ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Sunday, October 30, 2011

filem indon

Assalamualaikum

hari ni nak share ngan korang tentang sebuah filem indon
" PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN "


filem ini berkisahkan tentang bermacam konflik
termasuklah konflik agama, keluarga, diri sendiri dan sebagainya

secara ringkas ianya berkisar tentang seorang gadis bernama ALISA
alisa mempunyai prinsip yang mana wanita juga berhak menjalani kehidupan sepertimana kaum lelaki
baginya wanita mampu menjadi pemimpin, belajar di luar negara & mampu menjadi seorang pejuang agama
namun kerana persekitarannya terlalu menghadkan kemampuan wanita

alisa seorang yang sangat tabah
dia melalui senario kehidupan yang sangat dahsyat
tersepit di antara kehendak keluarga, pesantren & keinginan diri sendiri

kisah "perempuan berkalung sorban" ini memang seronok
sama-sama kita hayati apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan

jom join giveaway Mr.Baiz

Assalamualaikum
first tyme nak intai2
hahaha

jom join
sempat lagi ni...kihkihkih



laksa + cendol

Assalamualaikum

sy baru je balik dari rumah abang kak nad
agak keletihan sikit

masa nak pergi tadi kami singgah makan kat sebuah warung ni


" Redup Rimba Cendol Corner "

menu kat warung ni seperti yang tertera kat gamabr tu
sy makan cendol biasa & laksa redup rimba
memang masyukkkkk laa



bila tengok pic ni 
rasa macam nak makan lagi je
hahaahaha

tapi serius memang sedap
orang yang datang kat situ memang xputus
alhamdulillah...rezeki

bagi sesiapa yang nak rasa "cendol bunian" ni,
boleh la datang kat teras jernang
senang je nak jumpa warung ni sebab tepi jalan

" selamat mencuba "

Saturday, October 29, 2011

blog berwajah baru

Assalamualaikum wa antum bikhair

wahhhhhh....korang semua perasan tak? blog sy ni dah bertukar wajah.
dulu ianya bertemakan "pinky"
tapi kali ni lebih kepada white dan temanya "panda"

hahahaha
mungkin ada yang tertanya-tanya...kenapa bagi nama "cik panda comel"?

sebenarnya nama baru ni sama dengan nama kat facebook
saja je nak bagi sama
hehehe

header yang xberapa nak canteq ni pun baru je buat
macam2 cara la nak jadikan ianya menarik tapi still rasa macam kureng je


 ni lah header yang baru
simple je kan
but nicely...hahahah 
puji diri sendiri

k la.. jumpa di next entry =)

Gara-gara Nasi Lemak

Assalamualaikum

sy baru je selesai solat maghrib ni, then teringat nak post sesuatu kat blog
something happen masa kat kafe Hj Rosli tadi
hahaahaha

nak kepoh sikit dalam blog ni
pasal ada orang nangis masa makan nasi lemak tadi
hahahahahaha

kesian sangat kat orang tu
kepedasan yang amat kritikal
sampaikan meleleh air mata dia menahan kepedasan sambal nasi lemak yang dia makan tu
walaupun pedas tapi abis tau
hehehehehe

muka dan bibir dah merah padam
sampai kak nad pegi mintak tisu kat cashier
gilerrr pedas sambal dia
huhuhu

korang nak tahu tak sapa yang malang sangat tu????
hahahaha
sy la tu orangnya

http://www.smileycodes.info

hehehehe
kesian kat sy tau
sy memang tak tahan pedas
tapi biasanya tak adalah sampai nangis kan
kali ni memang pedas gilee

kalau makan kat kedai pun sy minta jangan pedas
nanti sy xmakan
huhuhu
kesiannya kat diri sendiri

p/s:
lepas ni kena berfikir panjang kalau nak beli nasi lemak kat kafe tu
takut menangis lagi
hehehehe



Mendoakan orang lain...fikirkan!

Assalamualaikum
salam penuh ta'zim
moga kalian semua diberkati oleh Allah senantiasa

dalam melalui setiap hari dalam seminggu, dan seterusnya..kita sering terlupa tentang berdoa. malah berdoa untuk diri sendiri juga kita seringkali terlupa ini kan pula untuk mendoakan saudara seislam yang lain.  

peringatan ini untuk saya dan juga sahabat yang lain tentang kekuatan dan keperluan doa itu.
mendoakan saudara/sahabat telah menjadi amalan turun temurun oleh para nabi dan orang-orang soleh. 
golongan ini akan berasa senang seandainya mendoakan kesejahteraan kaum muslimin ketika mereka memohon doa untuk diri sendiri. 

amalan mulia ini adalah antara sebab terbesar tersebarnya kasih sayang & kecintaan di antara mereka sesama muslim dan menambahkan lagi kekuatan iman mereka.

