ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Wednesday, December 26, 2012

Perjalanan hidupku di Sabah


Salam perantauan buat sahabat blog,
mudah-mudahan Allah senantiasa memberkati kita semua..

Hari ini genap 10 hari aku berada di Sabah,
di daerah Tuaran bakal menjadi tempat permainanku,
Alhamdulillh...akhirnya rezekiku di sini..

Sebenarnya aku terpilih mengikuti :
DPLI-SR j-qaf ambilan DIS 2012
di IPG KENT, TUARAN, SABAH
dan alhamdulillah aku ditemptkan di sekolah :
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TAMPARULI, TUARAN

Antara gambar aku dan kwn2 baik ketika di sana..hehehe


naik bas mini (van) hehehe
jalan2 ke kota kinabalu..





Wednesday, November 14, 2012

Allah sayangkan dia


SubhanaAllah..sesungguhnya maut itu datang tanpa diduga, tidak dijemput kehadirannya..malaikat maut tetap akan menjalankan perintah Allah dengan sebaiknya.. tanpa kerelaan, tanpa kebenaran, malaikat maut  akan mencabut nyawa kita manusia .. Ya Allah..takutnya..

Seorang teman baik aku, malah pernah menjadi teman istimewa aku satu masa dulu, IDRIS BIN SALLEH telah dijemput Ilahi malam tadi.. dia terlibat dengan eksiden waktu pulang dari kerja.. bila dapat tahu dia meninggal, rasa tak percaya..sangat tak percaya..biar betol??? tapi itulah maut.. datangnya tidak ada siapa yang tahu..

Baru beberapa bulan rumahnya mengadakan tahlil untuk ayahandanya, dan malam ini untuk dia pula..pilunya seorang mak.. baru lepas kehilangan suami tercinta, sekarang kehilangan pula anak bongsunya.. ujiannya terlalu hebat..

Sebagai kawan, aku doakan dia tenang disana, peliharalah dia dari segala seksaan kubur, mudah-mudahan dia tergolong dalam orang-orang yang akan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti.. dan semoga syurga untuknya..amin ya Allah... Al-Fatihah.
 

Sunday, November 11, 2012

Syukur Ya Allah


Alhamdulillah, ucapan pertama yang keluar dari mulut ini saat mendapat khabar aku layak ke temuduga DPLI jqaf 2013.. rasa sangat gembira walaupun aku tahu jalan yang akan aku lalui masih jauh.. terus call abah dan bagitahu berita gembira ini.. terdengar di corong telefon suara abah sangat gembira.. apa yang aku lakukan ini semata-mata untuk memenuhi impian mereka berdua.. kerana bila mereka gembira, insyaAllah keberkatan akan sentiasa bersama kita menuju redha Allah...aminnn


Tuesday, November 6, 2012

Smakj di hatiku...


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ber'blog'..hehe.. kalau time penat tak boleh rasanya nak menaip sebab idea tak menjengah pulak.. waktu lapang macam ni aku selitkan dengan mengarang sedikit cerita..al maklumlah sejak menjejakkan kaki ke bumi kluang ini, rasanya 1001 nostalgia lama datang kembali.. =)

Bercerita mengenai kluang ini, disinilah aku mengenal erti kehidupan.. selama 5tahun aku belajar hidup berdikari tanpa pengawasan mak dan abah, tanpa penjagaan dari keluarga, hanya kawan2 seperjuangan jelah tempat mengadu dan bermanja.. sejak duduk kluang ni, rasanya memori tu segar semula di ingatan.. paling aku ingat ialah orang baca al-Quran kat masjid kluang ni.. masjid ni dekat dengan smakj iaitu sekolah aku.. jadi tiap petang nak asar akan ada orang ngaji pakai mikrofon..sampai dengar kat bumi smakj..hati aku cukup pilu..aku rasa homesick sangat.. rasa nak nangis..rasa berjauhan dengan mak dan abah.. dan sekarang pun orang yang ngaji tu masih mengaji..dan aku tetap macam dulu.rasa sedih bila dengr..hahaha kelakarkan..

