ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Tuesday, November 6, 2012

Smakj di hatiku...


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ber'blog'..hehe.. kalau time penat tak boleh rasanya nak menaip sebab idea tak menjengah pulak.. waktu lapang macam ni aku selitkan dengan mengarang sedikit cerita..al maklumlah sejak menjejakkan kaki ke bumi kluang ini, rasanya 1001 nostalgia lama datang kembali.. =)

Bercerita mengenai kluang ini, disinilah aku mengenal erti kehidupan.. selama 5tahun aku belajar hidup berdikari tanpa pengawasan mak dan abah, tanpa penjagaan dari keluarga, hanya kawan2 seperjuangan jelah tempat mengadu dan bermanja.. sejak duduk kluang ni, rasanya memori tu segar semula di ingatan.. paling aku ingat ialah orang baca al-Quran kat masjid kluang ni.. masjid ni dekat dengan smakj iaitu sekolah aku.. jadi tiap petang nak asar akan ada orang ngaji pakai mikrofon..sampai dengar kat bumi smakj..hati aku cukup pilu..aku rasa homesick sangat.. rasa nak nangis..rasa berjauhan dengan mak dan abah.. dan sekarang pun orang yang ngaji tu masih mengaji..dan aku tetap macam dulu.rasa sedih bila dengr..hahaha kelakarkan..

Yang paling best tu..tempat aku kerja ni jarak dengan smakj sangat lah dekat..sejak aku kerja dah 2kali aku masuk smakj.. yang first tu ikut kazen aku sarapan..kebetulan kazen aku cikgu smakj.. jadi dengan secara otomatik lah aku berjumpa semula dengan guru2 dan ustazah2 yang telah mengajar aku lebih kurang 6tahun yang lepas..hehe..

Lagi best bila cikgu dan ustazah masih ingat nama aku..wahhh memang rasa bangga la...walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang tapi mereka ingat juga kat aku..hehehe.. bumi smakj tak banyak berubah...rindu pada cikgu dan sekolah akhirnya terubat juga..

Dan kebetulan pulak bos aku ni guru kat smakj jugak..hehehe.. jadinya tadi dia call aku, suruh datang smakj hantar barang. so itulah kali kedua aku masuk smakj sejak aku bekerja ni..alhamdulillah...bukan senang orang nak dapat peluang itu.betol tak..??? kawan2 lain semua jauh2..jadi semestinya diorang jeles..hehehe...


Itulah kisahnya...menjadi pelajar smakj adalah suatu kebanggaan..kerana disitulah aku belajar berdiri, kemudian berlari..dan akhirnya kini aku boleh terbang sendiri... apa yang aku tinggalkan hampirt 6tahun disini, merupakan pengalaman yang cukup manis...yang pastinya aku takkan lupa sampai bila2.. =)

Wallahua'alam..

No comments:

Post a Comment