Perginya seorang sahabat
Minggu ni rasa down sangat2, banyak perkara yang sedey menimpa diri ini.. semalam dapat tahu seorang sahabat telah meninggal dunia.. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. walaupun perkenalan dengan sahabat tu sekejap sangat tapi sesungguhnya rasa bertuah dapat mengenali seorang yang baik.. terlalu baik.. kerana kebaikannya lah, Allah menjemput dia terlalu awal menemuiNya...
Sahabat tu meninggal dunia di bumi Cairo, amat jauh beribu batu dari tanah air.. dia eksiden dan kemudian koma beberapa hari.. tak lama lepas tu meninggal dunia.. jenazah dia tak bawa pulang pun ke sini.. semuanya diuruskan di sana.. dan alhamdulillah dia selamat dikebumikan di sana...moga dia dipermudahkan segala urusan bersama para Malaikat yang sedang menanti rohnya.. moga dia bersama2 orang2 yang soleh, yang beriman.. moga al-Quran akan membantu dia terlepas dari segala azabNya..dan moga tempat dia di syurga Allah..Amin..
No comments:
Post a Comment