kakiku bengkak ;(
Yuhuu semua,
Ada tak sesiapa kat luar sana yang pernah mengalami kaki membengkak? walaupun bengkak, tapi tak ada rasa sakit. baru2 ni aku mengalami situasi macam tu. sebelum ni memang aku pernah mengalami macam tu, tapi hanya bahagian belakang kaki je yang bengkak. iaitu kawasan atas tumit kaki. baru2 ni seluruh kaki iaitu dari betis ke tapak kaki semua membengkak. masa tu aku stay kat hospital, tidur pun faham2 jela, kat kerusi jela. bilik pulak air-cond. pagi2 aku berjalan dah rasa lain macam, rasa macam kebas2 je. bila aku perhati betol2 kaki aku, rupanya bengkak. memang kelakar! (,")
Aku tunjuk kat mak, mak kata kelakar sangat, macam kaki doremon, serius! hahaha.. mak aku kata maybe sebab aku tidur kaki kat bawah je, darah maybe xjalan. lagipun xda la sampai sakit. cume rasa macam kebas dan sedikit tak selesa. esoknya baru bengkak kaki aku reda sikit. aku biarkan je, rasa macam best pulak, cute je aku tengok kaki aku. bayangkanlah badan aku kecik tetibe betis aku gemok, xke lawak tu??hehehe. tapi ayah aku risau, sebab takut ada pape, lagipun peluh aku menjadi-jadi pulak sejak kebelakangan ni. dulu tangan je, sekarang tapak kaki pulak, macam2 la. tu yang ayah risau tu. sekarang ni pun aku masih berhati2 dalam menggunakan kaki aku ni. takut bengkak balik, sebab bila aku tekan betis ni ada rasa sakit. cuak pulak. hehe
Hope nye xda apa2 la ye, lama lagi nak guna kaki ni, apa yang diminta agar sihat tubuh badan, bersyukur atas segala yang Tuhan beri pada aku, baik ke buruk ke semuanya ada rahmat.. betol tak??hehehe (,")
No comments:
Post a Comment