Dalam riwayat Muslim, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ::
" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri "

sepertimana Allah Taala mengutuskan para malaikat yang khusus untuk mengaminkan doa kaum muslimin yang mendoakan saudaranya dan Allah memberikan ganjaran dengan memerintahkan malaikat mendoakan orang yang berdoa itu.

sedikit ilmu yang mana kita selalu lupa dan tidak ambil kisah sedangkan ianya sangat penting dalam kehidupan . moga dengan sedikit peringatan ini dapat membantu kita menjalani hidup yang akan datang dengan lebih baik & cemerlang.


  

Friday, October 28, 2011

kawad kaki~putrajaya

Assalamualaikum
coretan di bawah ni mengenai program di putrajaya

 "pertandingan kawad kaki peringkat sekolah-sekolah wilayah persekutuan putrajaya
aku hanya menemani kak nad yang terlibat sebagai hakim pertandingan
memang seronok sangat
dapat tengok gelagat budak-budak

sedikit tatapan sepanjang program berlangsung









travel------->za'aba College


Assalamualaikum
kat bawah ni ada beberapa pic yang diambil ketika di za'aba
just a simple pictures =)






Saturday, October 22, 2011

sembilan

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu
Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "

(surah al-Baqarah)

lapan

alangkah indahnya hidup dalam keikhlasan

bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah 
dan berkorban demi sahabat yang lain

" selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak dapat mencari sahabat yang baik,
dan manusia yang lebih lemah dari itu ialah manusia yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari "

tujuh

enam

jangan bersedih wahai hati

kekasih Allah akan sentiasa dihadiahi dengan dugaan yang hebat
tanda kasihNya Dia kepada hambaNya

jalan hidupnya dihiasi dengan duri-duri luka
tidak dibiarkan lena dengan nikmat yang melimpah
tetapi dihidangkan dengan keperitan susah payah yang tak pernah sudah

seperti kata Saidina Umar al-Khattab ketika ditanya mengapa wajahnya berduka
dijawabnya :
" hari ini aku belum lagi diuji oleh Allah s.w.t 
aku takut andai aku ada melakukan kesilapan sehingga aku tidak diuji "

lima

if people are trying to bring you down
it only means that you are above them

berdoalah
" Tidak ada Tuhan selain Engkau, 
Maha Suci Engkau ya Allah,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim "

empat

kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah


tiga

jadilah orang yang baik 
maka engkau akan beroleh jodoh yang baik

ikutlah pilihan orang yang baik
maka mereka akan memilih orang yang baik untuk dijadikan pasangan kita

ya Allah
andai dia baik untukku, agamaku, duniaku & akhiratku,
maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang berakhir dengan perkahwinan
andia dia tidak baik untukku, agamaku, duniaku & akhiratku,
maka pisahkanlah kami dengan ikatan persahabatan dan ukhuwah yang diredhai.

dua

fall in love when you are ready
not when you are lonely

sesungguhnya aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
dan jikalau agama itu hilang dari dirimu 
maka hilanglah cintaku kepadamu

satu

sometime we need to forget some people from our past
because of one simple reason
they just don't belong in our future

memaafkan masa lalumu
tawakkalkan masa depanmu
nikmati masa kini
sesungguhnya memaafkan takkan dapat mengubah masa lalu
namun ia dapat memperindahkan hari ini, esok dan seterusnya

Thursday, October 20, 2011

jalan2 ngn family

lokasi : Sg. rengit, Kota Tinggi
tujuan : ambil ubat mak


 baru lepas makan ngan mak & adik



ikan bakar yang kami berdua kongsi =)


ni pinggan adik :p


mak baru je lepas makan, masa ni ayah xda. dia dah makan dulu..huhu


muka sengal... sape la photoghraper nyerr...huhu


muka ni lagi xboleh blahh...hahaha

mak oh mak

Assalamualaikum,


sedikit kata-kata hikmah untuk kongsian bersama :
" Imam Al-Ghazali pernah berkata: Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara hidup kita di akhirat "

setelah beberapa hari bercuti bersama keluarga, aku pulang semula ke bangi. walaupun berat je hati kecil ini untuk pulang tapi bila aku nyatakan hasrat mahu pulang esok hari, ayah cepat je membulatkan matanya..hahaha.. nak tak nak kena jugalah pulang pada petang khamis.. hari ini mak memulakan rawatan kemoterapi di HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU. tadi baru lepas call ayah, ayah kata mak masih dalam bilik xselesai lagi.. 

