ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Monday, May 14, 2012

Tanpa sinergi, Timbul tragedi




Sekumpulan besar arnab dan tikus berperang habis-habisan, puncanya mereka berebut untuk menguasai satu kebun keledek berhampiran hutan tempat tinggal mereka. Sudah banyak nyawa yang terkorban di kedua-dua pihak, namun mereka terus berperang.
Akhirnya hanya seekor arnab & serkor tikus sahaja yang masih hidup. Itupun tubuh keduanya telah luka dan cadera. Nampaknya mereka berdepan satu lawan satu.

“ini pertarungan penentuan”
“ya, ini persoalan hidup atau mati!”
“mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek tersebut?mengapa tidak cari sahaja makanan dalam hutan dan serahkan kebun keledek ini kepada kami?”kata arnab.
“di hutan makanan semakin berkurangan,kami terpaksa bersaing dengan binatang lain”jawab tikus.

“oh...begitu,”kata arnab.
“kenapa pula kamu inginkan sangat kebun ini?”tanya tikus.
“kami juga sama, sekarang musim kemarau, kami kehabisan makanan. Jika kami tidak dapat kebun keledek ini, kami akan mati.”kata arnab.
“oh...serupalah kita. Tanpa kebun ini kita semua akan mati kelaparan.”
“tetapi..sekarang semua kawan-kawan kita semua dah mati kecuali kita berdua,”balas arnab dengan nada sedih. Tikus juga berdiam diri dan merasa sedih.

“selama ini saya xtahu yang arnab makan keledek.”ujar tikus.
“eh, tidak.....kami tidak makan keledek. Kami hanya makan daunnya sahaja.”
“daun?????kami pula makan ubi keledeknya sahaja.” Jadi selama ini kita sama-sama berebutkan kebun ini tapi bahagian yang berlainan???kami tikus hendakkan keledeknya sahaja dan kamu pula arnab mahukan daunnya sahaja.”

“mengapa baru sekarang kita tahu? Sepatutnya peperangan ini tidak berlaku. Kita sepatutnya berunding bagi mencapai kesepakatan.”
“ah...malangnya kita sudah terlambat. Semua kawan-kawan kita sudah mati.”

Pengajaran!
Dalam apa jua konflik, rundingan yang harmoni amat diperlukan untuk menghindarkan berlaku sebarang krisis yang lebih besar. Keadaan akan selesai seandainya ada kata sepakat dan berkerjasama.


No comments:

Post a Comment