ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Saturday, January 1, 2011

sifat AMARAH

Bismillah, Dengan NamaMu Ya Allah,
aku memulakan patah bicara mengungkap kata.
tajuk yang aku nak bincang arini ialah tentang sifat Amarah

Sifat ni sebenarnya salah satu sifat mazmumah yang sangat perlu diambil perhatian..kenapa aku cakap mcm tu?sebabnya sifat ni sangat berbahaya kepada diri sendiri, kepada orang di sekeliling dan akan membuatkan syaitan bertepuk tangan tanda kemenangan..

Jujurnya, aku sangat pemarah orangnya, kadang-kadang aku hilang kawalan dan aku merasai satu perasaan yang sangat aneh dalam hati aku...rasa darah meningkat ke paras yang biasa...

sebab tu aku mahu bincangkan tajuk hot ni..sebab aku sendiri mengalami masalah ni..cuma aku rasa pelik sebab kat rumah je angin aku menjadi teruk..kalo dengan kawan2 aku okay je..ish pelik kan..

tapi....walaupun sifat tu ada dalam diri aku, sedaya upaya aku control ia..kerana kalo ikutkan sifat tu, diibaratkan aku mengikut jejak langkah atau ikut perangai syaitan yang sememangnya sedang mentertawakan aku..dan sebab itulah aku cube beristigfar andai serangan amarah tu mendatang...

bukan senang nak lawan tapi xkan kite ni nak duduk diam je..semua xnak jadi kawan diorang kan...apatah lagi jadi family diorang...lagi satu, sifat xbaik ni akan menyebabkan orang disekeliling akan pandang pelik dan menyebabkan diorang xsuke dengan kita..

oleh sebab itulah, sifat ini perlu dikawal dan didiklah hati dan jiwa untuk sentiasa sabar dan banyakkan beristigfar..kalo marah tu nak menjadi, cepat2 la ambil wudu'...moga ianya reda..

sebagai peringatan bukan utk aku seorang tetapi untuk kalian semua..kerana manusia xpernah lari dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan...

dalam melalui hidup ini, bukanlah sesuatu yang mudah...esok lusa penuh dengan perkara baru yang bakal menanti...namun diingatkan...

lalui hari ini seolah-olah kita akan mati keesokkan hari..
lakukan ibadah dengan sepenuh hati pd hari ini seolah-olah kita akan pergi keesokkan hari...
jgn toleh ke belakang..kerana ianya hanyalah sejarah...
jangan lihat ke depan...kerana ianya belum pasti...
tempuhi dengan hati2 pada hari ini...
lakukan segalanya dengan baik pada hari ini...
kerana hari ini adalah milik kita...

sebagai manusia, aku juga banyak melakukan kesalahan
dan sama2 kita berubah..
dengan harapan kita tergolong dalam orang2 yang beriman...


No comments:

Post a Comment