ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Wednesday, November 14, 2012

Allah sayangkan dia


SubhanaAllah..sesungguhnya maut itu datang tanpa diduga, tidak dijemput kehadirannya..malaikat maut tetap akan menjalankan perintah Allah dengan sebaiknya.. tanpa kerelaan, tanpa kebenaran, malaikat maut  akan mencabut nyawa kita manusia .. Ya Allah..takutnya..

Seorang teman baik aku, malah pernah menjadi teman istimewa aku satu masa dulu, IDRIS BIN SALLEH telah dijemput Ilahi malam tadi.. dia terlibat dengan eksiden waktu pulang dari kerja.. bila dapat tahu dia meninggal, rasa tak percaya..sangat tak percaya..biar betol??? tapi itulah maut.. datangnya tidak ada siapa yang tahu..

Baru beberapa bulan rumahnya mengadakan tahlil untuk ayahandanya, dan malam ini untuk dia pula..pilunya seorang mak.. baru lepas kehilangan suami tercinta, sekarang kehilangan pula anak bongsunya.. ujiannya terlalu hebat..

Sebagai kawan, aku doakan dia tenang disana, peliharalah dia dari segala seksaan kubur, mudah-mudahan dia tergolong dalam orang-orang yang akan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti.. dan semoga syurga untuknya..amin ya Allah... Al-Fatihah.
 

Sunday, November 11, 2012

Syukur Ya Allah


Alhamdulillah, ucapan pertama yang keluar dari mulut ini saat mendapat khabar aku layak ke temuduga DPLI jqaf 2013.. rasa sangat gembira walaupun aku tahu jalan yang akan aku lalui masih jauh.. terus call abah dan bagitahu berita gembira ini.. terdengar di corong telefon suara abah sangat gembira.. apa yang aku lakukan ini semata-mata untuk memenuhi impian mereka berdua.. kerana bila mereka gembira, insyaAllah keberkatan akan sentiasa bersama kita menuju redha Allah...aminnn


Tuesday, November 6, 2012

Smakj di hatiku...


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ber'blog'..hehe.. kalau time penat tak boleh rasanya nak menaip sebab idea tak menjengah pulak.. waktu lapang macam ni aku selitkan dengan mengarang sedikit cerita..al maklumlah sejak menjejakkan kaki ke bumi kluang ini, rasanya 1001 nostalgia lama datang kembali.. =)

Bercerita mengenai kluang ini, disinilah aku mengenal erti kehidupan.. selama 5tahun aku belajar hidup berdikari tanpa pengawasan mak dan abah, tanpa penjagaan dari keluarga, hanya kawan2 seperjuangan jelah tempat mengadu dan bermanja.. sejak duduk kluang ni, rasanya memori tu segar semula di ingatan.. paling aku ingat ialah orang baca al-Quran kat masjid kluang ni.. masjid ni dekat dengan smakj iaitu sekolah aku.. jadi tiap petang nak asar akan ada orang ngaji pakai mikrofon..sampai dengar kat bumi smakj..hati aku cukup pilu..aku rasa homesick sangat.. rasa nak nangis..rasa berjauhan dengan mak dan abah.. dan sekarang pun orang yang ngaji tu masih mengaji..dan aku tetap macam dulu.rasa sedih bila dengr..hahaha kelakarkan..

Yang paling best tu..tempat aku kerja ni jarak dengan smakj sangat lah dekat..sejak aku kerja dah 2kali aku masuk smakj.. yang first tu ikut kazen aku sarapan..kebetulan kazen aku cikgu smakj.. jadi dengan secara otomatik lah aku berjumpa semula dengan guru2 dan ustazah2 yang telah mengajar aku lebih kurang 6tahun yang lepas..hehe..

Lagi best bila cikgu dan ustazah masih ingat nama aku..wahhh memang rasa bangga la...walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang tapi mereka ingat juga kat aku..hehehe.. bumi smakj tak banyak berubah...rindu pada cikgu dan sekolah akhirnya terubat juga..

Dan kebetulan pulak bos aku ni guru kat smakj jugak..hehehe.. jadinya tadi dia call aku, suruh datang smakj hantar barang. so itulah kali kedua aku masuk smakj sejak aku bekerja ni..alhamdulillah...bukan senang orang nak dapat peluang itu.betol tak..??? kawan2 lain semua jauh2..jadi semestinya diorang jeles..hehehe...


Itulah kisahnya...menjadi pelajar smakj adalah suatu kebanggaan..kerana disitulah aku belajar berdiri, kemudian berlari..dan akhirnya kini aku boleh terbang sendiri... apa yang aku tinggalkan hampirt 6tahun disini, merupakan pengalaman yang cukup manis...yang pastinya aku takkan lupa sampai bila2.. =)

Wallahua'alam..

Thursday, November 1, 2012

sempat lagi nih..


ho..hooo....hooo..hooo
kepenatan ni 
aduhh...rasa nak tercabut anak mata i ngadap pc je..
sejak pagi tadi aku ngadap pc ni sampai sekarang...
jap lagi nak rehat dah..hehehe

nasib baik boleh online kalau tak kompem bosan giler..
kerja seorang diri amat laa membosankan..huhuhuhu

sambil buat kerja yang agak banyak ni sempat la ber fb dan berblog..
hahahaha

ok ler.. nak round2 jap.ceh!! hehee
bubye...sayonara =)