ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Sunday, April 1, 2012

ambik kena basuh lagi


Again!! Argghhh sedikit terkilan bila cium ambik ni berbau sabun.. ari isnin aku keluar dengan adik, pergi batu pahat.. teman si adik ni beli tiket.. lama jugak la kami berfoya2..hehe.. keluar rumah dalam pukul 11lebih, mula2 singgah bank BSN, adik uruskan ape entah... lepas tu terus ke batu pahat.. lepas tu singgah beli barang.. jalan punya jalan.. dah pukul2 ptg.. abah dah call tanya bila nak balik..kihkihkih..

Adik ni nak singgah UTHM pulak, masuk la sekejap, solat zohor then cari kedai makan.. dah lapar sangat perut.. tengah cari kedai makan kat pt.raja tu sikit lagi nak langgar tiang lampu.. fuhhh nasib baik tak ada pape.. bila dah jumpa kedai makan,kami masuk dan terus duduk.. ingat ada makanan goreng2, rupenya xstart lagi.. dahla dah duduk.. bengang pulak.. apa lagi, bangun dan terus blah.. sempat la akak kat kedai tu tanya "kembar ke? muka sama la"...hehehe... dah biasa dah soklan macam tu.. ;)

Nampak KFC, adik kata makan kfc jela,, lapar sangat ni... ok jela.. makan tak sampai 15mnt.. punya la cepat..hehehe.. dah pukul berapa dah masa tu, takut nanti abah call lagi. dahla nak singgah cuci kereta.. aduh mesti tak sempat... ayam aku seketul xmakan lagi ni.. adik aku sumbat dalam handbag aku...hahaha.. ape la...

Sebenarnya nak cerita pasal ambik aku ni... hmmm bila sampai rumah je, aku masuk bilik dan macam biasa la, aku capai ambik dan cium.. dan dengan muka tak berapa nak terkejut aku keluar bawak kain batik tu tunjuk kat my dad.. abah kata bukan dia yang basuh.. tunjuk kat mak, pun tak mengaku.. tapi aku rasa abah aku yang basuh... sebab sebelum ni pun dia yang selalu curi2 basuh..hehehe

Dan sekarang ambik aku berbau sabun... tak best la... bila la nak hilang bau tu... rasa hilang bahagia ;p

Menginsafi diri


Dah dengar lagu "keinsafan diri"??? lagu yang sangat bermakna, tersentuh hati kecil bila mendengar ianya dialunkan. satu pujian buat insan2 yang menyanyikan dan yang mencipta lagu tersebut, kerana mereka sedikit sebanyak telah mencapai tujuan. Alhamdulillah!!!

Waktu petang macam ni, rasa hiba pulak. rasa mahu menitiskan air mata.. tak tahu la kenapa.. sambil mendengar halwa telinga, sambil tangan ligat menaip.. sendirian.. benci sungguh bila sendirian! Tiba2 teringat kata-kata abah semalam, satu teguran yang sangat terkesan dalam jiwa ini.. ya Allah, jauhnya aku dah berubah, bukan lagi masyitah yang dulu. ya Allah...

Bukan aku tak mahu pulang ke keadaan yang dulu, jauh kat sudut hati ni selalu meminta aku kembali mencari identiti aku yang lama ditinggalkan.. tapi aku tahu, bukan senang aku nak berubah secara tiba2.. tapi aku yakin, aku pasti boleh kerana niat untuk menjadi yang lebih baik sentiasa tersemat dihati ni.. 

Moga2 jalan yang bakal aku lalui dihadapan sana akan dipermudahkan.. moga2 segala rintangan yang akan aku lalui tidak sehebat dugaan 2tahun ini.. dan moganya aku menjadi anak yang solehah, anak yang baik, dan kalau ada rezeki dipanjangkan umur aku ingin merasai hidup berumahtangga dan menjadi isteri terbaik untuk suamiku.. amin ya Rabb...

Bermula disini...aku akan mengembara mencari siapa MASYITAH yang akan menjadi kebanggaan abah dan bondaku..insyaAllah ;)

Keinsafan Diri~Fursan


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi

mak dah selesai operation


Hye semua... rasanya dah bersemak blog aku ni, lama xjenguk..lama jugak x post entry.. last 2weeks aritu sibuk sikit, kena jaga mak kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.. mak kena operation, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. sepanjang duduk berkampung kat sepital tu, dapat la kawan2 baru.. kak noriah, kak lala, kak jojo.. mak cik2 pun ada kawan dengan aku...kihkihkih... 