Yang paling best tu..tempat aku kerja ni jarak dengan smakj sangat lah dekat..sejak aku kerja dah 2kali aku masuk smakj.. yang first tu ikut kazen aku sarapan..kebetulan kazen aku cikgu smakj.. jadi dengan secara otomatik lah aku berjumpa semula dengan guru2 dan ustazah2 yang telah mengajar aku lebih kurang 6tahun yang lepas..hehe..

Lagi best bila cikgu dan ustazah masih ingat nama aku..wahhh memang rasa bangga la...walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang tapi mereka ingat juga kat aku..hehehe.. bumi smakj tak banyak berubah...rindu pada cikgu dan sekolah akhirnya terubat juga..

Dan kebetulan pulak bos aku ni guru kat smakj jugak..hehehe.. jadinya tadi dia call aku, suruh datang smakj hantar barang. so itulah kali kedua aku masuk smakj sejak aku bekerja ni..alhamdulillah...bukan senang orang nak dapat peluang itu.betol tak..??? kawan2 lain semua jauh2..jadi semestinya diorang jeles..hehehe...


Itulah kisahnya...menjadi pelajar smakj adalah suatu kebanggaan..kerana disitulah aku belajar berdiri, kemudian berlari..dan akhirnya kini aku boleh terbang sendiri... apa yang aku tinggalkan hampirt 6tahun disini, merupakan pengalaman yang cukup manis...yang pastinya aku takkan lupa sampai bila2.. =)

Wallahua'alam..

Thursday, November 1, 2012

sempat lagi nih..


ho..hooo....hooo..hooo
kepenatan ni 
aduhh...rasa nak tercabut anak mata i ngadap pc je..
sejak pagi tadi aku ngadap pc ni sampai sekarang...
jap lagi nak rehat dah..hehehe

nasib baik boleh online kalau tak kompem bosan giler..
kerja seorang diri amat laa membosankan..huhuhuhu

sambil buat kerja yang agak banyak ni sempat la ber fb dan berblog..
hahahaha

ok ler.. nak round2 jap.ceh!! hehee
bubye...sayonara =)

Wednesday, October 31, 2012

Dapat Kerja...hehehe


Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua kawan2 blog...

Alhamdulillah rasa gembira hari ini
Permulaan hari dalam bulan November
Hari pertama bekerja untuk diri aku
hehehehe...

Sekarang ni aku ada kat kluang
dapat kerja sementara
kazen aku yang rekmen kan
kerjanya sungguh mudah alhamdulillah
tapi tak payah la tahu kerja apa yer
coz kerja nya biasa2 je..
syukurlah.. =)

Yang kelakarnya mak aku menangis semalam
sebabnya aku dapat kerja
dan aku kena duduk kluang
mak rasa sunyi tak ada kawan kat rumah
kecian mak..huhuhuhu

Tapi ayah aku kata "sampai bila akak nak duduk bawah ketiak mak?"
hehehehe
akak dah besar kena la keluar cari kerja
nanti akak kena kahwin jugak dan tinggalkan mereka berdua..
aduhhh sedeynya.. =(

Nevermind la..
Nanti kalau ada rezeki aku dapat la kerja yang dekat dengan rumah
so aku boleh stay rumah je

Okay...jumpa d'next entry... =P

Wednesday, October 24, 2012

My big day

rindunya kat blog saya ni. dah sebulan lebih tak jalan2 kat sini..
biasalah bizi je memanjang..hahaha
tenkiu to my little sister sebab mewakafkan broadband kepada saya..hehe
so, bolehla online kat rumah ni.. =)

sambil siapkan makanan untuk dinner sambil tu online dan jenguk blog kejap..
well...saje nak celoteh kat sini tentang kejadian hari semalam..
kalau korang nak tahu, semalam hari konvokesyen saya..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..

Saya selalu mengingatkan kepada diri sendiri, 
Jika Allah ingin memberikan sesuatu yang baik kita hendaklah merasa susah dahulu..
dan sebelum saya masuk ke dewan semalam, saya muntah2 dan rasa nak pitam..
mak dengan abah dah gelabah la.. risau kalau saya betol2 sakit..

