ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Sunday, April 1, 2012

ambik kena basuh lagi


Again!! Argghhh sedikit terkilan bila cium ambik ni berbau sabun.. ari isnin aku keluar dengan adik, pergi batu pahat.. teman si adik ni beli tiket.. lama jugak la kami berfoya2..hehe.. keluar rumah dalam pukul 11lebih, mula2 singgah bank BSN, adik uruskan ape entah... lepas tu terus ke batu pahat.. lepas tu singgah beli barang.. jalan punya jalan.. dah pukul2 ptg.. abah dah call tanya bila nak balik..kihkihkih..

Adik ni nak singgah UTHM pulak, masuk la sekejap, solat zohor then cari kedai makan.. dah lapar sangat perut.. tengah cari kedai makan kat pt.raja tu sikit lagi nak langgar tiang lampu.. fuhhh nasib baik tak ada pape.. bila dah jumpa kedai makan,kami masuk dan terus duduk.. ingat ada makanan goreng2, rupenya xstart lagi.. dahla dah duduk.. bengang pulak.. apa lagi, bangun dan terus blah.. sempat la akak kat kedai tu tanya "kembar ke? muka sama la"...hehehe... dah biasa dah soklan macam tu.. ;)

Nampak KFC, adik kata makan kfc jela,, lapar sangat ni... ok jela.. makan tak sampai 15mnt.. punya la cepat..hehehe.. dah pukul berapa dah masa tu, takut nanti abah call lagi. dahla nak singgah cuci kereta.. aduh mesti tak sempat... ayam aku seketul xmakan lagi ni.. adik aku sumbat dalam handbag aku...hahaha.. ape la...

Sebenarnya nak cerita pasal ambik aku ni... hmmm bila sampai rumah je, aku masuk bilik dan macam biasa la, aku capai ambik dan cium.. dan dengan muka tak berapa nak terkejut aku keluar bawak kain batik tu tunjuk kat my dad.. abah kata bukan dia yang basuh.. tunjuk kat mak, pun tak mengaku.. tapi aku rasa abah aku yang basuh... sebab sebelum ni pun dia yang selalu curi2 basuh..hehehe

Dan sekarang ambik aku berbau sabun... tak best la... bila la nak hilang bau tu... rasa hilang bahagia ;p

No comments:

Post a Comment