ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Friday, June 15, 2012

dikejar BERUK ;(



Hari ini dapat merasa 1 pengalaman baru...memang xboleh nak digambarkan macam mana perasaan ketika itu, tapi syukur xda pape yang berlaku...hehehe.. pengalaman dikejar beruk adalah 1pengalaman yang sangat berharga walaupun sangat pahit..kihkihkih..

Petang tadi jenjalan dengan naim & jatt, sebelum tu nak bagitahu ukm ni memang terkenal dengan pelbagai jenis binatang..& paling glamour ialah beruk.. tengah jalan2 ni, tiba2 ada sekor beruk tengah berlari ke arah kami ni.. kami pun apalagi terus langkah pokok bunga dan lari melintas jalan.. nasib baik masa tu xda kenderaan yang lalu, kalau ada memang la nasib la kena langgar..huhuhu...

Lepas melintas jalan, kami terus lari menuju ke fssk, tapi tak sangka pulak kat tepi bangunan fssk tu ada sekor lagi beruk tengah tunggu kami.. sebaik je nampak muka beruk yang agak bengis tu lari ke arah kami, kami terus belok ke arah kanan...hehehe.. memang lawak sangat la situasi tu... time aku tengah lari, sempat toleh ke kiri.. "owh si beruk ni tengah kejar naim & jatt la, baik aku stop je lari" ni la yang aku pikir time tengok beruk tu kejar diorang.. kebetulan ada pokok, jadi boleh la aku sembunyi blakang pokok tu.. sekali aku berhenti betol2 tepi beruk tu dan kat situ xda pulak pokok yang nak cover aku.. "cis salah port la pulak.. mati la aku" siyes aku cuak, sebab bila aku stop lari, beruk tu pun stop jugak..sempat pulak dia jeling aku.. then kejar aku pulak...hehehe

Bayangkan lah aku yang dah lama xberlari ni tiba2 kena lari dengan cara terpaksa... giler semput..masa beruk kejar tu, aku memang dah pikir macam2 la.. nasib baik dia pegang kaki aku je, memang rasa la dia sentuh.. alhmadulillah beruk tu tak serang giler2..huhuhu.. 

Kejap je beruk tu kejar, lepas tu hilang kemana entah.. huhuhu.. syukur sangat sebab tak kena apa2.. kalaulah beruk tu serang dengan ganas, entah apa jadi la kat kami.. aku rasa lepas ni aku dah fobia dah nak dekat2 dengan golongan diorang tu.. selama ni selamba je lalu, kali ni kenapa entah menggila semuanya..hehehe..

Apa-apa pun, semua tu adalah pengalaman yang sangat berharga..hehehe nice moment ;)

No comments:

Post a Comment