Tapi Alhamdulillah semuanya okay..
semua tu berpunca dari perut kosong dan tidak tidur..
bayangkan saya tak tidur sepanjang malam tu..then tak makan pape..
nasib baik lah semuanya okay..

dan sekali lagi Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Penyayang..
kerana telah mempermudahkan segala urusan saya 
sehinggalah saya berjaya mendapat segulung ijazah... =)



Saturday, September 15, 2012

Akhirnya... =)


Hai semua..alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk ber'online' dan membelek blog kesayangan saya ni..

Kat sini nak share kegembiraan yang terkandung dalam hati ini.. sebelum ni memang tak pernah diluahkan rasa sedih, rasa hampa lebih2 lagi kecewa pada diri sendiri... cuma bila tahap 'tertekan' itu telah menguasai diri, Allah dan pastinya abah menjadi sasaran.. minta maaf la pada kawan2, bukan nak menjauhkan diri, cuma mungkin perasaan malu lebih mendahului...saya masih tidak bekerja, tak sama dengan kawan2 sepengajian yang lain..mungkin sebab itu saya lebih senang menyendiri.. bukan beerti saya sombong dan lupa pada kawan..

2tahun saya cuba, dan bila saat diri kerdil ini berkata 'aku dah putus asa'... abah cuba untuk buat saya bangun semula.. sedangkan masa tu saya sudahpun tersungkur jatuh.. dan rasanya bila mengenangka diri yang terpaksa entend pengajian selama 2tahun, saya hampir gila dan menekad nak daftar kan diri di hospital sakit jiwa..heehehe

Tapi janji Tuhan, bila hambanya berusaha dan bertawakal atas usahanya itu, pasti ada ganjaran manis yang sedang menunggunya.. dan itulah yang saya dapat dari pengalaman hidup yang cukup bermakna ini.. walaupun pengalaman selama 2tahun tanpa pekerjaan namun saya yakin dan pasti pintu rahmat untuk saya akan terbuka..insyaAllah...

Akhirnya pengajian yang tertangguh selama ini telah pun ditunaikan berkat doa abah, mak dan adik.. dan paling penting berkat pertolongan Dr. Jaffary penyelia yang telah pun menjadi kesayangan saya.. semua ini hanya dengan bantuan dan pertolongan dari Tuhan yang senantiasa mendengar luahan hati ini.. 

Semoga selepas ini saya mampu menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan diberkati..Amin Ya Allah.._

Thursday, September 6, 2012

selamat hari raya

 
 
Assalamualaikum semua kawan2 blog..
rindu sama kamu semua..
sejak ramadhan yang lepas, sy xberkesempatan nk ber'online'
 al maklumlah tenet kat rumah tak ada..
hehehe
 
di kesempatan ini sy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin
walaupun syawal dah semakin sampai ke penghujungnya,
namun syawal masih di rai bersama.
 
tengok jela rumah sanak saudara dan sahabat handai masih terbuka luas untuk di kunjungi,
masih banyak lagi rumah terbuka diadakan di hujung minggu, 
walaupun orang semua dah bekerja tapi kita masih lagi meraikan syawal ini
 
ok la..jumpa lagi di laim masa.hehee
 

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan al Mubarak datang lagi =)



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan al mubarak.. Bulan yang sentiasa di nanti, mudah2an ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya insyaAllah.. 


Banyaknya kelebihan masa bulan puasa ni.. korang baca la kat atas tu..hehehe

Dulu masa kecik, kalau nak masuk bulan puasa je kitorang sekeluarga mesti pergi makan kat kedai.. memang seronok la.. mungkin niat abah nak bagi kitorang rasa semangat bila nak puasa..dan puasa penuh..hehehe.. 

