
Again!! Argghhh sedikit terkilan bila cium ambik ni berbau sabun.. ari isnin aku keluar dengan adik, pergi batu pahat.. teman si adik ni beli tiket.. lama jugak la kami berfoya2..hehe.. keluar rumah dalam pukul 11lebih, mula2 singgah bank BSN, adik uruskan ape entah... lepas tu terus ke batu pahat.. lepas tu singgah beli barang.. jalan punya jalan.. dah pukul2 ptg.. abah dah call tanya bila nak balik..kihkihkih..
Adik ni nak singgah UTHM pulak, masuk la sekejap, solat zohor then cari kedai makan.. dah lapar sangat perut.. tengah cari kedai makan kat pt.raja tu sikit lagi nak langgar tiang lampu.. fuhhh nasib baik tak ada pape.. bila dah jumpa kedai makan,kami masuk dan terus duduk.. ingat ada makanan goreng2, rupenya xstart lagi.. dahla dah duduk.. bengang pulak.. apa lagi, bangun dan terus blah.. sempat la akak kat kedai tu tanya "kembar ke? muka sama la"...hehehe... dah biasa dah soklan macam tu.. ;)
Nampak KFC, adik kata makan kfc jela,, lapar sangat ni... ok jela.. makan tak sampai 15mnt.. punya la cepat..hehehe.. dah pukul berapa dah masa tu, takut nanti abah call lagi. dahla nak singgah cuci kereta.. aduh mesti tak sempat... ayam aku seketul xmakan lagi ni.. adik aku sumbat dalam handbag aku...hahaha.. ape la...
Sebenarnya nak cerita pasal ambik aku ni... hmmm bila sampai rumah je, aku masuk bilik dan macam biasa la, aku capai ambik dan cium.. dan dengan muka tak berapa nak terkejut aku keluar bawak kain batik tu tunjuk kat my dad.. abah kata bukan dia yang basuh.. tunjuk kat mak, pun tak mengaku.. tapi aku rasa abah aku yang basuh... sebab sebelum ni pun dia yang selalu curi2 basuh..hehehe
Dan sekarang ambik aku berbau sabun... tak best la... bila la nak hilang bau tu... rasa hilang bahagia ;p

Sambung pasal ambik ni...
Aku sangat tak suka bila ambik bau sabun, atau lebih tepat ambik kena basuh. memang tak boleh nak terima. masa kecik, mak akan basuh ambik tu, lebih kurang sebulan sekali la macam tu, then bila usia meningkat, aku berkuasa sepenuhnya ke atas ambik. so, disebabkan aku tak suka beliau ni berbau sabun, maka aku tidak akan mempunyai niat untuk membasuhnya, walaupun berbulan2 aku bersama dengan ambik, never and ever la.
Masa aku kecik pun, bila mak basuh beliau, aku akan bising. memprotes dan sebagainya lah. bagi aku, bila ambik ni bau sabun, aku rasa ambik busuk je, nak dekat dengan dia pun tak mahu. ambik ni ada bau sendiri. orang kata itu bau aku.. aku sangat selesa dengan bau tu, rasa tenang je, walaupun semua orang kata ambik bau bucuk..hehehe
Bila aku besar, aku tak pernah basuh ambik KECUALI mak/ayah aku yang basuh itupun TANPA kebenaran aku. bila balik rumah je, mak atau ayah aku akan masuk bilik senyap2 dan "mencuri" ambik. seterusnya membasuh dan mengeringkannya dengan kadar segera. tau2 je aku cium ambik tu dah pn berbau sabun.. Arrrggghhh..!!!!!!!
Pernah sekali tu, aku keluar pergi kedai. bukan lama pun aku rasa. bila balik je, aku bau la ambik aku ni, sekali dah bau sabun dahh... aku tanya la mak ayah aku, mengekek2 diorang ketawe, lepas tu diorang cerita yang diorang masuk bilik aku sebaik je aku keluar dari rumah, then diorang bukak tingkap lalu mencampakkan ambik tu keluar. lepas tu ayah aku amek kain ambik tu yang dah "dibuang" tadi dan terus la basuh. cepat pulak kering!..hehehe
Yang terbaru ni pun sama, aku keluar ke bandar pontian dengan adik aku. adalah dalam 3-4 jam. bila aku balik, terus lepak kat atas katil. biasalah kalau dah landing atas katil tu mestilah cari ambik. itu memang rutin..hehe.. bila cium je, aku pelik sangat.. aku cium lagi sekali, apsal bau sabun ni????? aku cium lagi, kali ni kat bahagian lain,nak pastikan yang aku tak salah bau. SAH!!!! memang bau sabun.. ni mesti kerja ayah aku ni...huhuhuhu.. masa tu, aku nampak ayah aku ketawe di sebalik pintu bilik aku.. memang sah la ni, ni mesti kerja tangan ayah aku..hehehee...
Walaupun bagi orang lain, ambik ni bucuk, tapi bagi aku ambik adalah sesuatu yang sangat menenangkan & membahagiakan. Sayang ambik =)

Siapa kenal dengan ambik? bagi yang kenal tu baguslah, tapi bagi yang tertanya2 sapa/apa ambik tu, meh aku bagitahu, ambik adalah sehelai kain batik berwarna merah. Ahhhaaaa!!!! ;)
Ambik @ nama panjangnya ialah sambik, adalah kain kesayangan aku, bukan sayang sikit2 tapi sayang giler.. ibaratnya nyawa kedua bagi aku. kawan2 aku semua tanya, kenapa nama dia ambik. ok, macam ni.. masa aku baby mak aku selimutkan aku dengan sehelai kain batik berwarna merah. kain tu digelar "Sambik". lama2 sambik jadi ambik. kira macam nickname la..hehehe..
Sejak kecik lagi aku bersama si ambik ni. kalau nak tido mesti cari beliau. kira macam bantal bucuk la. tapi ni kain batik. kain yang pertama usianya sejak aku lahir hinggalah aku darjah tiga. then mak aku suruh tukar kain baru sebabnya kain tu dah koyak rabak. sangat kesian la kain tu. sejak tu aku guna kain batik yang kedua.
Usia kain batik yang kedua ni pulak sejak darjah tiga sampai ler aku first year kat UKM. masa tu thn 2008. ambik yang kedua ni masih elok lg. xdala koyak cuma kisahnya sedikit menyayat hati, sebabnya beliau hilang. dahla hilang kat basten seremban. ada ke patut???huhuhu...memang sedey.. masa tu aku nak balik johor, then nak tunggu bas gerak, kitorang pegi jalan2 jap, beg aku letak sekali dengan member2. sekali bila amek beg, beg ak sorang xda. pergi mana entah. so, aku balik johor tanpa beg balik kampung. masa tu aku xpikir pape, just pikir ambik yang ada dalam beg tu, langsung xpikir pun pasal barang2 lain.
Lepas tu mak aku bagi kain batik lain, wajibnya mesti kain batik berwarna merah dan mesti baru. hehehe.. sejak tu lah wujudnya ambik yang ketiga. usia beliau dari tahun 2008 sampailah sekarang, 2012 keadaanya masih elok lagi. cuma pudar sikit.
Itulah kisah aku dan ambik. menarik tak??? hehehe.. bagi aku, ambik adalah jiwa aku. segalanya akan jadi bahagia bila aku bersamanya ;)