
Malam semalam aku rasa sedey tapi tak tahu kenapa, rasa nak nangis tapi tak tahu apa sebabnya,rasa tak sedap je hati ni, rasa tak bermaya,
Jiwa kacau je sepanjang hari hinggalah ke malam,
dan tak lama aku on fb adik aku chat,
panjang sungguh mesej yang dia bagi,
macam2 dia cerita pasal si hazeeq,
ex boifren dia dulu,
hmmmmm...
bila aku bace apa yang adik aku bagi tu,
memang rasa nak bagi pelempang je kat mamat hazeeq tu,
rasa nak tumbuk pastu nak sepak terajang je,
aku memang tahu diorang clash sebab isu politik,
parent ak dengan parent si hazeeq tu masing2 berlainan parti,
jadi hazeeq nekad nak clash ngan adik aku,
aku tak tahu la, maybe parent hazeeq nakkan menantu yang se'parti' dengan diorang,
parent aku pulak steady je kot,
selama ni tak pernah pulak ayah aku komplen pasal ni,
inilah masalah kalau kepala dah diracuni dengan unsur2 yang tak sepatutnya,
sempitnya pemikiran!!
rupanya bukan tu je yang dia persoalkan,
kalau korang semua nak tahu,
mak aku memang ada kanser,
kanser apa???
kanser payudara,
aku dengan adik aku tak pernah malu atau takut bila menghadapi situasi tu,
tapi hazeeq sangat takut kalau dia berkahwin dengan seorang gadis
yang ada kemungkinan nak kena penyakit tu,
dan dia tak mahu bakal isteri dia seorang yang berpenyakit,
aku dengar pun rasa marah dan geram yang TERAMAT SANGAT!
salah kami ke???
kami tak berhak rasa bahagia ke???
kami tak layak berkawan dengan sesiapa ke???
kalau ada la orang pikir sama macam hazeeq pikir,
better dia masuk sekolah balik,
sekolahkan balik kepala yang dah bengong tu,
belajar balik subjek moral,
kalau tak mahu berkawan atas alasan itu,
diam2 jela, tak payah menyakitkan hati orang,
mungkin itu lebih baik,
untuk lelaki bernama hazeeq tu,
dia hina adik aku, sama je dia macam hina aku,
dan bila dia libatkan parent aku yang tak tahu apa2 tu,
lagilah aku tak boleh terima,
so, janganla jadi macam lelaki bernama hazeeq tu.
sekian! =)