Bila dah besar ni semuanya berubah, kitorang sekeluarga jarang dah sahur & berbuka bersama.. paling aku ingat masa bulan puasa tahun lepas, masa tu aku dengan abah je kat rumah, mak stay kat sg.rengit.. kalau time sahur, rasa lintang pukang pulak.. kadang aku kejut abah, kadang tu abah kejut aku..kadang tak bangun terus..heheh.. padahal mak dah pesan dah, aku yang bertugas kejutkan abah.. biase la, anak dara mesti la lebih rajin..hahaha

kalau time buka, aku jarang ada kat umah, sebab masa tu aku keje kat kedai kek.. so biasanya balik lewat sikit.. kalau aku balik pun, aku terpaksa buka sorang sebab abah buka kat masjid xpun pegi kenduri.. kalau nak diikutkan la, tahun lepas la puasa paling tak best..huhuhu..

Harapnya tahun ni best la puasa kat umah.. kali ni mak ada.. cuma adik je tak ada. hehehe.. tak kisah la semua tu, yang penting nak puasa dan buat ibadah dengan terbaik.. insyaAllah.. =)

Jom sesama kita meriahkan bulan ramadhan tahun ini dengan puasa yang sempurna dan ibadah yang berganda.. 

Aku Terjah! aku Follow! Apakah Itu?




Terjumpa 1blog ni,
empunya kepada 
Nur Khairul Azizi Mohamad


Beliau tengah buat segmen 
AKU TERJAH! AKU FOLLOW! APAKAH ITU?

Jom la join ramai2
simple & mudah
tak perlu penat2 pun
hehehe

mudah-mudahan dapat ramai kawan
yeahh!!!! =)

nak tag sape yek???

cik chillie
cik deary ain
cik natasha

join jom..jangan tak join.. ;p

Wednesday, July 18, 2012

Segmen Bloglist by Enna_Maggi




Haiyaiii u olls
ni nak habaq kat blogger sume2
jom la join
SEGMEN BLOGLIST by ENNA_MAGGI


hadiah sangat menarik 
jangan lupa join keyh.. ;)

Sunday, July 15, 2012

kasih sayang Allah




Alhamdulillah masih diberi peluang menaip di laman blog ini.. masih diberi peluang menghirup udara, masih boleh makan... berjalan dan macam2 lagi..dan semua itu adalah antara 1001 nikmat yang tak terhidung dek jari... nikmat dari Allah.. 

Aku rasa bersyukur sebab blog banyak sangat membantu.. mungkin aku tak pandai mengadu dan bercerita pada orang lain, tapi melalui tulisan aku rasa lebih selesa.. aku dapat luahkan macam2.. dapat meluahkan segalanya.. dan itulah yang dilakukan oleh mostly blogger... diorang jadikan blog sebagai diari kehidupan. buku harian..segalanyalah.. 

Aku, sorang yang terlalu nipis imannya.. terlalu lemah semangat.. dan cepat putus asa.. mungkin ada yang menyangka aku lah insan yang sering bernasib malang.. Setiap manusia memang dah ditulis rezekinya, takdir hidupnya.. segalanya telah ada.. tersedia.. namun siapalah aku ini..cuma manusia biasa.. bukan nabi bukan malaikat... adakalanya aku tak mampu nak lalui semua ujian itu.. 

Usia aku bukan kanak2 lagi.. terlalu waras untuk fikir, bahawa tiap ujian yang Allah bagi walaupun sebesar zarah adalah tanda Dia tak pernah lupakan hambaNya.. tanda Dia sayangkan hambaNya.. tanda Dia memberi peringatan.. kerana aku manusia sering lupa, sering bersangka buruk.. maka bersyukurlah, kerana Allah sentiasa memberi peringatan.. 

Dan aku sedar, tiap ujian yang diberi olehNya, pasti ada hikmah yang menanti.. tiap sakit yang Allah beri pasti akan ada penawarnya.. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang.. 

Friday, July 13, 2012

Perginya seorang sahabat



Minggu ni rasa down sangat2, banyak perkara yang sedey menimpa diri ini.. semalam dapat tahu seorang sahabat telah meninggal dunia.. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. walaupun perkenalan dengan sahabat tu sekejap sangat tapi sesungguhnya rasa bertuah dapat mengenali seorang yang baik.. terlalu baik.. kerana kebaikannya lah, Allah menjemput dia terlalu awal menemuiNya... 

