau uncle tu menipu, biarlah dia menanggung akibatnya, kalau sahih filem tu memang benar2 berlaku baguslah. cuma aku sedikit terkilan la, mengapa perkara macam ni boleh dibuat mainan. dahla tu melibatkan pihak istana pulak tu. berani sungguh manusia zaman sekarang ni.

Apa-apa pun, kita sebagai penonton ni kena la pandai menilai mana baik mana buruknya. manusia sekarang bijak memanipulasi sesuatu untuk kepuasan diri sendiri. dah tak nampak mana yang salah mana yang betol, semua dilanggar demi mendapat keuntungan dan populariti. 

Tuesday, January 10, 2012

kakiku bengkak ;(


Yuhuu semua, 

Ada tak sesiapa kat luar sana yang pernah mengalami kaki membengkak? walaupun bengkak, tapi tak ada rasa sakit. baru2 ni aku mengalami situasi macam tu. sebelum ni memang aku pernah mengalami macam tu, tapi hanya bahagian belakang kaki je yang bengkak. iaitu kawasan atas tumit kaki. baru2 ni seluruh kaki iaitu dari betis ke tapak kaki semua membengkak. masa tu aku stay kat hospital, tidur pun faham2 jela, kat kerusi jela. bilik pulak air-cond. pagi2 aku berjalan dah rasa lain macam, rasa macam kebas2 je. bila aku perhati betol2 kaki aku, rupanya bengkak. memang kelakar! (,")

Aku tunjuk kat mak, mak kata kelakar sangat, macam kaki doremon, serius! hahaha.. mak aku kata maybe sebab aku tidur kaki kat bawah je, darah maybe xjalan. lagipun xda la sampai sakit. cume rasa macam kebas dan sedikit tak selesa. esoknya baru bengkak kaki aku reda sikit. aku biarkan je, rasa macam best pulak, cute je aku tengok kaki aku. bayangkanlah badan aku kecik tetibe betis aku gemok, xke lawak tu??hehehe. tapi ayah aku risau, sebab takut ada pape, lagipun peluh aku menjadi-jadi pulak sejak kebelakangan ni. dulu tangan je, sekarang tapak kaki pulak, macam2 la. tu yang ayah risau tu. sekarang ni pun aku masih berhati2 dalam menggunakan kaki aku ni. takut bengkak balik, sebab bila aku tekan betis ni ada rasa sakit. cuak pulak. hehe

Hope nye xda apa2 la ye, lama lagi nak guna kaki ni, apa yang diminta agar sihat tubuh badan, bersyukur atas segala yang Tuhan beri pada aku, baik ke buruk ke semuanya ada rahmat.. betol tak??hehehe (,")

Monday, January 9, 2012

hye 2012 (,")


Hallu2,, lamanye xmenjenguk laman blog ni, dah ber'habuk' dah ni, hehehe (,") rasa2nya dah lama kot xonline, biasa la kan tipah ni bz sekarang, nak kena jadik bibik kat rumah, kena pikir sarapan ape, lunch nak makan ape, minum petang ape sampai lah dinner cik tipah kena pikir nak makan ape....kihkihkih... sejak melangkah ke tahun 2012 ni, cik tipah dah berasa sangat la tua... dah masuk 24tahun ni..alamak macam xpercaya je dah makin tua...

Minggu lepas mak masuk hospital Batu Pahat, macam biasa la duduk kat bilik pengasingan Wad 4, kali ni cik tipah xberapa gembira stay kat hospital sebabnya tipah kena demam selsema yang agak kritikal, sampaikan semalaman xdapat tidoq... kesian kan.. (,") esoknya ayah suruh cik tipah balik rumah, ganti pulak dengan adik.. alhamdulillah demam dah ok, jadinya cik tipah kena sambung balik menjaga mak kat hospital..hehehe

Sepanjang kat hospital tu, cik tipah dapat ramai kenalan, hahaha, tapi kenalan semua makcik2.. ada melayu, ada untie berbangsa cina... seronok la.. ada sorang pesakit sebelah bilik mak telah meninggal dunia.. seram sejuk jugak lah malam tu,, nasib baik xda pape...hehehe

Sekarang ni, cik tipah berada di bangi, semalam sampai sini. alhamdulillah selamat jugak sampai,, bas yang cik tipah naik semalam rosak, so berhenti kat tepi jalan, kami ditumpangkan kat bas lain yang nak menuju ke KL.. cik Tipah akan balik semula ke Johor bila adik pulang ke Perak.. hurmm,, xkan nak biarkan ayah jaga mak sorang2... pape pun, cik tipah akan pikir pasal kerja bila mak berjaya abiskan semua rawatan kimoterapinya nanti... 

Keadaan mak sekarang bertambah baik, walaupun dah tak sakit perut tapi dia masih xboleh makan sangat.. semalam mak menjalani endiskopi... (masukkan alat ke dalam perut).. result nye belum diketahui, moga2nya xada apa2 la ye.. aminn (,")

Sejak melangkah ke tahun baru ni, alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik2 saja.. apa2 pun, segala macam dugaan yang bakal cik tipah lalui ni akan ditempuhi dengan sabar & tabah... pesan untuk diri sendiri, janganlah cepat melatah.. paling penting, kawal emosi... cik tipah ni paham2 jela..selalu emosi mengawal diri.. tu yang asyik berlaku perkara yang tak diingini..hehehe... dengan sesiapa pun cik tipah berkawan, cik tipah kena beringat la selalu, xsemua perkara tu akan dapat dengan mudah dan xsemua perkara yang dingini akan diperolehi... pape pun, cuba je dulu,,, tapi jangan sampai terluka lagi, itu je okay! (,")

Okay, jumpa di next entry =)