Menginsafi diri
Dah dengar lagu "keinsafan diri"??? lagu yang sangat bermakna, tersentuh hati kecil bila mendengar ianya dialunkan. satu pujian buat insan2 yang menyanyikan dan yang mencipta lagu tersebut, kerana mereka sedikit sebanyak telah mencapai tujuan. Alhamdulillah!!!
Waktu petang macam ni, rasa hiba pulak. rasa mahu menitiskan air mata.. tak tahu la kenapa.. sambil mendengar halwa telinga, sambil tangan ligat menaip.. sendirian.. benci sungguh bila sendirian! Tiba2 teringat kata-kata abah semalam, satu teguran yang sangat terkesan dalam jiwa ini.. ya Allah, jauhnya aku dah berubah, bukan lagi masyitah yang dulu. ya Allah...
Bukan aku tak mahu pulang ke keadaan yang dulu, jauh kat sudut hati ni selalu meminta aku kembali mencari identiti aku yang lama ditinggalkan.. tapi aku tahu, bukan senang aku nak berubah secara tiba2.. tapi aku yakin, aku pasti boleh kerana niat untuk menjadi yang lebih baik sentiasa tersemat dihati ni..
Moga2 jalan yang bakal aku lalui dihadapan sana akan dipermudahkan.. moga2 segala rintangan yang akan aku lalui tidak sehebat dugaan 2tahun ini.. dan moganya aku menjadi anak yang solehah, anak yang baik, dan kalau ada rezeki dipanjangkan umur aku ingin merasai hidup berumahtangga dan menjadi isteri terbaik untuk suamiku.. amin ya Rabb...
Bermula disini...aku akan mengembara mencari siapa MASYITAH yang akan menjadi kebanggaan abah dan bondaku..insyaAllah ;)
No comments:
Post a Comment