ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan al Mubarak datang lagi =)



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan al mubarak.. Bulan yang sentiasa di nanti, mudah2an ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya insyaAllah.. 


Banyaknya kelebihan masa bulan puasa ni.. korang baca la kat atas tu..hehehe

Dulu masa kecik, kalau nak masuk bulan puasa je kitorang sekeluarga mesti pergi makan kat kedai.. memang seronok la.. mungkin niat abah nak bagi kitorang rasa semangat bila nak puasa..dan puasa penuh..hehehe.. 

Bila dah besar ni semuanya berubah, kitorang sekeluarga jarang dah sahur & berbuka bersama.. paling aku ingat masa bulan puasa tahun lepas, masa tu aku dengan abah je kat rumah, mak stay kat sg.rengit.. kalau time sahur, rasa lintang pukang pulak.. kadang aku kejut abah, kadang tu abah kejut aku..kadang tak bangun terus..heheh.. padahal mak dah pesan dah, aku yang bertugas kejutkan abah.. biase la, anak dara mesti la lebih rajin..hahaha

kalau time buka, aku jarang ada kat umah, sebab masa tu aku keje kat kedai kek.. so biasanya balik lewat sikit.. kalau aku balik pun, aku terpaksa buka sorang sebab abah buka kat masjid xpun pegi kenduri.. kalau nak diikutkan la, tahun lepas la puasa paling tak best..huhuhu..

Harapnya tahun ni best la puasa kat umah.. kali ni mak ada.. cuma adik je tak ada. hehehe.. tak kisah la semua tu, yang penting nak puasa dan buat ibadah dengan terbaik.. insyaAllah.. =)

Jom sesama kita meriahkan bulan ramadhan tahun ini dengan puasa yang sempurna dan ibadah yang berganda.. 

Aku Terjah! aku Follow! Apakah Itu?




Terjumpa 1blog ni,
empunya kepada 
Nur Khairul Azizi Mohamad


Beliau tengah buat segmen 
AKU TERJAH! AKU FOLLOW! APAKAH ITU?

Jom la join ramai2
simple & mudah
tak perlu penat2 pun
hehehe

mudah-mudahan dapat ramai kawan
yeahh!!!! =)

nak tag sape yek???

cik chillie
cik deary ain
cik natasha

join jom..jangan tak join.. ;p

Wednesday, July 18, 2012

Segmen Bloglist by Enna_Maggi




Haiyaiii u olls
ni nak habaq kat blogger sume2
jom la join
SEGMEN BLOGLIST by ENNA_MAGGI


hadiah sangat menarik 
jangan lupa join keyh.. ;)

Sunday, July 15, 2012

kasih sayang Allah




Alhamdulillah masih diberi peluang menaip di laman blog ini.. masih diberi peluang menghirup udara, masih boleh makan... berjalan dan macam2 lagi..dan semua itu adalah antara 1001 nikmat yang tak terhidung dek jari... nikmat dari Allah.. 

Aku rasa bersyukur sebab blog banyak sangat membantu.. mungkin aku tak pandai mengadu dan bercerita pada orang lain, tapi melalui tulisan aku rasa lebih selesa.. aku dapat luahkan macam2.. dapat meluahkan segalanya.. dan itulah yang dilakukan oleh mostly blogger... diorang jadikan blog sebagai diari kehidupan. buku harian..segalanyalah.. 

Aku, sorang yang terlalu nipis imannya.. terlalu lemah semangat.. dan cepat putus asa.. mungkin ada yang menyangka aku lah insan yang sering bernasib malang.. Setiap manusia memang dah ditulis rezekinya, takdir hidupnya.. segalanya telah ada.. tersedia.. namun siapalah aku ini..cuma manusia biasa.. bukan nabi bukan malaikat... adakalanya aku tak mampu nak lalui semua ujian itu.. 

Usia aku bukan kanak2 lagi.. terlalu waras untuk fikir, bahawa tiap ujian yang Allah bagi walaupun sebesar zarah adalah tanda Dia tak pernah lupakan hambaNya.. tanda Dia sayangkan hambaNya.. tanda Dia memberi peringatan.. kerana aku manusia sering lupa, sering bersangka buruk.. maka bersyukurlah, kerana Allah sentiasa memberi peringatan.. 

Dan aku sedar, tiap ujian yang diberi olehNya, pasti ada hikmah yang menanti.. tiap sakit yang Allah beri pasti akan ada penawarnya.. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang.. 

Friday, July 13, 2012

Perginya seorang sahabat



Minggu ni rasa down sangat2, banyak perkara yang sedey menimpa diri ini.. semalam dapat tahu seorang sahabat telah meninggal dunia.. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. walaupun perkenalan dengan sahabat tu sekejap sangat tapi sesungguhnya rasa bertuah dapat mengenali seorang yang baik.. terlalu baik.. kerana kebaikannya lah, Allah menjemput dia terlalu awal menemuiNya... 

