Assalamualaikum,,,
sebentar tadi mak call, dan macam biasa lepas tanya keadaan mak, aku akan bertanya tentang khabar cik jah (pesakit yg duk sebelah katil mak). dan sungguh mengejutkan bila mak kata cik jah dah meninggal dunia ahad baru ni.
sangat tak disangka, cik jah dah kembali ke rahmatullah, mujur aku sempat berjumpa dengannya pada hari jumaat yang lepas. sempat juga aku menegurnya walaupun keadaannya ketika itu sudah menunjukkan tanda2 yang arwah akan pergi. sempat aku mencium tangannya. memang aku agak rapat dengan cik jah. sepanjang aku menemani mak di wad, itu jela teman aku berbual. pergi ke bazar tiap hari dengannya. banyak kenangan bersama arwah. dan tatkala mak bagitahu dia sudah tiada, saat tu rasa macam nak mengalirkan air mata.
moga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman..akhirnya penderitaan yang arwah lalui telah berakhir.. arwah mengalami kanser usus dan akhirnya merebak ke rahim... dan akhirnya arwah terbaring kaku di atas katil...
di akhir perbualan dengan mak, mak meminta pendapatku agar dia ke hospital dan menjalani kemoterapi, dan aku serba salah untuk berkata... apa pun keputusan mak, aku redha kerana mungkin itu yang terbaik untuknya.. doaku agar mak cepat sembuh dan pulang ke rumah seperti sedia kala...miss u mak...
No comments:
Post a Comment