Paling tak sangka aku boleh jumpa senior aku masa kat sek men dulu.. lelaki la..aku rasa aku tak silap orang..hehehe.. dah jadi doktor sekarang, bukan doktor pelatih la, dah upgrade ckit la beliau tu.. kerja dia akan round pesakit sama ada pagi @ malam.. kalau tak silap nama dia Dr. Hazim.. dan nama glamour dia masa kat SMAKJ ialah pokbe.. aku memang ingat sangat dia sebab dulu dia ni pakwe kapel katil aku...hehehe... selama aku duk kat wad 6B tu, aku nak tegur dia tapi tak terkeluar pulak... dan masa hari last aku kat situ, dia datang round waktu pagi.. dan aku dengan konfiden terus panggil dia.. "Dr..Dr.. Pokbe ea..?? hehehee..." dan dia tersenyum sambil berkata "A'ah..awak sapa? smakj jugak ke??" hehehe...akhirnya aku tak salah orang... tapi perbualan kami sampai situ je sebab ada doktor lain datang dan aku tahu dia segan nak borak dengan aku...hehehe...

Abis cerita pasal pokbe tu.. hehehe.. 

Mak aku dah bertambah sihat, makin berisi la badan mak, selera makan.. sepatutnya mak kena menjalani rawatan radioterapi lepas ni tapi doktor bagitahu kena tunggu result dari makmal.. breast yang kena buang tu kena hantar makmal, untuk ujikaji.. lepas tu baru boleh tahu sama ada kena radioterapi atau kena kimo lagi sekali.. tak pernah aku dengar ada orang kena kimo 2round... biasa sekali je.. maybe sebab kanser mak aku dah merebak kat hati dan paru-paru.. apa-apa pun kena tunggu 2minggu lagi... 

Semoga mak aku cepat sembuh dan pulih macam dulu.. ;)

Friday, March 16, 2012

pagiku ceria kerana tikus


Jam 6.30pg aku dikejutkan dengan suara seseorang,
macam kenal je suara ni,
apa agaknya masalah dia sampai beriya suruh aku bangun,
eh si shariffah ni ngapain la pagi2 buta dia menjerit mintak aku tengokkan mata dia,

Dia kata mata dia ada something,
mengggelembong ada air dalam dia,
pastu dia cerita kaki dia kena gigit dengan binatang,
dan dia pasti binatang tu ialah "TIKUS",

Ish.. biar betol bilik ni ada tikus???
dan kenapa plak dengan mata dia?
mungkin gara2 tikus jugak ke??

hahaha kelakar sangat,
masa aku tengah belek2 mata dia tetibe lalu tikus tu depan kitorang,
tikus tu tengah cari tingkap nak keluar,
kitorang menjerit macam nampak hantu,
hahahahaaha

gemok kot tikus tu,
ish mengarut betol binatang tu,
abis kit kat kena songlap dek binatang tak bermoral tu,
kihkihkih ;p

hilang mengantok aku gara2 si tikus tu,
fuhhh memang nak kena tikus tu kalau muncul lagi,
kawan aku yang shariffah ni sangat risau kot2 mata dia sakit gara2 tikus tu,
tapi tak mustahil jugak la kan,
so, kitorang cepat2 la pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan awal,
Alhamdulillah doktor kata tak ada pape,

Pagi aku menjadi ceria kerana seekor tikus..hehehe...

Saturday, March 10, 2012

La Peau Product


Sapa pernah dengar pasal produk La Peau Profesional? atau sedang guna produk kecantikan ni?.. sekarang ni aku tengah guna produk ni. since hari kelmarin.. kesannya tak nampak lagi la.. hopefully sesuai dengan kulit muka aku..

sapa2 yang nak share pasal produk ni bolehla share kat sini.. nak tahu juga ok ke tak.. :)

Wednesday, March 7, 2012

blajar edit gambar



Lama rasanya xgodeh2 Ps aku ni, arini tetibe nak menggodeh walaupun ada kje menanti, kihkihkih
target nak buat edit pic kengkawan aku ni
chepah dengan naim

Mula2 copet pic diorang kat laman FB
then try edit sikit2
dan kemudian terjadilah gambar di atas

hehehe memag tak cantik pun
saja je nak try
ada jugak kenangan dengan 2orang ni
hehehe

Saturday, March 3, 2012

Tak boleh tengok tisu basah time kenyang =)


Setiap manusia masing2 ada perangai pelik, walaupun nampak macam tipu, tapi hakikatnya benar2 berlaku. macam kawan aku sorang ni, dia tak boleh nampak tisu @ paper BASAH sedang dia dalam keadaan kenyang, kalau time lapar xpe..hehehe..

Pelik kan? aku ada tanya jugak apa alasan dia tapi dia tak nak bagitahu. mungkin sebelum ni pernah berlaku sesuatu..hehehe..

Yang penting, semua tu menceriakan hidup kita.. ada yang pelik dan kelakar =)

Wednesday, February 29, 2012

Berjalan tanpa henti~Devotees


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Saturday, February 25, 2012

cici hilang :'(


Hurmmmm... kenapa setiap yang aku sayang mesti hilang dan pergi dari aku? malam ni aku kehilangan sesuatu yang penting dalam hidup aku. sesuatu yang sangat berharga selepas ambik, aku hilang CICI.. :'(

Bear yang sangat aku sayang, sangat sayang. mana dia pergi? sapa yang curi dia? 

Aku kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup aku selepas MOMOK, (kucing kesayangan aku). tak boleh terima la :'(