mak oh mak... walaupun akak xda kat sisi mak ketika ini, namun ingatan dan seluruh fikiran akak sentiasa bersama mak.. doa akak agar mak cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan harian mak dengan lebih baik... semoga ini jalan terbaik untuk menyembuhkan mak.. 

mak aku mengalami kanser payudara, kini sudah di tahap 4.. dan menurut laporan dari Dr pakar, ianya dah merebak ke hati dan paru-paru.. sangat tak di sangka, mak akan melalui hari tuanya dengan kesedihan dan kesakitan.. tapi mak kena jugak sembuh macam sebelum ni, sebab ayah, aku & adik masih memerlukan mak.. 

mak & ayah selalu pesan agar aku kena jaga kesihatan mulai sekarang supaya xmenyesal di kemudian hari.. 
apa pun dugaan yang menimpa kami sekeluarga, semuanya ada hikmah dan rahmatNya.. doakan la yang terbaik untuk mak =)

Wednesday, October 12, 2011

~jom puasa sunat~

“Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

next movie

Assalamualaikum 
selamat sejahtera

suka aku nak kongsi sebuah filem yang baru je ditonton lewat malam tadi
dan suka aku nak cakap 1st tyme aku tengok midnite movie :P

filem tu namanya " KILLER ELITE "
mengisahkan tentang kehidupan beberapa orang killer yang memang elite la
best2 dan penuh kejutan
korang tengok la yerrr


thanks to dear brother en P kerana bawak aku round2 & belanja tengok movie
lama sudah x lepak sama dengan beliau
hahahaha

p/s : en P ni bukan pakwe baru aku ye =)


Tuesday, October 11, 2011

.:: epy FR day ::.

Assalamualaikum 
selamat kembali

korang perasan x yg aku xpernah sharing pape pasal "FR"
haaaaa....
arini aku nak citer serba sedikit pasal apa itu FR

FR ni sebenarnya satu group yg telah ditubuhkan masa kami form2
masa tu kanak2 lagi la
FR dalam makna bahasa ibunda ialah "persaudaraan menjelma semula"
lebih kurang macam tu la
aku pun xberapa nak ingat 
kalau xsilap dalam english nya "fraternity reincarnation"
apa sebab nama tu diberi pun aku xtahu
hahahaha :P




FR ni ditubuhkan pada 11/10/2002
dah genap 9tahun kami bersahabat baik
group ni terdiri dari 11orang ladies
mula2 tu kami pun xkenal antara satu sama lain
aku rapat dengan tika, nbila dan hawa'
finas pulak rapat dengan alin dan bil
yang lain2 tu aku xingat la macam mana kami boleh bersatu

ahli2 FR ni ialah :

ATIKAH HANANI ISMAIL
MASYITAH ABDULLAH
NUR AISHAH ZAINAL ABIDIN
NUR AMALINA ABDULLAH
NABILA AHMAD MURAD
NABILAHUDA MOHD YUNOS
SITI NOOR SHAFINAZ ANAS
HAWA' HUZAIFAH SABTU
WIDAD FITRIAH ARIS
SAIYIDATUL MAHIRAH MASRIN
NURUL JANNAH WAGIRAN

kami semua dah anggap macam adik beradik
sejak keluar dari SMAKJ, memang dah jarang jumpa 
masing2 dah buat haluan sendiri

perkembangan terbaru :
mahir dah kawin & dah pun memiliki cahaya mata
tika baru je tunang awal bulan aritu
alin ambil master kat UTM
widad jarang jumpa sebab dia belajar kat MESIR 
yang lain2 masih solo dan kerja 

alhamdulillah 
ukhuwah yang terjalin kerana Allah
dan Allah peliharakan hubungan kami semua
 kat bawah ni ada beberapa gambar yang terbaru
masa gathering kat rumah Izue
















gambar yang kat atas ni masa tahun 2007
masa ni kat marsah
hehehe
muka semua kebudak2 kan je

hari ni genap dah 9tahun kami bersama
macam2 kenangan kami lalui
ada pahit ada manis

semoga hubungan ni kekal hingga akhir hayat =)