ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Monday, June 18, 2012

Pengalaman di PD



Nak cerita apa ek malam ni???

Hmmm... teringat 1 peristiwa kat PD bulan lepas, rasanya selepas aku tamat PALAPES 2010, aku tak pernah lagi mengalami suatu pengalaman yang sangat pahit sampailah pengalaman yang aku dapat kat PD baru-baru ni.. Bagi aku, semua tu adalah hukuman dari Tuhan atas kesalahan hambaNya. 

Pengalaman ditimpa bencana alam seakan-akan Tsunami adalah suatu yang tak boleh aku lupakan.. semua ni terjadi masa kami sedang berkelah kat pantai PD.. perkelahan tu dah lama kami rancang, semua diatur dengan cukup rapi, lengkap dengan pelbagai 'game' dan 'barbeque'... tapi itulah manusia, hanya mampu merancang tapi sebaik2 perancang adalah Allah SWT..

Aku selaku ketua program pastinya lebih merasa terkejut, kerana dengan sekelip mata semuanya musnah.. masa tu jam menunjukkan pukul 11mlm.. time tu baru nak makan malam, semua dah sampai masa tu, ada lah dalam 12orang.. aku baru je letak ayam kat pinggan tiba2 angin datang.. masa tu angin tak kuat lagi.. dari jauh kedengaran macam bunyi hujan.. semua mengagak hujan kejap lagi datang.. dan tekaan tu memang tepat.. xsempat nak kemas apa2, angin yang dipenuhi pasir (seolah2 ribut pasir) menyerang kami.. hujan mulai lebat.. masa tu masing2 bangun dan menuju ke khemah.. khemah nak terbang dan kami kena pegang supaya tak terbang.. memang terlalu kuat angin masa tu.. tambah dengan hujan... dan masa tu aku teringatkan henpon aku...

Baru aku teringat yang henpon aku tak ada pada aku masa tu.. last aku tengok ia kat tikar sebelah chepah.. sebelum nak makan diorang guna henpon aku suluh makanan (henpon ada torchlite la katakan)hehehe... aku pergi cari kat tikar tu, tapi tak ada.. dahlah ada angin penuh dengan pasir, mata tak boleh tengok dengan jelas.. aduh.. aku mula sedih..

Dan akhirnya aku menangis... kalau difikirkan kenapa perlu aku menangis hanya kerana henpon murah itu?? atau aku berasa sangat takut dalam situasi itu??? macam2 yang aku pikir time tu.. takut,rasa bersalah, rasa berdosa, sedih dan macam2 lagi la yang aku rasa... yang kelakarnya, aku paling tua dan aku sorang je yang menangis..hehehe.. masa gelabah tu, chepah bagitahu yang henpon aku ada pada dia..hehe.. alhamdulillah.. tapi aku masih menangis... syukur ada zafirah (kawan yang baru aku kenal beberapa jam yang lepas) dia memeluk aku dan menenangkan aku..kelakarnya..hehehehe...

Bila hujan dah mula reda, angin pun dah okey kami cari tempat berteduh.. dalam pukul4pagi, hujan dah berhenti.. dan masa tu kami check khemah...semuanya basah...terlupa yang aku ada simpan laptop dalam beg.. alhamdulillah semuanya okey.. cuma baju tak sempat nak diselamatkan.. kebetulan pulak esok harinya (ahad) aku kena balik johor, pergi rumah makcik.. dan isnin kena pergi putrajaya..ada urusan sedikit.. betapa serabutnya kepala ni..huhuhu...

Malam tu aku tidur beberapa jam je.. esok pagi bangun kemas2 khemah, mandi bersihkan badan dan kemudian bergerak balik.. aku singgah di perhentian bas seremban.. dengan memakai tracksuit dan tshirt je aku balik johor..hehehe.. cukup kelakar.. nasib baik dah malam masa tu..

Masa malam kejadian tu, aku menggigil kesejukkan.. dan esoknya aku terasa rahang mulut belah kiri sakit, tak boleh nak nganga mulut besar2.. 2minggu aku tak boleh makan dengan sempurna... tak tahu la kenapa jadi macam tu.. sekarang dah ok dah..hehehe..

