ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Sunday, February 19, 2012

Ambik bucuk =)


Sambung pasal ambik ni...

Aku sangat tak suka bila ambik bau sabun, atau lebih tepat ambik kena basuh. memang tak boleh nak terima. masa kecik, mak akan basuh ambik tu, lebih kurang sebulan sekali la macam tu, then bila usia meningkat, aku berkuasa sepenuhnya ke atas ambik. so, disebabkan aku tak suka beliau ni berbau sabun, maka aku tidak akan mempunyai niat untuk membasuhnya, walaupun berbulan2 aku bersama dengan ambik, never and ever la. 

Masa aku kecik pun, bila mak basuh beliau, aku akan bising. memprotes dan sebagainya lah. bagi aku, bila ambik ni bau sabun, aku rasa ambik busuk je, nak dekat dengan dia pun tak mahu. ambik ni ada bau sendiri. orang kata itu bau aku.. aku sangat selesa dengan bau tu, rasa tenang je, walaupun semua orang kata ambik bau bucuk..hehehe

Bila aku besar, aku tak pernah basuh ambik KECUALI mak/ayah aku yang basuh itupun TANPA kebenaran aku. bila balik rumah je, mak atau ayah aku akan masuk bilik senyap2 dan "mencuri" ambik. seterusnya membasuh dan mengeringkannya dengan kadar segera. tau2 je aku cium ambik tu dah pn berbau sabun.. Arrrggghhh..!!!!!!!

Pernah sekali tu, aku keluar pergi kedai. bukan lama pun aku rasa. bila balik je, aku bau la ambik aku ni, sekali dah bau sabun dahh... aku tanya la mak ayah aku, mengekek2 diorang ketawe, lepas tu diorang cerita yang diorang masuk bilik aku sebaik je aku keluar dari rumah, then diorang bukak tingkap lalu mencampakkan ambik tu keluar. lepas tu ayah aku amek kain ambik tu yang dah "dibuang" tadi dan terus la basuh. cepat pulak kering!..hehehe

Yang terbaru ni pun sama, aku keluar ke bandar pontian dengan adik aku. adalah dalam 3-4 jam. bila aku balik, terus lepak kat atas katil. biasalah kalau dah landing atas katil tu mestilah cari ambik. itu memang rutin..hehe.. bila cium je, aku pelik sangat.. aku cium lagi sekali, apsal bau sabun ni????? aku cium lagi, kali ni kat bahagian lain,nak pastikan yang aku tak salah bau. SAH!!!! memang bau sabun.. ni mesti kerja ayah aku ni...huhuhuhu.. masa tu, aku nampak ayah aku ketawe di sebalik pintu bilik aku.. memang sah la ni, ni mesti kerja tangan ayah aku..hehehee...

Walaupun bagi orang lain, ambik ni bucuk, tapi bagi aku ambik adalah sesuatu yang sangat menenangkan & membahagiakan. Sayang ambik =)

No comments:

Post a Comment