kasih sayang Allah
Alhamdulillah masih diberi peluang menaip di laman blog ini.. masih diberi peluang menghirup udara, masih boleh makan... berjalan dan macam2 lagi..dan semua itu adalah antara 1001 nikmat yang tak terhidung dek jari... nikmat dari Allah..
Aku rasa bersyukur sebab blog banyak sangat membantu.. mungkin aku tak pandai mengadu dan bercerita pada orang lain, tapi melalui tulisan aku rasa lebih selesa.. aku dapat luahkan macam2.. dapat meluahkan segalanya.. dan itulah yang dilakukan oleh mostly blogger... diorang jadikan blog sebagai diari kehidupan. buku harian..segalanyalah..
Aku, sorang yang terlalu nipis imannya.. terlalu lemah semangat.. dan cepat putus asa.. mungkin ada yang menyangka aku lah insan yang sering bernasib malang.. Setiap manusia memang dah ditulis rezekinya, takdir hidupnya.. segalanya telah ada.. tersedia.. namun siapalah aku ini..cuma manusia biasa.. bukan nabi bukan malaikat... adakalanya aku tak mampu nak lalui semua ujian itu..
Usia aku bukan kanak2 lagi.. terlalu waras untuk fikir, bahawa tiap ujian yang Allah bagi walaupun sebesar zarah adalah tanda Dia tak pernah lupakan hambaNya.. tanda Dia sayangkan hambaNya.. tanda Dia memberi peringatan.. kerana aku manusia sering lupa, sering bersangka buruk.. maka bersyukurlah, kerana Allah sentiasa memberi peringatan..
Dan aku sedar, tiap ujian yang diberi olehNya, pasti ada hikmah yang menanti.. tiap sakit yang Allah beri pasti akan ada penawarnya.. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang..
No comments:
Post a Comment