Sahabat tu meninggal dunia di bumi Cairo, amat jauh beribu batu dari tanah air.. dia eksiden dan kemudian koma beberapa hari.. tak lama lepas tu meninggal dunia.. jenazah dia tak bawa pulang pun ke sini.. semuanya diuruskan di sana.. dan alhamdulillah dia selamat dikebumikan di sana...moga dia dipermudahkan segala urusan bersama para Malaikat yang sedang menanti rohnya.. moga dia bersama2 orang2 yang soleh, yang beriman.. moga al-Quran akan membantu dia terlepas dari segala azabNya..dan moga tempat dia di syurga Allah..Amin..

Wednesday, July 11, 2012

hina sangatkah???



Malam semalam aku rasa sedey tapi tak tahu kenapa, 
rasa nak nangis tapi tak tahu apa sebabnya,
rasa tak sedap je hati ni, 
rasa tak bermaya,


Jiwa kacau je sepanjang hari hinggalah ke malam,
dan tak lama aku on fb adik aku chat,
panjang sungguh mesej yang dia bagi,
macam2 dia cerita pasal si hazeeq,
ex boifren dia dulu,
hmmmmm...

bila aku bace apa yang adik aku bagi tu,
memang rasa nak bagi pelempang je kat mamat hazeeq tu,
rasa nak tumbuk pastu nak sepak terajang je,
aku memang tahu diorang clash sebab isu politik,
parent ak dengan parent si hazeeq tu masing2 berlainan parti,
jadi hazeeq nekad nak clash ngan adik aku,
aku tak tahu la, maybe parent hazeeq nakkan menantu yang se'parti' dengan diorang,
parent aku pulak steady je kot,
selama ni tak pernah pulak ayah aku komplen pasal ni,
inilah masalah kalau kepala dah diracuni dengan unsur2 yang tak sepatutnya,
sempitnya pemikiran!!

rupanya bukan tu je yang dia persoalkan,

kalau korang semua nak tahu,
mak aku memang ada kanser,
kanser apa???
kanser payudara,
aku dengan adik aku tak pernah malu atau takut bila menghadapi situasi tu,
tapi hazeeq sangat takut kalau dia berkahwin dengan seorang gadis 
yang ada kemungkinan nak kena penyakit tu,
dan dia tak mahu bakal isteri dia seorang yang berpenyakit,
aku dengar pun rasa marah dan geram yang TERAMAT SANGAT!

salah kami ke???
kami tak berhak rasa bahagia ke???
kami tak layak berkawan dengan sesiapa ke???

kalau ada la orang pikir sama macam hazeeq pikir,
better dia masuk sekolah balik,
sekolahkan balik kepala yang dah bengong tu,
belajar balik subjek moral,

kalau tak mahu berkawan atas alasan itu,
diam2 jela, tak payah menyakitkan hati orang,
mungkin itu lebih baik,

untuk lelaki bernama hazeeq tu,
dia hina adik aku, sama je dia macam hina aku,
dan bila dia libatkan parent aku yang tak tahu apa2 tu,
lagilah aku tak boleh terima,
so, janganla jadi macam lelaki bernama hazeeq tu.

sekian! =)

Monday, July 9, 2012

Istikharah Cinta by Sigma



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

Sunday, July 8, 2012

benci pedas!!



Lemahnya badan hari ini, rasa lembik je, malam tadi tak dapat tido.. sakit sangat perut ni.. dalam pukul 5 terjaga sebab sakit perut.. baru je lelap tu.. huhuhu.. sekarang ni tak boleh makan pedas, walaupon megi mesti sakit perut dan lepas tu c&*%t-b^&*t..huhu.. aduh.. =(

Yang aku pelik, selera makan hilang terus, walaupun rasa lapar masalahnya tekak aku tak rasa nak makan.. hmmm... macam mana ni??? sakitkah aku?? entahlah... =(

Friday, July 6, 2012

Bahagiakan diri



Bangun je pagi ni ada je benda yang buat aku stress, cuba bangun tido tu ada yang menggembirakan.. aisshhh!! mula la ni nak mengeluh.. Ermmm, bukan nak ngeluh laa.. cuma nak lepaskan geram.. aku tak tahu nak lepas kat sape, nak tumbuk dinding karang tangan aku berdarah pulak..hehehe

Rasa nak kawin membuak2 pulak, yelah senang apa kalau ada husband ni.. celik je mata tengok ada suami di sisi, kan sejuk je mata memandang.. xda la bangun terus angin satu badan..hahaha.. sekurang2nya kalau angin pun ada suami tlg redakan..tol x??hehehe


Senang aje cakap nak kawin, kawin bukan perkara yang senang.. walhal kawin tu sepatutnya mudah, tapi zaman sekarang buat ia teramatlah susah.. 
apa pulak ni kita ngomel pasal kawin..xbest la.. semua ni berpunca dari stress la ni.. =)

Tak kira la apa pun perkara yang berlaku, apa pun benda yang kita tak suka,
buat-buat jela suka.. buat-buat macam tak berlaku..
kan senang.. relax & cool 
tak ada benda dalam dunia ni yang tak boleh diselesaikan kecuali satu perkara
mati.. itu je perkara yang tak boleh nak dielakkan.. 

