ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Monday, April 30, 2012

Weeding Neesa & Fizzan





Selamat pagi Malaysia, awalnya bangun arini...kehkehkeh =) Lepas je solat subuh aku on lappy... misi pagi ni nak edit gambar2 utk dimasukkan ke blog..hehe.. Perut ni berbunyi2 pulak dia, aduhh lapar tahap kritikal ni.. malam tadi xmakan.. aduhh laparnyerr =(

Entry yang lepas aku ada cerita aku pergi dungun kan.. kawan aku neesa kawen ari sabtu.. aku pergi dengan wani & salwa.. bertiga naik bas dari Melaka Sentral.. Semua tanya kenapa naik dari melaka? Sebabnya bas dari KL dah full, kebetulan pulak si wani & abang dia datang putrajaya petang jumaat tu nak hantar barang kat rumah sewa dia, lepas ambil salwa kat ERL putrajaya, kitorang ikut abang wani balik melaka, dia la yang hantar kitorang kat melaka sentral. 

Kelam kabut masa kat melaka tu, sampai dari putrajaya dah pukul9mlm, xsolat lagi.. xmakan lagi.. tepat pukul 10, bas dah tunggu.. belum kira lagi sesat cari bas tu.. ape dahhh.. tengok2 kami yang last naik.. pakcik tu dah bebel2 dah..hahaha... bermulalah perjalanan kami ke terengganu~~

Wahh...lajunya pakcik driver ni bawak bas.. dah la jalan dalam, tapi dia bawak macam kat highway pulak.. tiap kali nak tido mesti xjadi gara-gara dia bawak laju.. seram sangat... huhuhu.. dalam kul5lebih kami sampai la kat dungun, pakcik tu berenti kan kami kat depan hospital dungun, dah dekat la tu dengan umah neesa.. hujan pulak.. aduhh bagaimana nak menapak ni?? subuh dah masuk dah.. dengar bunyi azan tapi xtahu datang dari mana... ktrg masuk 1lorong ni.. bayangkan dengan bawak barang2 lagi, hujan pulak... pastu menapak entah kat mana2 la tu... jalan punya jalan xjumpa pun surau ke masjid ke.. so patah la balik.. 

Masa jalan kat tepi2 tu, aku boleh pulak nak tergelincir.. menjerit la aku.. dahla tengah nak jatuh tu banyak pulak kereta yang lalu... ya Allah memang tergelak la masa tu.. hehehe.. dengan baju kurungnya, dengan barang2nya la.. memang sweet sangat la kalau jatuh time tu..hehehe abis cerita pasal tu, kitorang masuk la 1lorong ni.. lorong kenanga, memang betol la itu lorong nak msuk umah neesa.. dah betol dah tu, cuma ada 1simpang sepatutnya terus tapi kitorang belok pulak.. sebab tu la terlajak jauh dari umah dia.. sampai entah mana2 la.. hujan makin lebat.. 

Jumpa 1surau usang...dalam tu ada 3org pkcik tengah solat subuh.. singgahlah berteduh kat situ, bila pakcik tu nampak kitorang je, dia buat muka terkejut, yelaa... mesti dia pelik, mana pulak datangnya 3orang perempuan ni subuh2 buta.. dengan bawak barang.. hehehe... kitorang ngadu la kat pokcik2 tu yg kitorang sesat.. pakcik 2 tu kemudian bersetuju la nak tolong kitorang..hahaha.. lepas kitorang solat subuh, pokcik tu pun hantar la kat umah neesa.. Alhamdulillah...sampai la jugak kat umah neesa dengan selamatnya =))

lepas jumpa neesa, dia hantar kitorang kat homestay.. dekat je dari umah dia.. selesa la jugak.. lepas kemas barang, aku dengan wani qada' tido.. si salwa pergi uitm dungun, ada rehearsal sword barrel.. tengah hari baru aku ngan wani bangun..hehehe.. lepas tu siap2 pergi umah neesa.. 







Ini la neesa & suaminya fizzan.. suami dia ni Kapten.. kor Armor Diraja.. Tengok2la gambar diorang ni..














Ingat lepas majlis tu nak balik tapi neesa xbagi kitorang balik dulu, lepas check in kat homestay tu neesa suruh duk kat umah homestay tempat mak mentua dia, patutnya family mak mentua dia check out hari ahad tapi diorang gerak balik kedah petang tu jugak, jadi rumah tu xda sapa duduk. jadi neesa suruh kitorang tido situ.. rasa kelakar la rumah besar duduknya 3orang perempuan yang rasa2 masih kanak2 lagi...hahaha.. tapi memang syok la.. macam umah tu kami yang punya..hehehe.. yang kelakar tu, siap mintak air panas kat jiran sebelah sebab heater kat umah tu dah rosak.. buat jela muka tak malu..=))

So, kitorang balik KL pagi ahad tu.. walaupun penat, tapi memang best.. pengalaman yang sangat berharga bila merantau  kat negeri orang, negeri yang jarang2 nak pergi, jauh pulak tu.. tambah pulak pergi dengan member2..  harap2 lepas ni dapat merantau lagi...nak lagi jauh.. hehehee =))

 p/s:: sesapa nak tengok gambar yang lebih cun, 
        sila la jenguk ke laman blog ni 
       http://www.smileycodes.info

1 comment: