Allah tak hadiahkan seseorang itu sesuatu ujian jika Dia tahu hambaNya itu tak mampu nak lalui ujian tersebut, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu, kerana Dia dah janjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya yang beriman. Ujian yang datang hanya untuk menguji tahap mana iman dan taqwanya kepada Allah, ujian juga sebagai satu peringatan agar hambanya tidak lupa, leka dan hanyut dibawa nafsu dan syahwah. ujian juga boleh menjadi sebagai sesuatu hukuman kepada hambanya yang telah melanggar haknya sebagai seorang khalifah. Hak yang sepatutnya ada dalam diri setiap makhluk ciptaan Allah ialah beribadat kepadaNya, taat segala perintahNya, jauhi segala laranganNya. Malahan seranggga yang diciptakan itu juga hidupnya hanya semata beribadat kepada Allah.
Ujian yang Allah beri kadang-kala menguji tahap mana iman seseorang, kadang-kadang menyebabkan manusia itu sendiri hilang kawalan dan tahap kesabaran. Maka, dimanakah sepatutnya diletakkan redha itu? atau meletakkan rasa pasrah dalam setiap ujian yang mendatang?
Seperti skrip dalam filem ombak rindu, redha itu ikhlas. pasrah itu menyerah. ada benar kenyataan itu. redha itu sememangnya ikhlas. ikhlas dengan tiap apa yang Allah beri. Sama ada baik ataupun buruk, segalanya diterima dengan hati yang penuh ikhlas, semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah. jika pasrah pula dikatakan menyerah. menyerah dengan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah, terima sahaja tanpa sebarang kata, namun kadang-kala dalam hatinya tidak semestinya dia ikhlas. Bermohonlah kepadaNya agar segala yang dilakukan itu dalam keadaan yang redha, kerana redha itu la kita pastinya ikhlas atas segala yang telah ditetapkan.
Namun, ukuran ikhlas itu juga atas kehendak yang Maha Esa, andai masih terselit rasa ragu-ragu terhadap Tuhan, maka pahala ikhlas itu juga tidak akan diperolehi.
Berpeganglah pada hikmat, setiap yang Allah janjikan itu adalah yang terbaik untuk hambaNya, sekalipun pahit yang Allah beri, jangan dikhuatiri kerana manisnya akan diperolehi satu masa akan datang. sekalipun duri yang Allah beri ketika ini, jangan dirisaukan kerana bunga indah yang pastinya akan menyusul dikemudian hari, InsyaAllah.
"Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil, Ni'mal Maula Wa Ni'man Nasir"
"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung dan penolong"
Mohonlah pelindungan dariNya, kerana telah dijanjikan dalam kitab suciNya, Allah itu adalah sebaik-baik pelindung serta penolong. Mohonlah kebaikan maka akan datanglah kebaikan, Mohonlah rahmat dan keampunanNya, kerana Allah itu sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.
suker entry nie... (,") insyallah... semoga kita bersama di bawah limpah rahmatNya...
ReplyDelete