Berfikir tentang mati adalah motivasi paling terbaik
sebab bila fikir mati, automatik kita akan buat semua benda dengan terbaik
nak jumpa dengan Pemerintah Agung bukan main-main beb
kalau kat dunia ni nak jumpa lec, nak jumpa bos pun takut-takut
apa lagi kalau nak jumpa TUHAN yang menciptakan kita ke dunia.

So, buatlah everything tu dengan baik dan ikhlas
sebab tak sia-sia kalau buat benda tu dengan ikhlas
Allah pasti akan menjanjikan pahala untuk hambaNya,

Alhamdulillah..hilang sikit stress dalam kepala ni
luahkan la apa pun yang kita rasa nak luah
asalkan ianya berfaedah
ilal liqa' =)

Thursday, July 5, 2012

Syaaban Bulan Mulia





Sesungguhnya Islam telah pun menawarkan pelbagai cara untuk memperolehi ganjaran yang teramat lumayan dari Allah S.W.T, hanya dengan usaha dan kesungguhan mereka inilah yang akan memperolehi bukan sahaja kebaikan malah rahmat yang berlipat kali ganda dari Allah. salah satu peluang ialah mengumpul sebanyak mungkin pahala dan kebaikan dari bulan-bulan tertentu yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Bulan syaaban antara bulan yang penuh barakah.. kalau mahu dihitung segala kelebihan dan fadilat bulan mulia ini pastinya tidak terhitung oleh manusia. sesungguhnya Allah telah pun menyediakan jambatan yang mudah untuk ke syurga namun manusia tidak menyedarinya. 

Sabda Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Antara amalan yang digalakkan dalm bulan syaaban ini ialah berpuasa. puasa boleh dikatakan antara amalan yang sukar kerana ianya menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi seseorang itu. walau bagaimanapun, ini antara amalan yang banyak ganjaran jika melakukannya. Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bukan sahaja puasa, malah doa orang-orang yang beriman juga akan dimakbulkan oleh Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba', orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.

"1st GiveAway Cik Balqis"




Perhatian!! Perhatian!!
Kepada semua rakyat jelata yang ada blog, jom lah sesama join this GiveAway,
Cik Balqis yang comey ni mesti tersangat gumbira kalau korang sudi join,

Hadiah memang best so jangan tunggu lagi, 
click je banner kat atas tu,
hehehe... ;p

Wednesday, July 4, 2012

Waktu doa mustajab



Ada waktu yang tertentu doa kita mustajab, ketahuilah waktu-waktu itu dan janganlah mensia-siakan kesempatan itu untuk memohon doa kepadaNya. 

1. Waktu sepertiga malam yang akhir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya  berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.
(HR Bukhari dan Muslim)

2. Ketika berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.
(HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu.

“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu”
 (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud.

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”.
 (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika malam Lailatulqadar.

“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” 
(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika hari Arafah.

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara azan dan iqamah.

“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika hujan. 

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)


Hidayah Allah



Satu petang ketika ondaway nak balik rumah dari JB, aku mendengar radio IKIM, memang kebiasaan bila naik kereta dengan abah kami akan dihidangkan dengan halwa telinga dari stesyen radio IKIM. Kebetulan petang tu sesi bersama seorang ustaz, aku tak pasti apa nama ustaz tu sebabnya masa tu aku leka makan kopok..hehehe.. aku nak share 1cerita tentang seorang wanita, wanita ni buat panggilan kat IKIM, nak story tentang masalah dia kat ustaz tu. kebetulan masa tu aku dengar dengan khusyuk dan pertama kali aku dengar cerita yang cukup menyentuh hati kat ikim, dan aku pasti bukan aku je yang rasa terharu tapi DJ dan ustaz tu pn rasa apa yang aku rasa.

Ceritanya macam ni..

