menuju ke tempat yang sama
Sekali lagi kaki aku ni melangkah menuju ke bangi, sebaik je sampai di terminal seremban, dada aku berombak kencang. aku yakin kedatangan aku ke sini bukanlah satu kerelaan, lebih kepada paksaan. mata yang mengantuk kian merembeskan air jernih. hati aku cukup gelisah dan tidak tenang. mana sebenarnya tujuan aku??? jam sudah pun menunjukkan pukul 7.30malam. langit kian gelap, begitulah perasaan dalam diri ini. rasa tidak keruan..
Tiba-tiba aku diserang penyakit "homesick". rindunya pada mak dan abah. rindu pada rumah. rindu pada bantal spongebob. rindu semuanya. bila memikirkan aku berada jauh dari rumah, hatiku sangat sedih. namun dengan berbekalkan kudrat yang masih berbaki ini, aku gagahi juga. jauh di sudut hati ini, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
sampai bila aku harus lari dari kenyataan dan adakah aku akan sedar segala kesilapan yang telah aku lakukan ini?
No comments:
Post a Comment