Sahabat tu meninggal dunia di bumi Cairo, amat jauh beribu batu dari tanah air.. dia eksiden dan kemudian koma beberapa hari.. tak lama lepas tu meninggal dunia.. jenazah dia tak bawa pulang pun ke sini.. semuanya diuruskan di sana.. dan alhamdulillah dia selamat dikebumikan di sana...moga dia dipermudahkan segala urusan bersama para Malaikat yang sedang menanti rohnya.. moga dia bersama2 orang2 yang soleh, yang beriman.. moga al-Quran akan membantu dia terlepas dari segala azabNya..dan moga tempat dia di syurga Allah..Amin..

Wednesday, July 11, 2012

hina sangatkah???



Malam semalam aku rasa sedey tapi tak tahu kenapa, 
rasa nak nangis tapi tak tahu apa sebabnya,
rasa tak sedap je hati ni, 
rasa tak bermaya,


Jiwa kacau je sepanjang hari hinggalah ke malam,
dan tak lama aku on fb adik aku chat,
panjang sungguh mesej yang dia bagi,
macam2 dia cerita pasal si hazeeq,
ex boifren dia dulu,
hmmmmm...

bila aku bace apa yang adik aku bagi tu,
memang rasa nak bagi pelempang je kat mamat hazeeq tu,
rasa nak tumbuk pastu nak sepak terajang je,
aku memang tahu diorang clash sebab isu politik,
parent ak dengan parent si hazeeq tu masing2 berlainan parti,
jadi hazeeq nekad nak clash ngan adik aku,
aku tak tahu la, maybe parent hazeeq nakkan menantu yang se'parti' dengan diorang,
parent aku pulak steady je kot,
selama ni tak pernah pulak ayah aku komplen pasal ni,
inilah masalah kalau kepala dah diracuni dengan unsur2 yang tak sepatutnya,
sempitnya pemikiran!!

rupanya bukan tu je yang dia persoalkan,

kalau korang semua nak tahu,
mak aku memang ada kanser,
kanser apa???
kanser payudara,
aku dengan adik aku tak pernah malu atau takut bila menghadapi situasi tu,
tapi hazeeq sangat takut kalau dia berkahwin dengan seorang gadis 
yang ada kemungkinan nak kena penyakit tu,
dan dia tak mahu bakal isteri dia seorang yang berpenyakit,
aku dengar pun rasa marah dan geram yang TERAMAT SANGAT!

salah kami ke???
kami tak berhak rasa bahagia ke???
kami tak layak berkawan dengan sesiapa ke???

kalau ada la orang pikir sama macam hazeeq pikir,
better dia masuk sekolah balik,
sekolahkan balik kepala yang dah bengong tu,
belajar balik subjek moral,

kalau tak mahu berkawan atas alasan itu,
diam2 jela, tak payah menyakitkan hati orang,
mungkin itu lebih baik,

untuk lelaki bernama hazeeq tu,
dia hina adik aku, sama je dia macam hina aku,
dan bila dia libatkan parent aku yang tak tahu apa2 tu,
lagilah aku tak boleh terima,
so, janganla jadi macam lelaki bernama hazeeq tu.

sekian! =)

Monday, July 9, 2012

Istikharah Cinta by Sigma



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

Sunday, July 8, 2012

benci pedas!!



Lemahnya badan hari ini, rasa lembik je, malam tadi tak dapat tido.. sakit sangat perut ni.. dalam pukul 5 terjaga sebab sakit perut.. baru je lelap tu.. huhuhu.. sekarang ni tak boleh makan pedas, walaupon megi mesti sakit perut dan lepas tu c&*%t-b^&*t..huhu.. aduh.. =(

Yang aku pelik, selera makan hilang terus, walaupun rasa lapar masalahnya tekak aku tak rasa nak makan.. hmmm... macam mana ni??? sakitkah aku?? entahlah... =(

Friday, July 6, 2012

Bahagiakan diri



Bangun je pagi ni ada je benda yang buat aku stress, cuba bangun tido tu ada yang menggembirakan.. aisshhh!! mula la ni nak mengeluh.. Ermmm, bukan nak ngeluh laa.. cuma nak lepaskan geram.. aku tak tahu nak lepas kat sape, nak tumbuk dinding karang tangan aku berdarah pulak..hehehe