Wanita tu aku gelar dengan Pn.Aishah.. dia luahkan tentang masalah dia yang berhadapan dengan suaminya.si suami ni dah pn convert Islam. Kalau tak silap aku, agama asal husband dia, kristian. Pn. Aishah ni bagitahu dia dah tak tahu nak buat macam mana dengan suami dia, suami dia ni langsung tak nak sembahyang, kalau isteri dia mengaji dia marah, dia langsung tak mahu dengar cakap isteri dia tentang islam. Jadi Pn. Aishah tekad buat solat istikharah supaya Tuhan tunjukkan samada si suami ini masih Islam atau pun dia dah kembali kepada agama asalnya, dah banyak kali dia buat solat istikharah, dan dia dapat petunjuk sebanyak 3kali. Petunjuk tu terang2 menunjukkan yang suaminya tidak lagi beragama Islam. Pn. Aishah rasa berdosa bila buat macam tu, dia dah banyak minta nasihat kat ustaz2, tapi semua minta dia bersabar dan banyakkan berdoa. Dia juga dah ke pejabat agama, namun tiada respon yang diterima. Pn. Aishah mohon ustaz tersebut bantu dia dalam menghadapi masalah tersebut.

Mungkin bagi sesapa yang baca, memang la tak rasa apa2 kan, tapi masa aku dengar dia bercerita, memang sangat menyedihkan… dengar sebijik2 apa yang dia cakap..kemudian dia menangis.. lepas je dia abis cerita, DJ dan ustaz tu terdiam sekejap, mungkin diorang pun rasa terharu. Dan ustaz tu cakap, “bagi sesiapa yang sedang mendengar IKIM ketika ini, tak kira la sama ada sedang memandu ke apa, sama2 la kita berdoa untuk Pn. Aishah supaya dia tabah dalam menghadapi ujian Allah ini”.. memang meremang bulu roma masa tu..

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui tiap apa yang tersembunyi, yang Maha Mengasihi hambanya dengan memberikan ujian yang maha dahsyat…

Serba sedikit ulasan dari ustaz tu,
  1. Allah menguji Pn. Aishah melalui suaminya, dengan cara begitu, Pn. Aishah semakin dekat dengan Penciptanya. Semakin dia merintih dan bermunajat kepadaNya.
  2. Pn. Aishah perlu menajamkan lagi doanya, lebihkan usaha supaya si suami terbuka hati untuk berubah.
  3. Dalam kes begini, si isteri perlu menjadi contoh tauladan yang baik kepada si suami, bila suami melihat isteri menunjukkan sikap dan sifat yang terpuji maka dengan izin Allah suami akan tergerak hati untuk berubah.
  4. Dalam melakukan solat istikharah, perlulah mempunyai ilmu untuk melaksanakannya. Tidak semua mimpi itu merupakan tanda yang benar. Pn. Aishah perlu yakin andai Allah menghendaki mereka kekal bersama, insyaAllah suatu hari nanti pasti terbuka hati si suami untuk berubah, tapi kalau jodoh mereka hanya setakat itu, berdoalah supaya dia menemui jalan yang benar suatu hari nanti.

Monday, July 2, 2012

Selamat pengantin baru TIKA NANI




We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuumwalanaa
Allah bariklahuma
Allah addim hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir
SELAMAT PENGANTIN BARU KHAS BUAT ATIKAH HANANI  & SUPANDI

Alhamdulillah..seorang lagi kawan baikku dah berumahtangga, bersama pilihan hati..Alhamdulillah.. Moga kalian bahagia ke akhir hayat.. tika, kawan ketika aku mula melangkah ke alam tingkatan..sejak dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 aku tak pernah berpisah dengannya.. ke maahad johor hinggalah ke UKM.. dia setia bersama aku.. tapi masa depan dia jauh lebih baik dari aku.. itulah atikah hanani.

Maaf sangat sebab tak dapat datang ke majlis kamu, keadaan tak mengizinkan aku untuk pergi.. doa aku moga kalian melayari bahtera rumahtangga dengan penuh sabar dan ikhlas.. moga syurga untuk kalian berdua.. Amin.. 

pilu!



Astagfirullah....mohonlah keampunan selagi nyawa di kandung badan..

Hari ini mata kecil aku menangis, merah sangat.. aku xsangka, mesej adik aku bakal mengundang sedih, entah apa yang adik aku cakap sampai aku rasa terlalu sedih.. tak berhenti air mata ini mengalir..aku lari ke toilet, makin laju air mata ni mengalir.. aku menangis sepuasnya..


Aku keliru.. sangat keliru... maafkanlah aku..mungkin aku pentingkan diri sendiri.. lupa apa yang wajib aku buat.. aku cuma nak bagitahu dia, bila kita buat sesuatu perkara yang kita TAK NAK buat tapi dalam masa yang sama kita TERPAKSA jugak buat, Allah je tahu betapa sukarnya untuk melakukannya. 

Mudahnya mata ni menangis hari ni...tengah menaip pn masih lagi mengalir laju... maafkan aku mata, aku dah banyak membazir.. =)