ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Tuesday, January 17, 2012

4 faktor kebahagiaan


Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya : Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan kepada manusia iaitu yang pertama isteri yang solehah (termasuk suami yang soleh), yang kedua jiran yang baik (termasuk rakan sekerja, jiran tetangga), yang ketiga tempat tinggal yang baik dan keempat kenderaan yang baik. 
Hadis riwayat Ibnu Hibban

Kehidupan yang bahagia bukanlah semata-mata terletak kepada 4perkara di atas, namun apa yang baginda Rasulullah nyatakan di dalam hadis tersebut hanyalah sebagai keutamaan.

Mengapa Rasulullah meletakkan isteri solehah sebagai urutan pertama dalam menentukan kebahagiaan? Ini kerana isteri yang solehah yang baik akan memberikan ketenangan kepada si suami. 

Allah talah mencatatkan mengenai sifat isteri yang solehah dalam kitab suci Al-Quran dalam surah An-Nisa' ayat ke 34 yang bermaksud : " Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

Selain isteri yang baik/suami yang baik, jiran juga perlu diambil perhatian. Apabila memiliki jiran atau sahabat yang baik, maka kehidupan akan bertambah gembira dan bahagia. 

Sifat jiran yang baik antaranya dermawan, tolong menolong, memberi perhatian, bertolak ansur dan banyak lagi. Jiran yang baik tidak akan menggangu sama ada dari segi lisan, perbuatan ataupun ucapan. 

Tempat tinggal juga sangat penting dalam menentukan kebahagiaan. apabila tempat tinggal cantik, bersih dan sempurna maka kebahagiaan akan datang kepada penghuninya, namun ianya mesti disertai dengan hati yang tenang dan gembira. 

Jika hati tidak tenang, maka kebahagiaan itu tidak akan datang walaupun memiliki tempat tinggal yang baik. Dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 80, Allah telah berfirman  yang bermaksud : " Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan)."

Kenderaan yang baik antara faktor mendapatkan kebahagiaan kepada manusia. Telah disifatkan manusia memang suka kepada kebendaan, kenderaan satu keperluan yang penting. kenderaan yang baik akan membawa manusia ke suatu tempat dengan selamat. sedangkan kenderaan yang tidak baik, rosak dan buruk tidak akan menjamin keselamatan kepada penumpang di dalamnya.

Namun, harus diingat, segala kebendaan yang mendatangkan kebahagiaan ini janganlah djadikan sebagai raja dan sanggup meninggalkan perkara yang wajib hanya semata-mata sebuah kenderaan. jadikanlah kenderaan tersebut sebagai jalan menuju kebaikan. janganlah dibawa ke tempat-tempat yang maksiat dan menyekutukan Allah. 



No comments:

Post a Comment