ORANG YANG TIDAK PERNAH DIBAKAR PANAS MENTARI, MUSTAHIL MENGHARGAI RIMBUN BERTEDUH.. :)

Friday, April 20, 2012

Ya Rabb...


Desiran ombak penuh misteri,
Walaupun menakutkan namun begitu indah,
Begitu juga dugaan yang datang dari Yang Maha Esa,
Sekalipun nampak kejam,
Namun ianya datang dengan penuh rahmat,
Segalanya telah tersurat dan tersirat,
Mempunyai hikmah yang hanya dalam pengetahuan si Pencipta.

Ya Rabb,
Ampunilah segala dosa hambaMu ini,
Kerana hambaMu terlalu bersalah terhadapMu,

Ya Rabb,
Sesungguhnya hambaMu ini tidak layak ke syurgaMu,
Namun tidak sanggup ke nerakaMu,

Dengan cinta dengan kasih dengan sayang,
HambaMu menagih belas dan ehsan,
Meminta agar diberikan sedikit kekuatan,
Menjalani hidup ini dengan penuh barakah,

No comments:

Post a Comment