ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Wednesday, May 4, 2011

ya Allah, bantulah aku...

Assalamualaikum, hye semua, moga hari2 kalian sentiasa dipenuhi keberkatan olehNya, hari ni sy dah ceria, mungkin emosi dah stabil kot, nasib baik 2hari ni kak nad ada temankan sy, xdala sy kesunyian sendirian,hehehe,,maceh kak nad,,,

saje jela nak share cerita kat blog ni, bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk pengajaran dan sebagai satu ingatan buat diri sendiri dan kwn2 yang lain. peristiwa yang baru sy alami ini bukanlah yang pertama kali, tapi kali yang kedua, walaupun ianya sudah berulang, ia masih menjadi seperti "nitemare" yang sangat menyeramkan, seolah2 ianya baru berlaku semalam. sy melalui perkara itu sendirian, dan yang sy tahu masa tu sy hanya mampu menangis. "curang" adalah perkataan yang sangat menakutkan, bukanlah untuk sy tapi untuk yang bergelar "dia"... sy sedar ianya berpunca dari kesalahan dan kesilapan sy sendiri, namun logikkah penyelesaian yang diambil oleh si dia? tiada kata putus yang diambil, malah menerima insan lain sebagai kekasih hati tanpa memberitahu kepada sy, sedangkan ketika itu, sy masih lagi dilabelkan sebagai "gurlfren" nya...mana sifat ehsan dia? andai dia tahu ianya terlalu menyakitkan...

dia memilih seorang perempuan non-muslim, sebagai pengganti sy, menjadikan sy lebih tercabar dan rasa terhina. adakah dalam kepala dia, sy ini lebih teruk dari org yang bukan Islam? pada mulanya memang sy tidak boleh terima, tapi siapakah sy untuk melarangnya... namun, Allah tahu, sy terlalu menyayanginya..dan Allah membukakan pintu hatinya untuk kembali kepada sy... sejak itu, sy berjanji yang sy tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu, kerana kehilangan seseorang yang kita sayang adalah sesuatu yang sangat menyakitkan... mujur ada kwn baik yang sentiasa ada untuk sy, ada adik yang sentiasa mendengar tiap patah yang sy ucapkan, tiap tangisan yang diluahkan... dan yang paling penting, ada Tuhan yang sentiasa ada untuk sy, dan segala kedukaan itu datangnya dari Dia dan kepadaNya jugalah sy berserah...

di saat ini, sy lebih ceria menghadapi hari2 yang mendatang, walaupun sy tidak tahu apakah yang bakal berlaku, namun sy berharap agar sy sentiasa dalam kasih sayangNya... buat dia yang teramat sy sayangi, maafkan segala kesalahan sy,terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memilih sy dan kembali kepangkuan sy, sy juga berharap agar sy diberi peluang untuk memperbetulkan segala kesilapan yg sudah sy lakukan sebelum ini, semoga hubungan kita ini akan kembali seperti biasa dan berharap agar Allah merestui dan memelihara kasih sayang kita berdua...

No comments:

Post a Comment