ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Thursday, October 20, 2011

mak oh mak

Assalamualaikum,


sedikit kata-kata hikmah untuk kongsian bersama :
" Imam Al-Ghazali pernah berkata: Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara hidup kita di akhirat "

setelah beberapa hari bercuti bersama keluarga, aku pulang semula ke bangi. walaupun berat je hati kecil ini untuk pulang tapi bila aku nyatakan hasrat mahu pulang esok hari, ayah cepat je membulatkan matanya..hahaha.. nak tak nak kena jugalah pulang pada petang khamis.. hari ini mak memulakan rawatan kemoterapi di HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU. tadi baru lepas call ayah, ayah kata mak masih dalam bilik xselesai lagi.. 

mak oh mak... walaupun akak xda kat sisi mak ketika ini, namun ingatan dan seluruh fikiran akak sentiasa bersama mak.. doa akak agar mak cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan harian mak dengan lebih baik... semoga ini jalan terbaik untuk menyembuhkan mak.. 

mak aku mengalami kanser payudara, kini sudah di tahap 4.. dan menurut laporan dari Dr pakar, ianya dah merebak ke hati dan paru-paru.. sangat tak di sangka, mak akan melalui hari tuanya dengan kesedihan dan kesakitan.. tapi mak kena jugak sembuh macam sebelum ni, sebab ayah, aku & adik masih memerlukan mak.. 

mak & ayah selalu pesan agar aku kena jaga kesihatan mulai sekarang supaya xmenyesal di kemudian hari.. 
apa pun dugaan yang menimpa kami sekeluarga, semuanya ada hikmah dan rahmatNya.. doakan la yang terbaik untuk mak =)

No comments:

Post a Comment