Pengalaman di PD
Nak cerita apa ek malam ni???
Hmmm... teringat 1 peristiwa kat PD bulan lepas, rasanya selepas aku tamat PALAPES 2010, aku tak pernah lagi mengalami suatu pengalaman yang sangat pahit sampailah pengalaman yang aku dapat kat PD baru-baru ni.. Bagi aku, semua tu adalah hukuman dari Tuhan atas kesalahan hambaNya.
Pengalaman ditimpa bencana alam seakan-akan Tsunami adalah suatu yang tak boleh aku lupakan.. semua ni terjadi masa kami sedang berkelah kat pantai PD.. perkelahan tu dah lama kami rancang, semua diatur dengan cukup rapi, lengkap dengan pelbagai 'game' dan 'barbeque'... tapi itulah manusia, hanya mampu merancang tapi sebaik2 perancang adalah Allah SWT..
Aku selaku ketua program pastinya lebih merasa terkejut, kerana dengan sekelip mata semuanya musnah.. masa tu jam menunjukkan pukul 11mlm.. time tu baru nak makan malam, semua dah sampai masa tu, ada lah dalam 12orang.. aku baru je letak ayam kat pinggan tiba2 angin datang.. masa tu angin tak kuat lagi.. dari jauh kedengaran macam bunyi hujan.. semua mengagak hujan kejap lagi datang.. dan tekaan tu memang tepat.. xsempat nak kemas apa2, angin yang dipenuhi pasir (seolah2 ribut pasir) menyerang kami.. hujan mulai lebat.. masa tu masing2 bangun dan menuju ke khemah.. khemah nak terbang dan kami kena pegang supaya tak terbang.. memang terlalu kuat angin masa tu.. tambah dengan hujan... dan masa tu aku teringatkan henpon aku...
Baru aku teringat yang henpon aku tak ada pada aku masa tu.. last aku tengok ia kat tikar sebelah chepah.. sebelum nak makan diorang guna henpon aku suluh makanan (henpon ada torchlite la katakan)hehehe... aku pergi cari kat tikar tu, tapi tak ada.. dahlah ada angin penuh dengan pasir, mata tak boleh tengok dengan jelas.. aduh.. aku mula sedih..
Dan akhirnya aku menangis... kalau difikirkan kenapa perlu aku menangis hanya kerana henpon murah itu?? atau aku berasa sangat takut dalam situasi itu??? macam2 yang aku pikir time tu.. takut,rasa bersalah, rasa berdosa, sedih dan macam2 lagi la yang aku rasa... yang kelakarnya, aku paling tua dan aku sorang je yang menangis..hehehe.. masa gelabah tu, chepah bagitahu yang henpon aku ada pada dia..hehe.. alhamdulillah.. tapi aku masih menangis... syukur ada zafirah (kawan yang baru aku kenal beberapa jam yang lepas) dia memeluk aku dan menenangkan aku..kelakarnya..hehehehe...
Bila hujan dah mula reda, angin pun dah okey kami cari tempat berteduh.. dalam pukul4pagi, hujan dah berhenti.. dan masa tu kami check khemah...semuanya basah...terlupa yang aku ada simpan laptop dalam beg.. alhamdulillah semuanya okey.. cuma baju tak sempat nak diselamatkan.. kebetulan pulak esok harinya (ahad) aku kena balik johor, pergi rumah makcik.. dan isnin kena pergi putrajaya..ada urusan sedikit.. betapa serabutnya kepala ni..huhuhu...
Malam tu aku tidur beberapa jam je.. esok pagi bangun kemas2 khemah, mandi bersihkan badan dan kemudian bergerak balik.. aku singgah di perhentian bas seremban.. dengan memakai tracksuit dan tshirt je aku balik johor..hehehe.. cukup kelakar.. nasib baik dah malam masa tu..
Masa malam kejadian tu, aku menggigil kesejukkan.. dan esoknya aku terasa rahang mulut belah kiri sakit, tak boleh nak nganga mulut besar2.. 2minggu aku tak boleh makan dengan sempurna... tak tahu la kenapa jadi macam tu.. sekarang dah ok dah..hehehe..
Itulah pengalaman hidup yang boleh dikatakan sangat pahit untuk tahun ini... semua tu sebagai ingatan kepada hambaNya yang selalu lupa.. terlalu asyik bersuka ria.. tak sedar malang tu tak berbau.. =)
No comments:
Post a Comment