Itulah pengalaman hidup yang boleh dikatakan sangat pahit untuk tahun ini... semua tu sebagai ingatan kepada hambaNya yang selalu lupa.. terlalu asyik bersuka ria.. tak sedar malang tu tak berbau.. =)

Mengemis Rindu by Noraniza Idris




Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engaku mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

Saturday, June 16, 2012

Beginilah Caranya by Sam & Yana



Aku tak bisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata
Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Chorus
Aku tahu di mana nak cari cintamu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu
Kucuba yang terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Begini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Friday, June 15, 2012

dikejar BERUK ;(



Hari ini dapat merasa 1 pengalaman baru...memang xboleh nak digambarkan macam mana perasaan ketika itu, tapi syukur xda pape yang berlaku...hehehe.. pengalaman dikejar beruk adalah 1pengalaman yang sangat berharga walaupun sangat pahit..kihkihkih..

Petang tadi jenjalan dengan naim & jatt, sebelum tu nak bagitahu ukm ni memang terkenal dengan pelbagai jenis binatang..& paling glamour ialah beruk.. tengah jalan2 ni, tiba2 ada sekor beruk tengah berlari ke arah kami ni.. kami pun apalagi terus langkah pokok bunga dan lari melintas jalan.. nasib baik masa tu xda kenderaan yang lalu, kalau ada memang la nasib la kena langgar..huhuhu...

Lepas melintas jalan, kami terus lari menuju ke fssk, tapi tak sangka pulak kat tepi bangunan fssk tu ada sekor lagi beruk tengah tunggu kami.. sebaik je nampak muka beruk yang agak bengis tu lari ke arah kami, kami terus belok ke arah kanan...hehehe.. memang lawak sangat la situasi tu... time aku tengah lari, sempat toleh ke kiri.. "owh si beruk ni tengah kejar naim & jatt la, baik aku stop je lari" ni la yang aku pikir time tengok beruk tu kejar diorang.. kebetulan ada pokok, jadi boleh la aku sembunyi blakang pokok tu.. sekali aku berhenti betol2 tepi beruk tu dan kat situ xda pulak pokok yang nak cover aku.. "cis salah port la pulak.. mati la aku" siyes aku cuak, sebab bila aku stop lari, beruk tu pun stop jugak..sempat pulak dia jeling aku.. then kejar aku pulak...hehehe

Bayangkan lah aku yang dah lama xberlari ni tiba2 kena lari dengan cara terpaksa... giler semput..masa beruk kejar tu, aku memang dah pikir macam2 la.. nasib baik dia pegang kaki aku je, memang rasa la dia sentuh.. alhmadulillah beruk tu tak serang giler2..huhuhu.. 

Kejap je beruk tu kejar, lepas tu hilang kemana entah.. huhuhu.. syukur sangat sebab tak kena apa2.. kalaulah beruk tu serang dengan ganas, entah apa jadi la kat kami.. aku rasa lepas ni aku dah fobia dah nak dekat2 dengan golongan diorang tu.. selama ni selamba je lalu, kali ni kenapa entah menggila semuanya..hehehe..

Apa-apa pun, semua tu adalah pengalaman yang sangat berharga..hehehe nice moment ;)

Saturday, June 9, 2012

selamat hari lahir



Hepi besday to me,
Hepi besday to me,
Hepi besday to myself,
Hepi besday to me.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat Islam, iman dan taqwa. masih lagi diberi peluang mencari dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala dan redha Allah. masih lagi diberi peluang menghirup udara di bumi Allah ini, masih lagi diberi peluang membalas jasa ayah & bonda dan masih lagi diberi kesempatan melalui jalan2 liku menuju Allah yang satu. Syukur alhamdulillah..

Genap sudah usia 24tahun, selama itulah aku diberi kesihatan dan limpahan nikmat yang tak terhingga. Walaupun birthday kali ini tiada apa yang istimewa tapi aku rasa cukup gembira.. macam tahun2 yang lepas, tiada hadiah tapi aku tetap gembira. sekurang2nya orang yang masih mengingati aku, akan mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. itu dah cukup buat aku rasa dihargai.

Tapi tiap kali menjelang hari jadi aku, atau selepas hari jadi aku, pasti ada saja ujian yang menimpa. Entahla, mungkin nasib aku berbeza dengan orang lain..tapi aku tetap bersyukur..

Terima kasih kepada semua yang wish tak kira kat FB atau kat mesej.. terima kasih sangat2 khasnya untuk idham sahiron sebab sudi call dan nyanyikan lagu birthday untuk aku.. 

Moga Allah lanjutkan usiaku, agar aku berkesempatan meraih pahala untuk bekalan di sana.. memberikan kesihatan kepadaku untuk gagah melakukan ibadah.. dan semoga Allah sentiasa merahmati aku dan seluruh keluargaku.. Amin..