Rasa nak kawin membuak2 pulak, yelah senang apa kalau ada husband ni.. celik je mata tengok ada suami di sisi, kan sejuk je mata memandang.. xda la bangun terus angin satu badan..hahaha.. sekurang2nya kalau angin pun ada suami tlg redakan..tol x??hehehe


Senang aje cakap nak kawin, kawin bukan perkara yang senang.. walhal kawin tu sepatutnya mudah, tapi zaman sekarang buat ia teramatlah susah.. 
apa pulak ni kita ngomel pasal kawin..xbest la.. semua ni berpunca dari stress la ni.. =)

Tak kira la apa pun perkara yang berlaku, apa pun benda yang kita tak suka,
buat-buat jela suka.. buat-buat macam tak berlaku..
kan senang.. relax & cool 
tak ada benda dalam dunia ni yang tak boleh diselesaikan kecuali satu perkara
mati.. itu je perkara yang tak boleh nak dielakkan.. 

Berfikir tentang mati adalah motivasi paling terbaik
sebab bila fikir mati, automatik kita akan buat semua benda dengan terbaik
nak jumpa dengan Pemerintah Agung bukan main-main beb
kalau kat dunia ni nak jumpa lec, nak jumpa bos pun takut-takut
apa lagi kalau nak jumpa TUHAN yang menciptakan kita ke dunia.

So, buatlah everything tu dengan baik dan ikhlas
sebab tak sia-sia kalau buat benda tu dengan ikhlas
Allah pasti akan menjanjikan pahala untuk hambaNya,

Alhamdulillah..hilang sikit stress dalam kepala ni
luahkan la apa pun yang kita rasa nak luah
asalkan ianya berfaedah
ilal liqa' =)

Thursday, July 5, 2012

Syaaban Bulan Mulia





Sesungguhnya Islam telah pun menawarkan pelbagai cara untuk memperolehi ganjaran yang teramat lumayan dari Allah S.W.T, hanya dengan usaha dan kesungguhan mereka inilah yang akan memperolehi bukan sahaja kebaikan malah rahmat yang berlipat kali ganda dari Allah. salah satu peluang ialah mengumpul sebanyak mungkin pahala dan kebaikan dari bulan-bulan tertentu yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Bulan syaaban antara bulan yang penuh barakah.. kalau mahu dihitung segala kelebihan dan fadilat bulan mulia ini pastinya tidak terhitung oleh manusia. sesungguhnya Allah telah pun menyediakan jambatan yang mudah untuk ke syurga namun manusia tidak menyedarinya. 

Sabda Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Antara amalan yang digalakkan dalm bulan syaaban ini ialah berpuasa. puasa boleh dikatakan antara amalan yang sukar kerana ianya menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi seseorang itu. walau bagaimanapun, ini antara amalan yang banyak ganjaran jika melakukannya. Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bukan sahaja puasa, malah doa orang-orang yang beriman juga akan dimakbulkan oleh Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba', orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.

"1st GiveAway Cik Balqis"




Perhatian!! Perhatian!!
Kepada semua rakyat jelata yang ada blog, jom lah sesama join this GiveAway,
Cik Balqis yang comey ni mesti tersangat gumbira kalau korang sudi join,

Hadiah memang best so jangan tunggu lagi, 
click je banner kat atas tu,
hehehe... ;p

Wednesday, July 4, 2012

Waktu doa mustajab



Ada waktu yang tertentu doa kita mustajab, ketahuilah waktu-waktu itu dan janganlah mensia-siakan kesempatan itu untuk memohon doa kepadaNya. 

1. Waktu sepertiga malam yang akhir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya  berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.
(HR Bukhari dan Muslim)

2. Ketika berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.
(HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu.

“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu”
 (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud.

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”.
 (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika malam Lailatulqadar.

“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” 
(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika hari Arafah.

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara azan dan iqamah.

“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika hujan. 

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)