ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Wednesday, July 4, 2012

Hidayah Allah



Satu petang ketika ondaway nak balik rumah dari JB, aku mendengar radio IKIM, memang kebiasaan bila naik kereta dengan abah kami akan dihidangkan dengan halwa telinga dari stesyen radio IKIM. Kebetulan petang tu sesi bersama seorang ustaz, aku tak pasti apa nama ustaz tu sebabnya masa tu aku leka makan kopok..hehehe.. aku nak share 1cerita tentang seorang wanita, wanita ni buat panggilan kat IKIM, nak story tentang masalah dia kat ustaz tu. kebetulan masa tu aku dengar dengan khusyuk dan pertama kali aku dengar cerita yang cukup menyentuh hati kat ikim, dan aku pasti bukan aku je yang rasa terharu tapi DJ dan ustaz tu pn rasa apa yang aku rasa.

Ceritanya macam ni..

Wanita tu aku gelar dengan Pn.Aishah.. dia luahkan tentang masalah dia yang berhadapan dengan suaminya.si suami ni dah pn convert Islam. Kalau tak silap aku, agama asal husband dia, kristian. Pn. Aishah ni bagitahu dia dah tak tahu nak buat macam mana dengan suami dia, suami dia ni langsung tak nak sembahyang, kalau isteri dia mengaji dia marah, dia langsung tak mahu dengar cakap isteri dia tentang islam. Jadi Pn. Aishah tekad buat solat istikharah supaya Tuhan tunjukkan samada si suami ini masih Islam atau pun dia dah kembali kepada agama asalnya, dah banyak kali dia buat solat istikharah, dan dia dapat petunjuk sebanyak 3kali. Petunjuk tu terang2 menunjukkan yang suaminya tidak lagi beragama Islam. Pn. Aishah rasa berdosa bila buat macam tu, dia dah banyak minta nasihat kat ustaz2, tapi semua minta dia bersabar dan banyakkan berdoa. Dia juga dah ke pejabat agama, namun tiada respon yang diterima. Pn. Aishah mohon ustaz tersebut bantu dia dalam menghadapi masalah tersebut.

Mungkin bagi sesapa yang baca, memang la tak rasa apa2 kan, tapi masa aku dengar dia bercerita, memang sangat menyedihkan… dengar sebijik2 apa yang dia cakap..kemudian dia menangis.. lepas je dia abis cerita, DJ dan ustaz tu terdiam sekejap, mungkin diorang pun rasa terharu. Dan ustaz tu cakap, “bagi sesiapa yang sedang mendengar IKIM ketika ini, tak kira la sama ada sedang memandu ke apa, sama2 la kita berdoa untuk Pn. Aishah supaya dia tabah dalam menghadapi ujian Allah ini”.. memang meremang bulu roma masa tu..

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui tiap apa yang tersembunyi, yang Maha Mengasihi hambanya dengan memberikan ujian yang maha dahsyat…

Serba sedikit ulasan dari ustaz tu,
  1. Allah menguji Pn. Aishah melalui suaminya, dengan cara begitu, Pn. Aishah semakin dekat dengan Penciptanya. Semakin dia merintih dan bermunajat kepadaNya.
  2. Pn. Aishah perlu menajamkan lagi doanya, lebihkan usaha supaya si suami terbuka hati untuk berubah.
  3. Dalam kes begini, si isteri perlu menjadi contoh tauladan yang baik kepada si suami, bila suami melihat isteri menunjukkan sikap dan sifat yang terpuji maka dengan izin Allah suami akan tergerak hati untuk berubah.
  4. Dalam melakukan solat istikharah, perlulah mempunyai ilmu untuk melaksanakannya. Tidak semua mimpi itu merupakan tanda yang benar. Pn. Aishah perlu yakin andai Allah menghendaki mereka kekal bersama, insyaAllah suatu hari nanti pasti terbuka hati si suami untuk berubah, tapi kalau jodoh mereka hanya setakat itu, berdoalah supaya dia menemui jalan yang benar suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment