ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Saturday, January 1, 2011

malu seorang wanita

           
MALU....merupakan sifat yang sangat terpuji...malah ianya sangat dituntut dalam agama kerana dengan sifat inilah kehormatan dan maruah diri, keluarga, bangsa serta agama akan terbela. Malu bukanlah satu alasan manusia hari ini tidak boleh keluar rumah, tidak boleh bekerja dan sebagainya...
mari kita sama2 renungkan~

********************  

Konsep malu bukanlah sesuatu perkara yang sukar dan payah, kerana lahirnya ia dalam aliran jiwa dan perasaan manusia terutama kaum hawa...yang memang menghendaki naluri itu...namun malu itu juga kadang-kadang dilihat berbahaya andainya:-

*********************

Andainya malu itu dianggap halangan dalam diri, kerjaya dan kehidupan..
apabila malu menguasai diri, segalanya akan terhalang..dari segi kehendak, cita-cita, selera atau apa sahaja...malah akan mengundang 1001 macam masalah...

*********************

realitinya, malu itu satu keperluan tetapi hanya apabila diperlukan, dalam sesetengah keadaan ianya tidak diendahkan...seperti dalam menuntut ilmu, menegakkan yang hak dan sebagainya....

**********************

Wanita sinonim dengan malu..malah wanita yang sempurna pasti akan menjaga perilakunya dan akan menjaga adabnya...malu lah yang akan mengawal pergerakkannya,,,

***********************

 Dengan malu, wanita akan memelihara lidahnya dari berkata yang tidak baik, akan memelihara anggotanya dari mendapat dosa dan fitnah dunia, akan memelihara perilakunya dari berbuat keji..

***********************

Dengan malu juga, wanita akan mempertahankan cintanya...cinta kepada Tuhan yang Esa...kepada keluarga...kepada sahabat...dan seterusnya...

***********************

Malu...senjata bagi orang yang beriman...perisai bagi wanita yang perawan....benteng kekuatan wanita solehah...nadi dalam perjuangan...


       ( hadiah dari seorang teman istimewa )






No comments:

Post a Comment