Assalamualaikum,
Jumpa lagi kita dalam entry yang baru, hehe, kali ni nak cite mengenai isu mak "maki hamun" anak. ermmm, ayat tu sebenarnya xberapa nak kena, tau sebab apa? mak xsepatutnya berkelakuan demikian terhadap anak sendiri, tambah pulak anak2 tu masih kecik & tak tahu apa2. kalau setakat marah2 tu biasa la, mak mana xmarah kalau anak diorang nakal tak dengar cakap, tapi kalau sampai tahap marah anak2 depan umum dan mengata yang bukan2 itu bukan lagi marah namanya. jom kita baca kisah kat bawah ni (sebagai tauladan kita bersama).
perut rasa lapar, then member ajak makan makanan segera, katanya perut masuk angin jadi dah xselera nak makan nasi, lepas order terus pilih meja, ermmm kami pilih meja dekat dengan tempat cuci tangan, senang sikit nanti. selang 1meja ada meja family, kat meja tu ada 4 orang budak tanpa parent. xlama tu anak yang bongsu tu nangis melalak. menjerit tanpa ada yang peduli. kitorang mampu tengok jela,haha. tak lama tu nampak la mak diorang menjerit kat anak2 dia yang lain, suruh tengok2 kan anak dia yang bongsu tu.
dah lama lepas tu, mak dia datang bawak makanan. nampak macam ayahnya xda. bila mak dan si anak duduk nak makan, terdengar mak membebel yang bukan2. padahal aku tengok anak2 dia xdala buat hal, sampaikan mak dia berkata "ko ni macam ba.... la" ish apa agaknya yang si mak ni nak cakap ek??? si mak ni sambung lagi.. "korang ni macam anak sakai je, nak kata duduk kat pedalaman tak jugak, duk kat bandar" bukan tu je,, banyak lagi la ayat2 yang menyedihkan. kemudian mak suruh anak sulung dia (perempuan) pergi amek sos, umur budak tu ada la dalam 5-7tahun, pastu budak tu amek sos sikit je, si mak mula la nak membebel, dia kata lembap la itu la ini la.. ya Allah aku mendengarnya pun rasa nak nangis.
bila dengar je kami buat tak tahu je, tapi kat telinga ni jelas sebijik2 ayat yang dia sebut. anak2 dia aku tengok ok je, adat la budak, memang macam tu. kalau budak diam je mak pun xsuka kan. tapi janganlah marah diorang ni melampau sangat. penggunaan bahasa "aku engkau" pun dah melambangkan si mak ni orang yang macam mana, kesian si anak kan.
kisah kat atas ni memang berlaku, sebelum ni aku xpernah alami, jadi bila berlaku depan mata rasa macam terasa hiba pulak, walaupun belom berkahwin dan mempunyai anak tapi sebagai seorang perempuan, aku xsampai hati nak buat anak2 macam tu. bukankah kata2 ibu itu satu doa???
ayah aku selalu cakap, kalau anak2 dia buat salah, dia akan tegur dengan baik tapi dalam masa yang sama dia juga ingatkan diri sendiri kerana mungkin dia tersilap dalam mengajar anak2 di waktu kecil. terasa sayu pulak hati ni, hehe, bagi sesiapa yang ada anak tu, jangan la mengata anak dengan bahasa yang tak elok, marah tu biarlah berpada. kalau anak2 berdendam dengan mak bagaimana nanti? ya Allah minta dijauhkan la. mak dan ayah sama je, sama2 perlu beringat dalam mendidik anak2. cewah!
sekian dulu entry kali ni, hehe. apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk tu sama2 la kita elakkan, wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment